Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 49

Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah terhadap―

(a)

Lembaga;

(b)

seseorang anggota Lembaga;

(c)

sesuatu jawatankuasa;

(d)

seseorang anggota sesuatu jawatankuasa; atau

(e)

seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah Akta ini.

Kaedah-kaedah