Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 26

(a)

suatu pendengaran diadakan mengenai aduan terhadap pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana pengarahnya atau pemegang sahamnya yang menyebabkan atau merupakan antara sebab kepada atau terbabit dalam aduan itu; dan

(b)

suatu peluang untuk didengar―

(i)

sama ada melalui seorang wakil yang dilantik secara bertulis atau melalui peguam dalam hal suatu pertubuhan perbadanan; atau

(ii)

sama ada secara sendiri atau melalui peguam dalam hal seorang pengarah atau pemegang saham,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

telah diberikan kepada pertubuhan perbadanan, pengarah atau pemegang saham itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Pendengaran di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga.

(3)

Jika aduan itu berasaskan perenggan 25(e) atau (f), maka

Lembaga tidak boleh membatalkan permit itu sekiranya, pada tarikh pendengaran, pertubuhan perbadanan itu memuaskan Lembaga bahawa―

(a)

pengarah atau pemegang saham yang―

(i)

bersalah atas;

(ii)

telah melakukan;

(iii)

terbabit dengan; atau

(iv)

merupakan antara sebab, perbuatan atau hal yang menjadi alasan aduan itu telah terhenti daripada menjadi pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu;

(b)

walau apa pun perenggan (a), komposisi lembaga pengarah dan pemegang saham pertubuhan perbadanan itu menepati seksyen 20; dan

(c)

tidak ada pengarah atau pemegang saham lain, selain daripada dengan sebab dia ialah pengarah atau pemegang saham pertubuhan perbadanan itu pada tarikh material itu, yang dengan apa-apa cara terbabit atau bersangkut-paut dengan perbuatan atau hal yang menjadi alasan aduan itu.

Perancang Bandar 31

Pemberhentian amalan