Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995

Seksyen 6

Kontrak sedia ada

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang masih berkuatkasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 4 dan 5, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau untuk KTMB dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah KTMB dan bukan Lembaga,

Kumpulan Wang, Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, KTMB telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Pemindahan kumpulan wang pendeposit kepada Kumpulan

Section 6 — MALAYAN RAILWAY PROVIDENT FUND (DISSOLUTION) ACT 1995