Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PERANCANG BANDAR 1995

Seksyen 6

Menteri boleh menamatkan pelantikan seseorang anggota

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan dengan sepatutnya tugasnya sebagai anggota Lembaga;

(c)

jika dibuktikan terhadapnya, atau jika dia disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan―

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

Perancang Bandar 13

(e)

jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya;

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada

Pengerusi Lembaga;

(g)

jika pendaftarannya dibatalkan atau menjadi batal dan tidak sah; atau

(h)

jika namanya disingkirkan dari Daftar.

Pengisian kekosongan

Section 6 — TOWN PLANNERS ACT 1995 | mylaw.my