Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
Pengerusi;
(b)
Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia;
(c)
Presiden Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa;
(d)
tujuh anggota yang merupakan Perancang Bandar yang dinamakan dalam senarai penamaan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia dan mereka itu hendaklah terdiri daripada―
(i)
tiga orang Perancang Bandar yang berkhidmat dengan suatu pihak berkuasa awam;
(ii)
tiga orang Perancang Bandar yang menjalankan amalan persendirian selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun di Malaysia; dan
Perancang Bandar 11
(iii)
seorang Perancang Bandar yang bekerja dengan mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi dan yang bertugas mengajar perancangan bandar dan desa atau perancangan bandar dan wilayah;
(e)
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga Arkitek daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117];
(f)
seorang anggota ynag dinamakan oleh Lembaga Jurutera daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] ; dan
(g)
seorang anggota yang dinamakan oleh Lembaga Juruukur daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 [Akta 458].
(2)
Pengerusi dan anggota lain Lembaga di bawah perenggan (d)
hingga (g)—
(a)
hendaklah dilantik oleh Menteri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun;
(b)
melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya;
(c)
adalah layak dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada tiga penggal berturut-turut; dan
(d)
boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan surat yang ditujukan kepada Menteri.
(3)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
Penamatan pelantikan