Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 34

(a)

jika dia menawarkan atau menerima suatu komisen yang pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah komisen haram;

(b)

jika semasa bertindak dalam kapasiti profesionalnya, dia pada masa yang sama dan tanpa memberitahu fakta itu kepada kliennya―

(i)

ialah seorang pengarah, atau pemegang saham substansial dalam, atau ejen bagi suatu syarikat, firma atau perniagaan pejanji; atau

(ii)

mempunyai suatu kepentingan kewangan dalam syarikat, firma atau perniagaan yang dengannya dia berurusan bagi pihak kliennya;

(c)

jika pendaftarannya telah diperoleh melalui fraud atau salah nyataan;

(d)

jika dia didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib atas suatu perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat

Jawatankuasa Tatatertib adalah mengaibkan atau keji;

(e)

jika dia didapati oleh Jawatankuasa Tatatertib telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(f)

jika dia tidak menjalankan atau menurut mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga ke atas pendaftarannya;

(g)

jika dia―

(i)

memperoleh;

(ii)

menyebabkan pemerolehan; atau

(iii)

dalam apa-apa cara terbabit dengan perolehan,

Perancang Bandar 35

suatu permit bagi pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang sahamnya, secara fraud atau salah nyataan;

(h)

jika dia, sebagai pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai

Perancang Bandar―

(i)

menyembunyikan;

(ii)

menyebabkan penyembunyian; atau

(iii)

dengan apa-apa cara terbabit dengan penyembunyian, kewujudan apa-apa fakta atau hal keadaan dari Lembaga yang, jika diketahui, akan memberikan hak kepada

Lembaga untuk membatalkan permitnya;

(i)

jika dia, atas kapasitinya sebagai pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar―.

(i)

melanggar;

(ii)

menyebabkan pelanggaran;

(iii)

tidak menjalankan; atau

(iv)

tidak menurut, terma, syarat atau sekatan atas permit;

(j)

jika dia menyebabkan atau membenarkan atau membiarkan suatu pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang saham―

(i)

menjalankan amalan sebagai Perancang Bandar sebelum permit dikeluarkan; atau 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

(ii)

terus menjalankan amalan sebagai Perancang

Bandar selepas Lembaga membatalkan permitnya.

(2)

Suatu peluang untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui peguam hendaklah diberikan kepada Perancang Bandar berdaftar atau

Perancang

Bandar

Siswazah berdaftar yang terhadapnya Jawatankuasa Tatatertib berniat untuk membuat suatu perintah, sebelum perintah itu dibuat.

Pendaftaran adalah batal dan tidak sah dalam hal keadaan tertentu

Section 34 — TOWN PLANNERS ACT 1995 | mylaw.my