PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1995/538
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PERANCANG BANDAR 1995 is Malaysia Act, cited as Act 538 1995, currently marked in force and first recorded in 1995.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancang Bandar 1995.
Tafsiran
“anggota” ertinya anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Pengerusi Lembaga;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
“Daftar” ertinya Daftar Perancang Bandar yang disebut dalam seksyen 11;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 50;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perancang Bandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Perancang Bandar yang dilantik di bawah subseksyen 12(1);
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 17(1) dan termasuklah pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 17(2);
“perakuan pendaftaran sementara”
ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 18(4) dan termasuklah pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 18(5);
“Perancang Bandar berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 15(3);
“Perancang Bandar Siswazah berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 15(1);
“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah subseskyen 23(1) dan termasuklah pendua bagi permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen 23(2);
Perancang Bandar 9
“Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa” ertinya persatuan yang dibentuk oleh Perancang Bandar yang bekerja dalam sektor awam;
“Pertubuhan Perancang Malaysia” termasuklah institut, badan atau pertubuhan yang menggantikannya dan diluluskan oleh Menteri;
“pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
Perancang
Bandar”
ertinya pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang telah dikeluarkan kepadanya permit untuk menjalankan amalan sebagai
Perancang Bandar;
“pihak berkuasa awam” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Perlembagaan Persekutuan;
“profesion” ertinya profesion perancangan bandar.
Bahagian II
Penubuhan Lembaga
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh―
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala perihal harta alih dan tak alih.
Lembaga boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadai, menggadaijanji, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga―
tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perkara yang sama.
Keanggotaan Lembaga
tujuh anggota yang merupakan Perancang Bandar yang dinamakan dalam senarai penamaan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia dan mereka itu hendaklah terdiri daripada―
tiga orang Perancang Bandar yang berkhidmat dengan suatu pihak berkuasa awam;
tiga orang Perancang Bandar yang menjalankan amalan persendirian selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun di Malaysia; dan
Perancang Bandar 11
seorang Perancang Bandar yang bekerja dengan mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi dan yang bertugas mengajar perancangan bandar dan desa atau perancangan bandar dan wilayah;
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga Arkitek daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117];
seorang anggota ynag dinamakan oleh Lembaga Jurutera daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] ; dan
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga Juruukur daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 [Akta 458].
Pengerusi dan anggota lain Lembaga di bawah perenggan (d)
hingga (g)—
hendaklah dilantik oleh Menteri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun;
melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya;
adalah layak dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada tiga penggal berturut-turut; dan
boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan surat yang ditujukan kepada Menteri.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Penamatan pelantikan
Pelantikan seseorang anggota Lembaga yang dilantik hendaklah tamat—
jika dia meletakkan jawatannya dengan surat yang ditujukan kepada Menteri.
Pembatalan pelantikan
Menteri boleh menamatkan pelantikan seseorang anggota
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan dengan sepatutnya tugasnya sebagai anggota Lembaga;
jika dibuktikan terhadapnya, atau jika dia disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan―
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi Lembaga;
Lembaga yang dilantik―
Jika seseorang anggota yang dilantik terhenti daripada menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu selama baki tempoh yang baginya anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.
Fungsi Lembaga
menetapkan skala fi yang akan dicajkan oleh Perancang
Bandar berdaftar bagi nasihat profesional dan khidmat profesional yang diberikannya;
mendengar dan memutuskan sendiri atau melantik suatu jawatankuasa atau penimbang tara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubungan dengan―
tatakelakuan profesional; dan
etika profesional,
Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar
Siswazah berdaftar;
memeriksa, membuat laporan dan syor mengenai perundangan semasa dan apa-apa perkara lain yang menyentuh profesion kepada―
kerajaan;
melantik suatu panel, jika diperlukan sedemikian, untuk menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke profesion itu, yang terdiri daripada―
seorang anggota Lembaga; dan
melantik seseorang untuk mewakilinya dalam sesuatu badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh sesuatu institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
Perancang Bandar 15
membuat syor kepada pihak berkuasa yang relevan berhubungan dengan apa-apa peperiksaan untuk kelayakan bagi penerimaan masuk ke profesion;
melantik anggota Lembaga untuk menganggotai sesuatu lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion; dan
melantik anggota Lembaga untuk menganggotai lembaga badan profesional lain sebagaimana yang perlu.
Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan olehnya, meminjam apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga―
untuk menasihatinya tentang perkara berkenaan dengan fungsinya, kuasanya dan tugasnya;
bagi penunaian yang sepatutnya akan fungsinya, penjalanan yang sepatutnya akan kuasanya dan pelaksanaan yang sepatutnya akan tugasnya;
bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan fungsinya, kuasanya atau tugasnya; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
untuk menjalankan fungsinya, kuasanya atau tugasnya yang ditentukan atau diwakilkan olehnya kecuali yang berhubungan dengan kuasanya di bawah seksyen 50.
Maka hendaklah dilantik sekurang-kurangnya seorang anggota Lembaga bagi sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh
Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah mematuhi arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (7) hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.
Perancang Bandar 17
Bahagian III
Daftar
Seksyen A ─ yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan dan butir-butir lain Perancang Bandar berdaftar; dan
Seksyen B ─ yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Perancang Bandar Siswazah berdaftar.
Daftar hendaklah disimpan dan disenggara di pejabat
Lembaga dan hendaklah ada akses bagi pemeriksaan awam ke atasnya.
Tiada pindaan atau perubahan boleh dibuat kepada Daftar tanpa mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu.
Sekiranya―
berlaku mana-mana hal keadaan yang menjadikan pendaftaran batal dan tidak sah di bawah seksyen 35;
apa-apa hal keadaan lain yang berlaku; atau
apa-apa keputusan atau perintah lain yang dibuat, termasuklah berkenaan dengan rayuan yang dibuat di bawah Akta ini, yang menyentuh pendaftaran seseorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar, maka Lembaga hendaklah menyebabkan suatu catatan dibuat dalam
Daftar dengan sewajarnya.
Pelantikan dan tugas Pendaftar
Pendaftar hendaklah―
menandatangan kesemua perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara dan permit;
tertakluk kepada subseksyen 11(3), merekodkan kesemua catatan yang dikehendaki dibuat ke dalam Daftar;
dengan seberapa segera yang praktik selepas 1 Januari setiap tahun, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat kesemua Perancang Bandar berdaftar dan
Perancang Bandar Siswazah berdaftar;
dari semasa ke semasa, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan
Perancang Bandar Siswazah berdaftar―
yang ditambahkan kepada;
menyiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam apa-apa bahasa lain, nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar—
yang disingkirkan dari; dan
dimasukkan semula ke dalam,
Daftar, dalam masa tiga puluh hari dari penyingkiran atau kemasukan semula itu.
Dalam apa-apa prosiding, senarai yang disiarkan dalam Warta di bawah perenggan (2)(c) dan (d) hendaklah menjadi bukti prima facie bahawa Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar
Siswazah berdaftar yang namanya terdapat dalam senarai itu―
ialah seorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang
Bandar Siswazah berdaftar;
Pendaftar boleh menyiarkan secara tahunan dan menawarkan untuk jualan salinan Daftar.
Hak
menyediakan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur dan rancangan tempatan bagi maksud Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
menjalankan kajian perancangan pembangunan bandar, luar bandar dan wilayah, dan kajian kebolehlaksanaan dan penilaian kesan alam sekitar berhubungan dengan kegunaan tanah; dan
menyediakan dan mengemukakan permohonan kebenaran merancang, susun atur pecah bahagian, lakaran dan laporan perancangan kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa awam bagi maksud membangunkan mana-mana tanah.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk membuat mana-mana perkara di bawah perenggan (1) (a), (b) dan (c).
Sekatan ke atas orang yang tidak berdaftar dan Perancang
Bandar Siswazah berdaftar
boleh menggunakan gelaran
“Perancang
Bandar berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa dia ialah seorang Perancang
Bandar berdaftar;
boleh menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, papan, kad atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa dia ialah seorang Perancang
Bandar berdaftar; atau
Perancang Bandar 21
berhak mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj atau saraan bagi nasihat profesional atau khidmat profesional yang diberikan olehnya.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang
Perancang Bandar Siswazah berdaftar boleh, dengan kelulusan
Lembaga, bekerja sebagai Perancang Bandar.
Kelayakan bagi pendaftaran
Bandar berdaftar―
kelayakan yang dikehendaki bagi Keanggotaan Siswazah
Pertubuhan Perancang Malaysia; atau
apa-apa kelayakan lain yang difikirkan oleh Lembaga setara dengannya, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen B Daftar sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar.
Seseorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar adalah dikehendaki memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan oleh
Lembaga, selepas berunding dengan Menteri dan Pertubuhan
Perancang Malaysia, supaya menjadi berhak untuk memohon didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar.
Orang yang berikut berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar sebagai
Perancang Bandar berdaftar:
merupakan seorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
telah memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan di bawah subseksyen (2); dan
mana-mana orang yang, pada 1 Januari 1996, ialah
Anggota Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang tidak berhak didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar melainkan jika pada masa permohonan pendaftaran―
dia telah bermastautin di Malaysia selama suatu tempoh tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh permohonan itu.
Mana-mana orang―
yang tidak memohon untuk dimasukkan semula ke dalam
Daftar dalam masa lima tahun dari tarikh penyingkiran itu, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar.
Tiada seorang pun berhak untuk didaftarkan sebagai
Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar jika pada bila-bila masa sebelum pendaftarannya wujud apa-apa hal keadaan yang boleh menjadikan pendaftarannya batal dan tidak sah di bawah seksyen 35.
Perancang Bandar 23
Permohonan pendaftaran
Sesuatu permohonan pendaftaran di bawah seksyen 15
hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan disertai fi yang ditetapkan.
Perakuan pendaftaran
Seseorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar
Siswazah berdaftar yang kehilangan perakuan pendaftarannya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi perakuan pendaftaran itu apabila permohonan dibuat olehnya dan fi yang ditetapkan dibayar.
Sesuatu perakuan pendaftaran―
boleh dibaharui secara tahunan setelah fi yang ditetapkan dibayar.
Pendaftaran sementara Perancang Bandar asing
yang dibiayai sepenuhnya oleh sesuatu kerajaan asing; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Seseorang Perancang Bandar asing boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran sementara jika dia memuaskan Lembaga bahawa―
dia memiliki kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan perancangan bandar di negara yang dia biasanya menjalankan amalan;
kehadirannya secara fizikal dikehendaki di Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing sesuatu usaha sama.
Lembaga boleh meluluskan suatu pendaftaran sementara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun kalendar dan, apabila permohonan dibuat, boleh membaharui pendaftaran sementara itu sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.
Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran sementara dalam borang yang ditetapkan kepada seseorang Perancang Bandar asing yang permohonan pendaftaran sementaranya diluluskan oleh Lembaga setelah menerima fi yang ditetapkan.
Seseorang Perancang Bandar asing yang kehilangan perakuan pendaftaran sementaranya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara itu apabila permohonan dibuat olehnya dan fi yang ditetapkan dibayar.
Seseorang Perancang Bandar asing yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga yang menolak permohonannya bagi pendaftaran sementara atau pembaharuan pendaftaran sementara boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahu mengenai tarikh penolakan itu, merayu kepada Menteri.
Perancang Bandar 25
Keputusan Menteri atas rayuan di bawah subseksyen (6)
adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Bagi maksud seksyen ini, “Perancang Bandar asing” ertinya seorang Perancang Bandar yang bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.
Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat
Tiap-tiap Perancang Bandar berdaftar, Perancang Bandar
Siswazah berdaftar dan Perancang Bandar asing hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai apa-apa pertukaran alamat perniagaannya atau alamat surat-menyuratnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.
Bahagian IV
PERTUBUHAN PERBADANAN
Komposisi pertubuhan perbadanan yang boleh menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar
Lembaga boleh mengeluarkan permit kepada sesuatu pertubuhan perbadanan untuk ia menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar jika―
keseluruhannya orang perseorangan yang adalah
Perancang Bandar berdaftar;
sebilangan besarnya orang perseorangan yang adalah Perancang Bandar berdaftar, dan orang perseorangan lain yang adalah
Jurutera
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Profesional, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah atau
Arkitek yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran profesion itu; atau
sebilangan besarnya orang perseorangan yang adalah Perancang Bandar berdaftar, dan orang perseorangan lain yang berada dalam profesion yang ada hubungan dengan amalan perancangan bandar yang diluluskan oleh Lembaga; dan
semua saham pertubuhan perbadanan itu dipegang oleh sama ada orang yang disebut dalam subperenggan (a)(i),
hendaklah mempunyai kepentingan kawalan; dan
memegang apa-apa peratusan saham mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
Perancang Bandar
Suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
boleh menggunakan gelaran
“Perancang
Bandar berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa ia ialah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang
Bandar;
boleh menggunakan atau mempamerkan apa-apa papan tanda, papan, kad atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan yang ia ialah suatu pertubuhan
Perancang Bandar 27
perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang
Bandar; dan
berhak mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj atau saraan bagi nasihat profesional atau khidmat profesional yang diberikan olehnya.
Permohonan Permit
Perancang Bandar―
Sesuatu permohonan permit oleh suatu pertubuhan perbadanan untuk menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan disertai fi yang ditetapkan.
Permit
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar yang telah kehilangan permitnya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi permit itu apabila permohonan dibuat dan fi yang ditetapkan dibayar.
Sesuatu permit—
boleh dibaharui secara tahunan setelah fi yang ditetapkan dibayar.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Pemberitahuan mengenai perubahan komposisi dan pertukaran alamat
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar hendaklah memberitahu Lembaga—
mengenai apa-apa perubahan dalam komposisi lembaga pengarahnya atau pemegang sahamnya dalam suatu laporan yang mengandungi butir-butir penuh mengenai perubahan itu, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan itu; dan
mengenai apa-apa pertukaran alamat perniagaannya, dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu.
Lembaga boleh membatalkan permit
Lembaga boleh membatalkan permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan jika Lembaga mendapati bahawa—
pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga;
komposisi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu tidak lagi menepati perenggan 20(a);
pemegangan saham pertubuhan perbadanan itu tidak lagi menepati perenggan 20(b);
seorang pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu, sama ada dia seorang Perancang Bandar berdaftar atau bukan—
Perancang Bandar 29
bersalah atas;
merupakan antara sebab, mana-mana perbuatan atau hal yang dinyatakan dalam subseksyen 34(1); atau
wujud mana-mana hal keadaan di bawah seksyen 35
berhubungan dengan seorang pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu, sama ada dia seorang
Perancang Bandar berdaftar atau bukan.
Pendengaran perlu dijalankan dan hak untuk didengar perlu diberikan
suatu pendengaran diadakan mengenai aduan terhadap pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya yang menyebabkan atau merupakan antara sebab kepada atau terbabit dalam aduan itu; dan
sama ada melalui seorang wakil yang dilantik secara bertulis atau melalui peguam dalam hal suatu pertubuhan perbadanan; atau
sama ada secara sendiri atau melalui peguam dalam hal seorang pengarah atau pemegang saham,
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
telah diberikan kepada pertubuhan perbadanan, pengarah atau pemegang saham itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pendengaran di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga.
Jika aduan itu berasaskan perenggan 25(e) atau (f), maka
Lembaga tidak boleh membatalkan permit itu sekiranya, pada tarikh pendengaran, pertubuhan perbadanan itu memuaskan Lembaga bahawa―
bersalah atas;
merupakan antara sebab, perbuatan atau hal yang menjadi alasan aduan itu telah terhenti daripada menjadi pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu;
walau apa pun perenggan (a), komposisi lembaga pengarah dan pemegang saham pertubuhan perbadanan itu menepati seksyen 20; dan
tidak ada pengarah atau pemegang saham lain, selain daripada dengan sebab dia ialah pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu pada tarikh material itu, yang dengan apa-apa cara terbabit atau bersangkut-paut dengan perbuatan atau hal yang menjadi alasan aduan itu.
Perancang Bandar 31
Pemberhentian amalan
Walau apa pun pertubuhan perbadanan itu berhak untuk mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj atau saraan bagi nasihat profesional atau khidmat profesional yang diberikannya jika nasihat atau khidmat itu diberikan sebelum tarikh penerimaan daripada Lembaga tentang pembatalan permitnya.
Pemulangan permit
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar hendaklah memulangkan kepada Lembaga permit yang dikeluarkan kepadanya, dalam masa empat belas hari dari ia diberitahu melalui pos berdaftar mengenai pembatalan itu.
Lembaga boleh mengeluarkan permit baru
komposisi lembaga pengarah dan pemegang saham pertubuhan perbadanan itu, pada masa permohonan itu dibuat, menepati seksyen 20.
Pada mengeluarkan suatu permit baru, Lembaga boleh mengenakan terma, syarat dan sekatan tambahan yang difikirkan patut olehnya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Rayuan terhadap penolakan, syarat dan pembatalan tidak dibenarkan
Maka tidak boleh ada rayuan terhadap―
penolakan Lembaga untuk mengeluarkan permit kepada suatu pertubuhan perbadanan untuk menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar;
apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga ke atas suatu permit; dan
Bahagian V
PENYINGKIRAN DAN KEMASUKAN SEMULA
Pelantikan dan kuasa
Jawatankuasa
Penyiasatan dan
Jawatnkuasa Tatatertib
Lembaga hendaklah melantik―
suatu Jawatankuasa Penyiasatan, yang terdiri daripada tiga anggota Lembaga, untuk menyiasat sesuatu aduan yang dibuat terhadap seseorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar; dan
suatu Jawatankuasa Tatatertib, yang terdiri daripada lima anggota Lembaga yang bukan anggota Jawatankuasa
Penyiasatan, untuk membuat siasatan mengenai sesuatu aduan yang dirujukkan kepadanya oleh Jawatankuasa
Penyiasatan.
Perancang Bandar 33
Penggantungan pendaftaran sementara menanti selesai penyiasatan
Dalam masa tempoh penggantungan, Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar itu tidak boleh menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Perintah Jawatankuasa Tatatertib
Jawatankuasa Tatatertib boleh memerintahkan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi dua atau lebih yang berikut:
pembatalan pendaftaran.
Hal keadaan yang mengenainya Jawatankuasa Tatatertib boleh membuat perintah
jika dia menawarkan atau menerima suatu komisen yang pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah komisen haram;
jika semasa bertindak dalam kapasiti profesionalnya, dia pada masa yang sama dan tanpa memberitahu fakta itu kepada kliennya―
ialah seorang pengarah, atau pemegang saham substansial dalam, atau ejen bagi suatu syarikat, firma atau perniagaan pejanji; atau
mempunyai suatu kepentingan kewangan dalam syarikat, firma atau perniagaan yang dengannya dia berurusan bagi pihak kliennya;
jika dia didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib atas suatu perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat
Jawatankuasa Tatatertib adalah mengaibkan atau keji;
jika dia didapati oleh Jawatankuasa Tatatertib telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan
Akta ini;
jika dia tidak menjalankan atau menurut mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga ke atas pendaftarannya;
memperoleh;
dalam apa-apa cara terbabit dengan perolehan,
Perancang Bandar 35
suatu permit bagi pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang sahamnya, secara fraud atau salah nyataan;
jika dia, sebagai pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
Perancang Bandar―
menyembunyikan;
dengan apa-apa cara terbabit dengan penyembunyian, kewujudan apa-apa fakta atau hal keadaan dari Lembaga yang, jika diketahui, akan memberikan hak kepada
Lembaga untuk membatalkan permitnya;
jika dia, atas kapasitinya sebagai pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar―.
melanggar;
jika dia menyebabkan atau membenarkan atau membiarkan suatu pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang saham―
menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar sebelum permit dikeluarkan; atau 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
terus menjalankan amalan sebagai Perancang
Bandar selepas Lembaga membatalkan permitnya.
Suatu peluang untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui peguam hendaklah diberikan kepada Perancang Bandar berdaftar atau
Perancang
Bandar
Siswazah berdaftar yang terhadapnya Jawatankuasa Tatatertib berniat untuk membuat suatu perintah, sebelum perintah itu dibuat.
Pendaftaran adalah batal dan tidak sah dalam hal keadaan tertentu
Pendaftaran seseorang Perancang Bandar berdaftar atau
Perancang Bandar Siswazah berdaftar adalah batal dan tidak sah dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
jika dibuktikan terhadapnya, atau jika dia disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan―
sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
jika kelayakannya di bawah seksyen 15 ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;
Perancang Bandar 37
jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya; atau
Maka hendaklah disingkirkan dari Daftar nama dan butir-butir lain seorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar
yang tidak membaharui pendaftarannya dalam masa tiga bulan dari habis tempohnya;
yang tidak membayar denda yang dikenakan ke atasnya di bawah perenggan 33(b);
yang pendaftarannya adalah batal dan tidak sah di bawah seksyen 35.
Pemulangan perakuan pendaftaran
Siswazah berdaftar―
Seseorang yang namanya telah disingkirkan dari Daftar hendaklah memulangkan kepada Lembaga perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya, dalam masa empat belas hari dari dia diberitahu melalui pos berdaftar mengenai penyingkiran itu.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Kemasukan semula ke dalam Daftar
Seseorang yang namanya telah disingkirkan dari Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dimasukkan semula ke dalam Daftar―
selepas dia memberitahu Pendaftar akan hasratnya untuk dimasukkan semula dalam masa lima tahun dari penyingkiran itu; dan
Bahagian VI
Lembaga Rayuan
Bagi maksud Bahagian ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu
seorang Hakim Mahkamah Tinggi atau seorang bekas
Hakim Mahkamah Tinggi, sebagai Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara; dan
dua orang lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tempoh jawatan dan elaun anggota Lembaga Rayuan
Lembaga Rayuan yang terdiri daripada―
melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya;
Perancang Bandar 39
Rayuan hendaklah menurut budi bicaranya menentukan tatacaranya sendiri.
Rayuan
yang telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga;
yang tidak berpuas hati dengan perintah yang dibuat oleh
Jawatankuasa Tatatertib; atau
yang namanya telah disingkirkan dari Daftar, boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari dia diberitahu mengenai perkara yang dirayunya.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Tatacara rayuan
Apabila menerima notis rayuan, Pengerusi Lembaga Rayuan, atau semasa ketiadaannya, anggota yang diwakilkan olehnya untuk berbuat sedemikian, hendaklah menyebabkan Lembaga menyediakan dan menghantar kepada Lembaga Rayuan―
Apabila menerima rekod atau ringkasan rekod dan alasan keputusan Lembaga, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah mengadakan suatu sidang Lembaga Rayuan untuk mendengar rayuan itu.
Peluang untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui peguam hendaklah diberikan oleh Lembaga Rayuan kepada perayu.
Selepas mendengar rayuan itu Lembaga Rayuan boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Lembaga.
Lembaga hendaklah dengan segera memberi kuat kuasa kepada suatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan.
Perancang Bandar 41
Bahagian VII
memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit dengan―
membuat atau menyebabkan dibuat; atau
menghasilkan atau menyebabkan dihasilkan, suatu akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipu;
memalsukan, mengubah atau melancung suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit;
menggunakan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit yang dipalsukan, diubah atau dilancung;
menyamar sebagai seorang Perancang Bandar berdaftar,
Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar asing atau seorang pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
Perancang Bandar;
suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada orang lain; atau
suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia bukannya pengarahnya atau pemegang sahamnya; atau
suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepadanya; atau
suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang sahamnya.
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan―
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti am
Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan―
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Perancang Bandar 43
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, maka seseorang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas kapasiti itu hendaklah, di samping pertubuhan perbadanan itu, disifatkan telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk mencegahnya daripada berlaku.
Penjalanan pendakwaan
Pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan atau dijalankan kecuali dengan kebenaran bertulis
Pendakwa Raya.
Penjalanan prosiding sivil
Lembaga boleh melantik seorang peguam bela dan peguam cara untuk memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding sivil bagi pihaknya.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Bahagian VIII
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah terhadap―
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah Akta ini.
Kaedah-kaedah
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, secara am sebagaimana yang perlu atau suai manfaat―
bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan.
Perancang Bandar 45
Perancang Bandar berdaftar, Perancang Bandar Siswazah berdaftar, dsb. tertakluk kepada Akta ini
Tiap-tiap Perancang Bandar berdaftar, Perancang Bandar
Siswazah berdaftar, Perancang Bandar asing dan pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar adalah tertakluk kepada Akta ini.
Kecualian tentang hak Kerajaan
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini terpakai bagi apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh atau di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri.
JADUAL
[Subseksyen 4(3)]
Mesyuarat
1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun di suatu tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan semasa ketiadaannya anggota Lembaga hendaklah melantik seseorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Lembaga ialah empat orang.
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi atau, jika Pengerusi tidak ada, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Elaun
2. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh
Menteri.
Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga.
Minit
4.(1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangan dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Penzahiran kepentingan
5. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya―
suatu kepentingan dalam sesuatu syarikat atau usaha yang dengannya
Lembaga bercadang hendak membuat sesuatu kontrak; atau
suatu kepentingan dalam sesuatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya itu.
Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit
Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu
Perancang Bandar 47
tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Lembaga berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Kesahan tindakan dan prosiding
6. Tiada apa-apa tindakan yang dilakukan atau prosiding yang dibuat di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa―
ada suatu kekosongan dalam keanggotaan, atau ada suatu kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
ada pelanggaran perenggan 5 oleh seorang anggota Lembaga; atau
ada suatu peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Meterai perbadanan
7. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga.
Meterai perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi
Lembaga dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau seorang anggota Lembaga yang bertindak semasa ketiadaan Pengerusi.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan sebagaimana yang disebutkan dalam subperenggan (3) hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya.
Suatu surat ikatan, dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa.
Suatu surat ikatan, dokumen atau surat cara yang disebutkan dalam subperenggan (5) boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh seorang anggota
Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Penggunaan wang
8. (1) Wang yang diterima oleh Lembaga sama ada daripada fi yang kena dibayar di bawah Akta ini atau selainnya hendaklah digunakan oleh Lembaga—
pertamanya untuk membayar perbelanjaan pendaftaran dan perbelanjaan lain bagi mentadbirkan Akta ini termasuklah apa-apa perbelanjaan Lembaga yang dibenarkan di bawah Akta ini; dan
kemudian daripada itu untuk menggalakkan dan memajukan profesion perancangan bandar dan desa.
Wang yang tidak diperlukan serta merta oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam mana-mana sekuriti pemegang amanah yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri.
Tatacara
9. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan prosedurnya sendiri mengikut budi bicaranya.
Anggota Lembaga kena menumpukan masa kepada urusan Lembaga
10. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Lembaga sebanyak yang perlu bagi menjalankan tugasnya dengan berkesan.
49
Akta 538
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
- TIADA -
50
Akta 538
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
- TIADA -