Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Bandar berdaftar―
(a)
kelayakan yang dikehendaki bagi Keanggotaan Siswazah
Pertubuhan Perancang Malaysia; atau
(b)
apa-apa kelayakan lain yang difikirkan oleh Lembaga setara dengannya, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen B Daftar sebagai Perancang Bandar Siswazah berdaftar.
(2)
Seseorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar adalah dikehendaki memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan oleh
Lembaga, selepas berunding dengan Menteri dan Pertubuhan
Perancang Malaysia, supaya menjadi berhak untuk memohon didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar.
(3)
Orang yang berikut berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar sebagai
Perancang Bandar berdaftar:
(a)
mana-mana orang yang―
(i)
merupakan seorang Perancang Bandar Siswazah berdaftar; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
(ii)
telah memperoleh pengalaman amali yang ditetapkan di bawah subseksyen (2); dan
(b)
mana-mana orang yang, pada 1 Januari 1996, ialah
Anggota Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang tidak berhak didaftarkan sebagai Perancang Bandar berdaftar melainkan jika pada masa permohonan pendaftaran―
(a)
dia seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia;
(b)
dia sedang bermastautin di Malaysia; dan
(c)
dia telah bermastautin di Malaysia selama suatu tempoh tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh permohonan itu.
(5)
Mana-mana orang―
(a)
yang namanya telah disingkirkan dari Daftar di bawah perenggan 36(b); dan
(b)
yang tidak memohon untuk dimasukkan semula ke dalam
Daftar dalam masa lima tahun dari tarikh penyingkiran itu, berhak, apabila permohonan dibuat olehnya, untuk didaftarkan di bawah Seksyen A Daftar.
(6)
Tiada seorang pun berhak untuk didaftarkan sebagai
Perancang Bandar berdaftar atau Perancang Bandar Siswazah berdaftar jika pada bila-bila masa sebelum pendaftarannya wujud apa-apa hal keadaan yang boleh menjadikan pendaftarannya batal dan tidak sah di bawah seksyen 35.
Perancang Bandar 23
Permohonan pendaftaran