Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Pendaftar hendaklah―
(a)
menandatangan kesemua perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara dan permit;
(b)
tertakluk kepada subseksyen 11(3), merekodkan kesemua catatan yang dikehendaki dibuat ke dalam Daftar;
(c)
dengan seberapa segera yang praktik selepas 1 Januari setiap tahun, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat kesemua Perancang Bandar berdaftar dan
Perancang Bandar Siswazah berdaftar;
(d)
dari semasa ke semasa, menyiarkan dalam Warta suatu senarai nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan
Perancang Bandar Siswazah berdaftar―
(i)
yang ditambahkan kepada;
(ii)
yang disingkirkan dari; atau
Perancang Bandar 19
(iii)
yang dimasukkan semula ke dalam,
Daftar; dan
(e)
menyiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam apa-apa bahasa lain, nama dan alamat Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar Siswazah berdaftar—
(i)
yang disingkirkan dari; dan
(ii)
dimasukkan semula ke dalam,
Daftar, dalam masa tiga puluh hari dari penyingkiran atau kemasukan semula itu.
(3)
Dalam apa-apa prosiding, senarai yang disiarkan dalam Warta di bawah perenggan (2)(c) dan (d) hendaklah menjadi bukti prima facie bahawa Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar
Siswazah berdaftar yang namanya terdapat dalam senarai itu―
(a)
ialah seorang Perancang Bandar berdaftar atau Perancang
Bandar Siswazah berdaftar;
(b)
telah disingkirkan dari Daftar; atau
(c)
telah dimasukkan semula ke dalam Daftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Pendaftar boleh menyiarkan secara tahunan dan menawarkan untuk jualan salinan Daftar.
Hak