Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 18

(a)

yang dibiayai sepenuhnya oleh sesuatu kerajaan asing; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

(b)

yang dilaksanakan di bawah perkiraan dwipihak antara kerajaan.

(2)

Seseorang Perancang Bandar asing boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran sementara jika dia memuaskan Lembaga bahawa―

(a)

dia memiliki kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan perancangan bandar di negara yang dia biasanya menjalankan amalan;

(b)

dia memiliki kepakaran yang perlu; dan

(c)

kehadirannya secara fizikal dikehendaki di Malaysia selama tempoh tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing sesuatu usaha sama.

(3)

Lembaga boleh meluluskan suatu pendaftaran sementara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun kalendar dan, apabila permohonan dibuat, boleh membaharui pendaftaran sementara itu sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.

(4)

Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran sementara dalam borang yang ditetapkan kepada seseorang Perancang Bandar asing yang permohonan pendaftaran sementaranya diluluskan oleh Lembaga setelah menerima fi yang ditetapkan.

(5)

Seseorang Perancang Bandar asing yang kehilangan perakuan pendaftaran sementaranya hendaklah dikeluarkan kepadanya suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara itu apabila permohonan dibuat olehnya dan fi yang ditetapkan dibayar.

(6)

Seseorang Perancang Bandar asing yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga yang menolak permohonannya bagi pendaftaran sementara atau pembaharuan pendaftaran sementara boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahu mengenai tarikh penolakan itu, merayu kepada Menteri.

Perancang Bandar 25

(7)

Keputusan Menteri atas rayuan di bawah subseksyen (6)

adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “Perancang Bandar asing” ertinya seorang Perancang Bandar yang bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.

Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat