Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 2

Tafsiran

“anggota” ertinya anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah Pengerusi Lembaga;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

“Daftar” ertinya Daftar Perancang Bandar yang disebut dalam seksyen 11;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 50;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 10;

“Lembaga” ertinya Lembaga Perancang Bandar yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Perancang Bandar yang dilantik di bawah subseksyen 12(1);

“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 17(1) dan termasuklah pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 17(2);

“perakuan pendaftaran sementara”

ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 18(4) dan termasuklah pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 18(5);

“Perancang Bandar berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 15(3);

“Perancang Bandar Siswazah berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 15(1);

“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah subseskyen 23(1) dan termasuklah pendua bagi permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen 23(2);

Perancang Bandar 9

“Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa” ertinya persatuan yang dibentuk oleh Perancang Bandar yang bekerja dalam sektor awam;

“Pertubuhan Perancang Malaysia” termasuklah institut, badan atau pertubuhan yang menggantikannya dan diluluskan oleh Menteri;

“pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai

Perancang

Bandar”

ertinya pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang telah dikeluarkan kepadanya permit untuk menjalankan amalan sebagai

Perancang Bandar;

“pihak berkuasa awam” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Perlembagaan Persekutuan;

“profesion” ertinya profesion perancangan bandar.