Malaysia legislation
Section 14
of *AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 14
Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persolan atau relevan.
Huraian 1—Sesuatu fakta yang relevan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.
Huraian 2—Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya ialah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi qarinah.
(a)
Soalnya ialah sama ada A bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya B.
Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain yang sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu ialah qarinah.
(b)
A dibicarakan kerana suatu jenayah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu ialah qarinah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukanlah qarinah.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja