Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

Seksyen 13

(2)

Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(a)

boleh diwakilkan sedemikian tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khas oleh Lembaga;

(b)

hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(3)

Tiada perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Lembaga itu sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat