Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

Seksyen 34

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekerja Lembaga;

(b)

pembayaran ganjaran dan faedah lain kepada pegawai dan pekerja Lembaga; dan

(c)

fi atau caj yang dikenakan berkenaan dengan apa jua yang dilakukan di bawah atau menurut kuasa Akta ini.