Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 3

(2)

Lembaga boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh―

(a)

mengikat kontrak; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 538

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala perihal harta alih dan tak alih.

(4)

Lembaga boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadai, menggadaijanji, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga―

(a)

mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh

Lembaga; dan

(b)

tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perkara yang sama.

Keanggotaan Lembaga