Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Kuasa Lembaga
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—
(a)
membuat kontrak;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 533
(b)
mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta itu;
(c)
melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik;
(d)
memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuklah kemudahan latihan kepada pihak berkuasa percukaian negara lain;
(e)
mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga;
(f)
memberikan pinjaman kepada pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga;
(g)
menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga;
(h)
menyediakan latihan untuk pekerja
Lembaga dan memberikan biasiswa atau selainnya membiayai latihan itu;
dan
(i)
melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, kuasa Lembaga tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah atau orang yang memegang mana-mana jawatan dalam Jadual Ketiga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 17
Pelantikan jawatankuasa