Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Pendaftaran seseorang Perancang Bandar berdaftar atau
Perancang Bandar Siswazah berdaftar adalah batal dan tidak sah dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
jika dibuktikan terhadapnya, atau jika dia disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan―
(i)
sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
(ii)
sesuatu kesalahan di bawah suatu undang-undang berhubungan dengan rasuah;
(iii)
sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(iv)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
(b)
jika kelayakannya di bawah seksyen 15 ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;
Perancang Bandar 37
(c)
jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya; atau
(d)
jika dia menjadi bankrap.
Penyingkiran dari Daftar