Malaysia legislation

Section 18E

of *AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

Seksyen 18E

(2)

Suatu perakuan kepada

Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh tentang alasan yang perakuan itu diasaskan.

(3)

Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Lembaga berkenaan dengan pekerja itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

(4)

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Peluang untuk didengar