Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1995

Seksyen 3

Dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama

“Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan boleh boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupus, atau menggunakan, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma yang difikirkannya patut.

Section 3 — INLAND REVENUE BOARD OF MALAYSIA ACT 1995