Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Lembaga boleh membatalkan permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan jika Lembaga mendapati bahawa—
(a)
pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak menjalankan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga;
(b)
komposisi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan itu tidak lagi menepati perenggan 20(a);
(c)
pemegangan saham pertubuhan perbadanan itu tidak lagi menepati perenggan 20(b);
(d)
pertubuhan perbadanan itu telah melanggar kehendak seksyen 24;
(e)
seorang pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu, sama ada dia seorang Perancang Bandar berdaftar atau bukan—
Perancang Bandar 29
(i)
bersalah atas;
(ii)
telah melakukan;
(iii)
terbabit dalam; atau
(iv)
merupakan antara sebab, mana-mana perbuatan atau hal yang dinyatakan dalam subseksyen 34(1); atau
(f)
wujud mana-mana hal keadaan di bawah seksyen 35
berhubungan dengan seorang pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu, sama ada dia seorang
Perancang Bandar berdaftar atau bukan.
Pendengaran perlu dijalankan dan hak untuk didengar perlu diberikan