Malaysia legislation

Section 18A

of *AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

Seksyen 18A

(2)

Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu

Jawatankuasa Tatatertib:

(a)

sesuatu

Jawatankuasa

Tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota atau pekerja Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota atau pekerja itu; dan

(b)

seseorang pekerja yang menjadi anggota sesuatu

Jawatankuasa Tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada seseorang pekerja yang ke atasnya

Jawatankuasa Tatatertib yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

(3)

Sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 23

(4)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu

Jawatankuasa

Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18.

Prosiding tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif