Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(a)
memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit dengan―
(i)
membuat atau menyebabkan dibuat; atau
(ii)
menghasilkan atau menyebabkan dihasilkan, suatu akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipu;
(b)
membuat atau menyebabkan dibuat suatu pemalsuan di dalam Daftar;
(c)
memalsukan, mengubah atau melancung suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit;
(d)
menggunakan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau permit yang dipalsukan, diubah atau dilancung;
(e)
menyamar sebagai seorang Perancang Bandar berdaftar,
Perancang Bandar Siswazah berdaftar, Perancang Bandar asing atau seorang pengarah atau pemegang saham suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai
Perancang Bandar;
(f)
membeli atau secara fraud memperoleh―
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
(i)
suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada orang lain; atau
(ii)
suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia bukannya pengarahnya atau pemegang sahamnya; atau
(g)
menjual, menyerahhakkan atau memindahkan―
(i)
suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepadanya; atau
(ii)
suatu permit yang dikeluarkan kepada suatu pertubuhan perbadanan yang dia ialah pengarahnya atau pemegang sahamnya.
(2)
Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan―
(a)
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti am