Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 43

(2)

Apabila menerima notis rayuan, Pengerusi Lembaga Rayuan, atau semasa ketiadaannya, anggota yang diwakilkan olehnya untuk berbuat sedemikian, hendaklah menyebabkan Lembaga menyediakan dan menghantar kepada Lembaga Rayuan―

(a)

rekod atau suatu ringkasan rekod prosiding Lembaga; dan

(b)

alasan keputusan Lembaga, mengenai perkara yang dirayu.

(3)

Apabila menerima rekod atau ringkasan rekod dan alasan keputusan Lembaga, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah mengadakan suatu sidang Lembaga Rayuan untuk mendengar rayuan itu.

(4)

Peluang untuk didengar sama ada secara sendiri atau melalui peguam hendaklah diberikan oleh Lembaga Rayuan kepada perayu.

(5)

Selepas mendengar rayuan itu Lembaga Rayuan boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Lembaga.

(6)

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

(7)

Lembaga hendaklah dengan segera memberi kuat kuasa kepada suatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan.

Perancang Bandar 41

Section 43 — TOWN PLANNERS ACT 1995 | mylaw.my