Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
untuk menasihatinya tentang perkara berkenaan dengan fungsinya, kuasanya dan tugasnya;
(b)
bagi penunaian yang sepatutnya akan fungsinya, penjalanan yang sepatutnya akan kuasanya dan pelaksanaan yang sepatutnya akan tugasnya;
(c)
bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan fungsinya, kuasanya atau tugasnya; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
(d)
untuk menjalankan fungsinya, kuasanya atau tugasnya yang ditentukan atau diwakilkan olehnya kecuali yang berhubungan dengan kuasanya di bawah seksyen 50.
(2)
Maka hendaklah dilantik sekurang-kurangnya seorang anggota Lembaga bagi sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
(3)
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(5)
Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh
Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(6)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah mematuhi arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
(7)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
(8)
Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (7) hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga.
(9)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.
Perancang Bandar 17