Malaysia legislation
Section 6A
Seksyen 6A
(1A)
Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.
(2)
Pelantikan ketua pegawai eksekutif dan timbalan ketua pegawai eksekutif hendaklah diberitahu dalam Warta.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 13
(3)
Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakupayaan itu.
Terma jawatan