Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Simpanan Keretapi Tanah Melayu (Pembubaran) 1995.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu (Pembubaran) 1995 is Malaysia Act, cited as Act 534 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 534
AKTA KUMPULAN WANG
SIMPANAN KERETAPI TANAH
MEELAYU (PEMBUBARAN) 1995
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH
MELAYU
Tarikh Perkenan Diraja
... ... ... … … 7 Februari 1995
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 16 Februari 1995
3
Akta 534
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN
KERATAPI TANAH MELAYU
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Simpanan Keretapi Tanah Melayu (Pembubaran) 1995.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“KTMB”
ertinya
Keretapi
Tanah
Melayu
Berhad;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 534
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Simpanan Keretapi
Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan
Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952[Ord.
21/1952];
“Lembaga” ertinya Lembaga pengurus yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah
Melayu 1952;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan.
Pemansuhan dan pembubaran
Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952 dimansuhkan dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
Pemindahan harta
Segala harta alih dan aset yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini telah terletak hak pada Kumpulan Wang atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan kepada, dan diletakhakkan pada, KTMB.
Pemindahan wang
Tertakluk kepada seksyen 7, semua wang yang ada dalam
Kumpulan Wang atau kena dibayar kepada Kumpulan Wang hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan kepada, dan diletakhakkan pada, KTMB.
Kumpulan Wang Simpanan Keretapi
Tanah Melayu (Pembubaran) 1995 7
Kontrak sedia ada
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang masih berkuatkasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 4 dan 5, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau untuk KTMB dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah KTMB dan bukan Lembaga,
Kumpulan Wang, Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, KTMB telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Pemindahan kumpulan wang pendeposit kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja
Segala amaun yang ada pada kredit setiap pendeposit dalam
Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang itu oleh kedua-dua Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu sebagai majikan dan pendeposit sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen, bonus dan bunga di atasnya hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah subseksyen 24(1) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], dan hendaklah diuruskan mengikut peruntukan Akta itu.
Penerusan prosiding sivil
Mana-mana prosiding sivil atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
KTMB sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 534
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap sesuatu keputusan permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya telah menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap KTMB.
Pemansuhan kaedah-kaedah
Semua kaedah yang dibuat di bawah seksyen 11 Ordinan
Kumpulan
Wang
Simpanan
Keretapi
Tanah
Melayu 1952
dimansuhkan sebaik sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.
9
Akta 534
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH
MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-
10
Akta 534
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI
TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.