Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 11

(a)

Seksyen A ─ yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan dan butir-butir lain Perancang Bandar berdaftar; dan

(b)

Seksyen B ─ yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain Perancang Bandar Siswazah berdaftar.

(2)

Daftar hendaklah disimpan dan disenggara di pejabat

Lembaga dan hendaklah ada akses bagi pemeriksaan awam ke atasnya.

(3)

Tiada pindaan atau perubahan boleh dibuat kepada Daftar tanpa mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu.

(4)

Sekiranya―

(a)

suatu perintah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah seksyen 33;

(b)

berlaku mana-mana hal keadaan yang menjadikan pendaftaran batal dan tidak sah di bawah seksyen 35;

(c)

suatu penyingkiran dari Daftar dibuat di bawah seksyen 36;

(d)

suatu kemasukan semula ke dalam Daftar dibuat di bawah seksyen 38; atau

(e)

mengenai―

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

(i)

apa-apa hal keadaan lain yang berlaku; atau

(ii)

apa-apa keputusan atau perintah lain yang dibuat, termasuklah berkenaan dengan rayuan yang dibuat di bawah Akta ini, yang menyentuh pendaftaran seseorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar, maka Lembaga hendaklah menyebabkan suatu catatan dibuat dalam

Daftar dengan sewajarnya.

Pelantikan dan tugas Pendaftar