Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melabur mana-mana wangnya yang ada untuk pelaburan dengan cara yang berikut:
(a)
dengan menyimpan ke dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
bank yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
[Akta 372];
(iii)
mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 31
(iv)
bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759];
(v)
mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
(vi)
institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia dengan sewajarnya di bawah
Akta
Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau
(vii)
koperasi yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];
(b)
dengan melabur dalam bentuk bon, kertas gadai janji, wang kertas komersial, penyetujuan bank, kertas pasaran wang, perakuan deposit dan nota janji dan bil pertukaran dalam pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204];
(c)
dengan melabur mengikut peruntukan Akta Pemegang
Amanah 1949 [Akta 208]:
Dengan syarat walau bagaimanapun, jika Lembaga melabur dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih dalam Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c) Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau tidak mungkin akan menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat