/akn/my/act/act/1995/533

*AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1995
Last amended
2023
Sections
51
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 533 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Mac 1996, P.U. (B) 76/1996] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

“anggota”

ertinya anggota

Lembaga yang disebut di bawah seksyen 6;

“badan” ertinya pertubuhan perbadanan;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“hari penetapan” ertinya hari yang padanya Akta ini mula berkuat kuasa;

“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen atau hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan;

“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 6A(1) dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 6A(3);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;

“Lembaga” ertinya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 9

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah mana-mana

Pengerusi Lembaga sementara;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang padanya harta, hak dan liabiliti yang dinyatakan oleh

Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1) yang baginya Kerajaan Malaysia adalah berhak atau tertakluk padanya, dipindahmilikan dan terletak hak kepada Lembaga.

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENUBUHAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Seksyen 3

Dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama

Open as pageSuggest a correction

“Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan boleh boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupus, atau menggunakan, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Peruntukan peletakhakan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada Lembaga hendaklah terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hak milik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau

Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada

Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Lembaga pada tarikh peletakhakan,

Lembaga boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

Suggest a correction

(7)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1) yang

Kerajaan Malaysia ialah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 11

boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi dan hendaklah disahkan oleh mana-mana dua anggota yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu atau oleh seorang anggota dan Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan selainnya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

Suggest a correction

(4)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, yang hendaklah menjadi

Pengerusi;

Suggest a correction

(c)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(ca) ketua pegawai eksekutif;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Suggest a correction

(d)

tidak lebih daripada dua orang lain yang mewakili Kerajaan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(da) seseorang yang mewakili Negeri Sabah yang hendaklah dilantik oleh

Menteri selepas berunding dengan

Ketua Menteri Sabah;

(db) seseorang yang mewakili Negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier

Sarawak; dan

Suggest a correction

(e)

tidak lebih daripada tiga orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(da), (db) dan (e) hendaklah daripada kalangan orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian atau undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak boleh bertindak disebabkan sakit atau sebab lain, Menteri hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Pengerusi sementara.

Suggest a correction

(5)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Ketua pegawai eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 6A

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.

Suggest a correction

(2)

Pelantikan ketua pegawai eksekutif dan timbalan ketua pegawai eksekutif hendaklah diberitahu dalam Warta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 13

Suggest a correction

(3)

Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakupayaan itu.

Terma jawatan

Suggest a correction

Seksyen 7

Tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh

Open as pageSuggest a correction

Menteri, seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d), (da), (db) atau (e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah boleh dilantik semula.

Seksyen 8

Hilang kelayakan anggota

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Suggest a correction

(b)

tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(d)

tidak menghadirkan dirinya untuk mesyuarat Lembaga sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.

Pembatalan dan peletakan jawatan anggota

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, membatalkan pelantikan—

(a)

mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e);

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Suggest a correction

(b)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da)

selepas berunding dengan

Ketua Menteri Sabah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(da) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu; atau

Suggest a correction

(c)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db)

selepas berunding dengan

Premier Sarawak dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d),

(da), (db) atau (e) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 10

Fungsi Lembaga adalah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberikan perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga;

Suggest a correction

(b)

untuk menasihati

Kerajaan mengenai perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi

Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara itu;

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 15

Suggest a correction

(c)

untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan percukaian; dan

Suggest a correction

(d)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan

Suggest a correction

Seksyen 10A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan dan membuat peraturan-peraturan berhubung dengan pemungutan bayaran balik itu.

Fungsi tambahan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 10B

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh melaksanakan mana-mana fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, termasuklah pengurusan wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan mana-mana program dan pembayaran wang itu kepada mana-mana orang.

Seksyen 11

Kuasa Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—

(a)

membuat kontrak;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Suggest a correction

(b)

mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta itu;

Suggest a correction

(c)

melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik;

Suggest a correction

(d)

memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuklah kemudahan latihan kepada pihak berkuasa percukaian negara lain;

Suggest a correction

(e)

mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(f)

memberikan pinjaman kepada pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga;

Suggest a correction

(g)

menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga;

Suggest a correction

(h)

menyediakan latihan untuk pekerja

Lembaga dan memberikan biasiswa atau selainnya membiayai latihan itu;

dan

Suggest a correction

(i)

melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kuasa Lembaga tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah atau orang yang memegang mana-mana jawatan dalam Jadual Ketiga.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 17

Pelantikan jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) bolehlah dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Orang yang hilang kelayakan daripada menjadi anggota

Lembaga di bawah seksyen 8 adalah juga tidak layak untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota suatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Perwakilan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(a)

boleh diwakilkan sedemikian tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khas oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Lembaga itu sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEKERJA

Suggest a correction

Guna khidmat

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang mengambil opsyen di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Lembaga hendaklah diguna khidmat oleh Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang menguntungkan daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang disebutkan dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Sehingga suatu masa yang terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerjanya dirangka oleh

Lembaga, skim dan terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerja Kerajaan hendaklah terpakai seterusnya mutatis mutandis bagi tiap-tiap orang yang diguna khidmat oleh

Lembaga di bawah subseksyen (1).

Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira

Suggest a correction

Seksyen 16

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Lembaga yang kesnya tidak termasuk dalam skop mana-mana skim pencen atau skim lain yang ditubuhkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Lembaga atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Lembaga boleh memberikan kepadanya atau kepada mana-mana orang atau orang lain yang menjadi tanggungan sepenuhnya atau sebahagiannya, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Pelantikan pekerja, ejen dan perunding lain

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh melantik dan mengguna khidmat mana-mana perunding dan ejen untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini.

Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh, dengan kelulusan

Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.

Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan hukuman itu boleh meliputi—

Suggest a correction

(c)

hendaklah memberikan kepada pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa

Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

Suggest a correction

(i)

jika seseorang pekerja dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika

Lembaga, atas syor

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(A)

dibuat terhadap seseorang pekerja apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran; atau

Suggest a correction

(B)

dikenakan terhadap seseorang pekerja apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya

Malaysia, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Suggest a correction

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat;

Suggest a correction

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pekerja—

Suggest a correction

(i)

jika pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau

(ii)

jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pekerja itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran sesuatu rayuan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 18C.

Jawatankuasa Tatatertib

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 18A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu

Jawatankuasa Tatatertib:

(a)

sesuatu

Jawatankuasa

Tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota atau pekerja Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota atau pekerja itu; dan

Suggest a correction

(b)

seseorang pekerja yang menjadi anggota sesuatu

Jawatankuasa Tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada seseorang pekerja yang ke atasnya

Jawatankuasa Tatatertib yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 23

Suggest a correction

(4)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu

Jawatankuasa

Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18.

Prosiding tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 18B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa

Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding tatatertib terhadap ketua pegawai eksekutif mengikut apa-apa peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18 dan boleh membuat apa-apa perakuan kepada Menteri mengenai hukuman yang hendak dikenakan ke atas atau apa-apa tindakan lain yang boleh diambil terhadap ketua pegawai eksekutif itu.

Suggest a correction

(3)

Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 18C

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan yang hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

Suggest a correction

(b)

dua orang anggota lain Lembaga, yang bukannya anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya merupakan hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

Suggest a correction

(2)

Apabila Jawatankuasa Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubung dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(3)

Jawatankuasa

Rayuan

Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan, mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau menghantar balik kes itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk ditimbang semula.

Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam

Suggest a correction

Seksyen 18D

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Perakuan oleh Jawatankuasa Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 18E

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perakuan kepada

Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh tentang alasan yang perakuan itu diasaskan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Lembaga berkenaan dengan pekerja itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Peluang untuk didengar

Suggest a correction

Seksyen 18F

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan apa-apa undang-undang lain yang berlawanan, sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah seksyen 18D atau 18E untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja, Lembaga hendaklah memberi pekerja itu peluang untuk didengar.

