Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peruntukan peletakhakan
(2)
Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)
pada Lembaga hendaklah terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hak milik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
(3)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh
Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau
Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen (1).
(4)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(5)
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada
Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.
(6)
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Lembaga pada tarikh peletakhakan,
Lembaga boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
(7)
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1) yang
Kerajaan Malaysia ialah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 11
boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Meterai perbadanan