Seksyen 18G

Penamatan perkhidmatan bukan pembuangan kerja

Open as pageSuggest a correction

Penamatan perkhidmatan seseorang pekerja di bawah seksyen 18D atau 18E bukan dan tidak boleh dianggap sebagai pembuangan kerja walaupun penamatan itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan berhubung dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga sebagai tidak memuaskan atau patut dipersalahkan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Seksyen 19

Penerusan dan penyempurnaan prosiding tatatertib

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh jawatankuasa menurut seksyen ini hendaklah dianggap sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan Lembaga dan mempunyai kuat kuasa atau kesan yang sama seolah-olah ia telah dibuat atau diberikan oleh Lembaga menurut kuasa yang terletak hak pada Lembaga di bawah Akta ini.

Pengenaan surcaj

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada

Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;

(aa) tidak atau telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan;

Suggest a correction

(b)

bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, sekuriti, barang atau harta lain Lembaga;

Suggest a correction

(c)

yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(d)

telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 27

Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Lembaga, dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada

Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, maka Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat,

Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.

Suggest a correction

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj jika

Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Perlindungan daripada liabiliti diri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dikenakan secara sendiri terhadap mana-mana anggota, pegawai atau pekerja Lembaga atau mana-mana orang lain di bawah arahan

Lembaga bagi apa-apa yang dilakukan atau berhajat untuk dilakukan dengan niat baik dalam pelaksanaan atau yang berupa pelaksanaan

Akta ini.

Seksyen 22

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dan semua pegawai, pekerja atau ejen Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang Lembaga hendaklah mengandungi—

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 29

(a)

segala wang yang diterima oleh Lembaga bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada Kerajaan sebagai ejen atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada mana-mana orang;

Suggest a correction

(b)

segala wang yang diterima oleh Lembaga melalui pemberian;

Suggest a correction

(c)

segala wang yang dihasilkan daripada pelupusan, pajakan atau sewaan, atau apa-apa urusan lain, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

segala wang yang dihasilkan sebagai pendapatan daripada pelaburan Lembaga;

Suggest a correction

(e)

segala wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(f)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Lembaga.

Anggaran tahunan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum anggaran itu dibentangkan.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini, mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan atau dengan keizinan

Menteri, daripada mana-mana sumber lain.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Seksyen 26

Pemberian

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud untuk membolehkan Lembaga menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi bantuan-melalui-pemberian kepada Lembaga sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri daripada wang yang akan diperuntukkan oleh Parlimen.

Seksyen 27

Akaun bank dan penggunaan hasil

Open as pageSuggest a correction

(2)

Wang Lembaga hendaklah digunakan hanya untuk pembayaran pelepasan perbelanjaan, obligasi dan liabiliti Lembaga dan untuk membuat apa-apa pembayaran yang Lembaga diberi kuasa atau dikehendaki membayarnya.

Pelaburan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melabur mana-mana wangnya yang ada untuk pelaburan dengan cara yang berikut:

(i)

Bank Negara Malaysia;

(ii)

bank yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989

[Akta 372];

Suggest a correction

(iii)

mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 31

Suggest a correction

(iv)

bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759];

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;

(vi)

institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia dengan sewajarnya di bawah

Akta

Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau

Suggest a correction

(vii)

koperasi yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dengan melabur dalam bentuk bon, kertas gadai janji, wang kertas komersial, penyetujuan bank, kertas pasaran wang, perakuan deposit dan nota janji dan bil pertukaran dalam pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204];

Suggest a correction

(c)

dengan melabur mengikut peruntukan Akta Pemegang

Amanah 1949 [Akta 208]:

Dengan syarat walau bagaimanapun, jika Lembaga melabur dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih dalam Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c) Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau tidak mungkin akan menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu.

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

Suggest a correction

Seksyen 28A

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan syarikat di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi atau terlibat dalam apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

AM

Suggest a correction

Tiada prosiding terhadap Lembaga sebagai ejen Kerajaan

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan cukai hendaklah dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan.

Prosiding dikendalikan oleh pegawai Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau pegawai undang-undang Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976

[Akta 166] boleh hadir dalam mana-mana prosiding sivil yang melibatkan Lembaga atau mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dalam pelaksanaan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan sedemikian, dan boleh membuat dan melakukan segala

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 33

tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak

Lembaga atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Obligasi untuk menyimpan rahsia

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 32

Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan

Open as pageSuggest a correction

Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Seksyen 33

Kuasa Menteri meminda Jadual Kedua dan Ketiga

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua dan Ketiga.

Seksyen 34

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekerja Lembaga;

Suggest a correction

(b)

pembayaran ganjaran dan faedah lain kepada pegawai dan pekerja Lembaga; dan

Suggest a correction

(c)

fi atau caj yang dikenakan berkenaan dengan apa jua yang dilakukan di bawah atau menurut kuasa Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 6(5)]

PROSIDING LEMBAGA

Mesyuarat Lembaga

1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi penyegeraan urusannya sekali dalam tiap-tiap dua bulan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

(2)

Pada tiap-tiap mesyuarat Lembaga, empat orang anggota akan membentuk kuorum.

(3)

Sesuatu keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah diterima pakai dengan majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi kecuali dalam hal persamaan undi,

Pengerusi hendaklah memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.

Penzahiran kepentingan oleh anggota

2. (1) Seseorang anggota Lembaga yang dengan apa-apa cara, langsung atau tidak langsung, berkepentingan dengan apa-apa transaksi atau projek Lembaga hendaklah menzahirkan jenis kepentingannya itu pada mesyuarat Lembaga; dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Lembaga berkenaan dengan transaksi atau projek itu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 35

(2)

Bagi maksud menentukan sama ada kuorum mencukupi, seorang anggota hendaklah dianggap hadir pada sesuatu mesyuarat walaupun di bawah subperenggan (1) dia tidak boleh mengundi atau telah menarik diri daripada mesyuarat.

Kekosongan

3. Lembaga boleh bertindak walaupun terdapat kekosongan dalam keanggotaannya.

Tatacara mesyuarat

4. (1) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia tatacaranya sendiri secara am dan, secara khusus, mengenai pengadaan dan prosiding mesyuarat, notis yang akan diberi mengenai mesyuarat itu, pengelolaan minit dan penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa mengenai prosiding yang minitnya dibuat sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dimula dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota di mesyuarat itu adalah layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Ketetapan tanpa mesyuarat

4A. (1)

Suatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat

Lembaga jika—

(a)

semua anggota Lembaga telah diberitahu mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memberitahu semua anggota Lembaga mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan

(b)

tanpa bermesyuarat, semua anggota Lembaga menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subperenggan (2).

(2)

Subperenggan (1) terpakai hanya jika Lembaga—

(a)

memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(b)

memutuskan kaedah yang dengannya anggota Lembaga hendaklah menandakan persetujuan mengenai ketetapan itu.

Kesahan perbuatan dan prosiding

5. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada kekosongan dalam keanggotaan, atau kecacatan dalam penubuhan,

Lembaga;

(b)

terdapat pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga terhadap peruntukan perenggan 2; atau

(c)

ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

6. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang bagi menghadiri mana-mana mesyuarat atau penimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian adalah tidak berhak untuk mengundi di mesyuarat atau penimbangtelitian tersebut.

Elaun yang boleh dibayar kepada anggota Lembaga

7. Anggota Lembaga dan mana-mana orang lain yang dijemput menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 30(1)]

AKTA YANG DINYATAKAN

1. Akta Cukai Pendapatan 1967

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 37

*2. Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967 [Akta 54]

3. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169]

4. Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]

**5. Akta Duti Harta Pesaka 1941 [En. 7 tahun 1941]

6. Akta Setem 1949 [Akta 378]

7. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543]

***8. Akta Duti Sewa Filem Sinematografi 1965 [Akta 434]

9. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]

†10. Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984

[Akta 310]

††11. Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126]

12. Akta Kewangan 1965 [No. 2 tahun 1965]

†††13. Akta Galakan Pelaburan 1968 [Akta 199]

14. Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948 [Akta 201]

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Subseksyen 11(3) dan 30(2)]

JAWATAN YANG DINYATAKAN

1.

Ketua

Pengarah

Hasil

Dalam

Negeri di bawah

Akta

Cukai

Pendapatan 1967 2.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pendapatan

Tambahan 1967

*CATATAN—Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967 [Akta 54] telah dimansuhkan oleh

Akta Kewangan 1993 [Akta 497]—lihat seksyen 16 Akta 497.

**CATATAN—Akta Duti Harta Pesaka 1941[En. 7 tahun 1941] telah dimansuhkan oleh

Akta Kewangan 1992 [Akta 476]— lihat subseksyen 46 (1) Akta 476.

***CATATAN—Akta Duti Sewa Filem Sinematografi 1965 [Akta 434] telah dimansuhkan oleh

Akta Kewangan 1997 [Akta 557]—lihat seksyen 61 Akta 557.

†CATATAN—Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984 [Akta 310] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1988 [Akta 364]— lihat seksyen 26 Akta 364.

††CATATAN—Akta

Cukai

Spekulasi

Tanah 1974

[Akta 126]

telah dimansuhkan oleh

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169]— lihat seksyen 59 Akta 169.

†††CATATAN—Akta Galakan Pelaburan 1968 [Akta 199] telah dimansuhkan oleh Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327]—lihat seksyen 44 Akta 327.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

3.

Pemungut Duti Setem di bawah Akta Setem 1949 4.

Pemungut Duti Harta Pesaka di bawah Enakmen Duti Harta Pesaka 1941 5.

Ketua Komtroller Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967 6.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Duti Sewa Filem

Sinematografi 1965 7.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta

Tanah 1976 8.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan 1990 9.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 10.

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pemindahan Syer

(Syarikat Berasaskan Tanah) 1984 11.

Ketua

Pengarah

Hasil

Dalam

Negeri di bawah

Akta

Cukai

Spekulasi Tanah 1974 12.

Ketua Komtroller Hasil Dalam Negeri di bawah Akta Kewangan 1965

(No. 2/1965)

13.

Pemungut Duti Setem di bawah Akta Duti Pertaruhan dan Ambil

Tagan 1948

39

Akta 533

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A997

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 1997

01-08-1997

Akta A1020

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 1998

20-03-1998

Akta A1301

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 2007

06-09-2007

Akta A1355

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 2009

15-10-2009

Akta A1418

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 2012

10-02-2012

Kecuali s.3:

01-11-2011

Akta A1475

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 2015

06-01-2015

Akta A1698

Akta

Lembaga

Hasil

Dalam Negeri Malaysia

(Pindaan) 2023

15-01-2024

40

Akta 533

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A997

Akta A1020 01-08-1997 20-03-1998

6

Akta A997

Akta A1475

Akta A1698 01-08-1997 06-01-2015 15-01-2024

6A

Akta A997

Akta A1418 01-08-1997 10-02-2012

7

Akta A997

Akta A1698 01-08-1997 15-01-2024

9

Akta A997

Akta A1698 01-08-1997 15-01-2024

10A

Akta A1020 20-03-1998

10B

Akta A1418 01-11-2011

12

Akta A1301 06-09-2007

18

Akta A1301 06-09-2007

18A-18G

Akta A1301 06-09-2007

20

Akta A997

Akta A1301

01-08-1997 06-09-2007

24

Akta A1475 06-01-2015

28

Akta A1698

15-01-2024 28A

Akta A1475 06-01-2015 30

Akta A997 01-08-1997

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 41

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Common questions

What is INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995?
*AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995 is Malaysia Act, cited as Act 533 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Is INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 still in force?
Yes — INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 is currently in force.
When did INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 take effect?
INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 was first recorded in 1995.
How many sections does INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 have?
INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 contains 45 sections.
What amends INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995?
INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 has been amended by AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2012, AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2015, and AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2023.
Where can I read the official version of INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995?
The official text of INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995 (No. 533)