KERELEVANAN
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1997/561
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 is Malaysia Act, cited as Act 561 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Opening note
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta Pentadbiran” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];
“‘aqil” ertinya sempurna akal;
“baligh” ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syarak;
“bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;
“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—
huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
Keterangan Mahkamah Syariah 15
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;
suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan
, (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;
Tulisan ialah dokumen.
Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.
Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.
Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.
Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.
Fotograf atau negatif ialah dokumen.
Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.
Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.
Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;
“fakta” ertinya dan termasuklah—
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera;
Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu fakta.
Bahawa seseorang berpegang pada pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu ialah suatu fakta.
Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;
“fakta persoalan” ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketidakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;
A dituduh berkhalwat dengan B.
Dalam perbicaraannya, fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:
bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam suatu bilik tertutup;
bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat yang gelap;
Keterangan Mahkamah Syariah 17
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
“filem” ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;
“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah seksyen 42, 43 dan 44 Akta
Pentadbiran;
“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;
“keterangan” termasuklah—
segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh
Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara fakta yang disiasat:
pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan
Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;
“komputer” ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
“mikrofilem” ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;
“negatif” ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;
“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam
Syarie di bawah seksyen 59 Akta Pentadbiran;
“qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Akta ini;
“saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;
“syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di
Mahkamah dengan menggunakan lafaz
“asyhadu”
untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;
“‘urf” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan;
Dalam Akta ini—
suatu fakta dikatakan “terbukti sebaliknya” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketidakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;
sesuatu fakta dikatakan “tidak terbukti” apabila fakta itu tidak “terbukti” atau tidak “terbukti sebaliknya” mengikut
Akta ini;
Keterangan Mahkamah Syariah 19
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
sesuatu fakta dikatakan “terbukti” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada Tulisan
Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Anggapan
Bilamana diperuntukkan oleh Akta ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.
QARINAH
Am
Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah
Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.
Huraian—Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.
A dituduh memukul isterinya B dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.
Dalam perbicaraan A fakta yang berikut adalah menjadi persoalan:
A memukul B dengan tongkat itu.
A mencederakan B dengan pukulan itu dengan niat hendak menganiayanya.
Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah
Fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
A dituduh memukul isterinya B. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan atau fakta relevan
Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada langsung atau selainnya, bagi fakta persoalan atau fakta relevan, atau fakta yang menjadi keadaan benda yang dalamnya fakta itu berlaku, atau
Keterangan Mahkamah Syariah 21
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
yang memberikan peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan ialah qarinah.
Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian
Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.
Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh kerelevanan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.
Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang ialah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah bertanyakan tentang perkara yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dalam wasiat yang dikatakan itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan pembuatan wasiat itu, dan bahawa dia telah menyebabkan draf wasiat yang lain disediakan yang tidak dipersetujuinya, ialah qarinah.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu jenayah.
Fakta bahawa A telah melarikan diri selepas menerima surat yang memberinya amaran bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu ialah qarinah.
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia telah melarikan diri, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu ialah qarinah.
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya ialah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.
Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu ialah qarinah.
A dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya ialah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.
Keterangan Mahkamah Syariah 23
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu ialah qarinah sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pengkomplot berkenaan dengan rancangan bersama
Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak kepadanya.
Bila fakta menjadi qarinah
jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketidakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tidak barangkali.
Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala
Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah qarinah.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barangkali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C, atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D ialah qarinah.
Dalam guaman bagi mendapatkan ganti rugi, fakta yang cenderung membolehkan Mahkamah menentukan amaun ialah qarinah
Dalam guaman untuk menuntut ganti rugi, apa-apa fakta yang membolehkan Mahkamah menentukan amaun ganti rugi yang patut diawardkan ialah qarinah.
Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘urf dipersoalkan
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka fakta yang berikut ialah qarinah:
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau ‘urf yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak konsisten dengan kewujudan hak atau ‘urf itu;
hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau ‘urf itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau ‘urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.
Keterangan Mahkamah Syariah 25
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh ialah qarinah
Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persolan atau relevan.
Huraian 1—Sesuatu fakta yang relevan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.
Huraian 2—Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya ialah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi qarinah.
Soalnya ialah sama ada A bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya B.
Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain yang sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu ialah qarinah.
A dibicarakan kerana suatu jenayah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu ialah qarinah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukanlah qarinah.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja
Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu menjadi sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, dan orang yang melakukan perbuatan itu terlibat dalam setiap kejadian itu, ialah qarinah.
A telah diambil kerja untuk menerima fitrah sebagai amil daripada orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku bagi menunjukkan amaun wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.
Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.
Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan bahawa setiap satu catatan palsu itu adalah untuk faedah
A, ialah qarinah.
Bila kewujudan perjalanan urusan menjadi qarinah
Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, yang menurut kelazimannya perbuatan itu pasti telah dilakukan, ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah dihantar.
Fakta bahawa adalah menjadi perjalanan biasa urusan bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, dan bahawa surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, ialah qarinah.
Keterangan Mahkamah Syariah 27
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A.
Fakta bahawa ia telah diposkan mengikut amalan biasa dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tak Sampai ialah qarinah.
Iqrar
Iqrar ditakrifkan
Sesuatu iqrar hendaklah dibuat—
di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang
‘aqil, baligh dan ‘adil.
Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.
Kebolehterimaan iqrar
iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya
(Mahjur ‘alaih).
Iqrar yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang mumayyiz yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu.
Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang ‘aqil baligh.
Huraian—Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat dengan pernyataannya.
Iqrar yang dibuat dalam keadaan marad al-maut
Iqrar yang dibuat oleh seseorang yang berada dalam keadaan marad al-maut berhubungan dengan tanggungan atau obligasinya terhadap seorang lain boleh diterima.
Pernyataan oleh Orang yang tidak dapat dipanggil sebagai Saksi
Hal yang dalamnya pernyataan mengenai fakta relevan oleh orang yang telah mati atau tidak dapat dijumpai, dsb. ialah qarinah
apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hal keadaan transaksi yang telah mengakibatkan kematiannya, dalam hal yang dalamnya sebab kematian orang itu dipersoalkan.
Pernyataan sedemikian ialah qarinah sama ada pada masa pernyataan itu dibuat orang yang membuatnya telah menjangkakan atau tidak menjangkakan dia akan mati, dan walau apa jua jenis prosiding yang dalamnya sebab kematiannya itu dipersoalkan;
apabila pernyataan itu telah dibuat oleh mana-mana orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila pernyataan itu terdiri daripada apa-apa catatan atau memorandum yang telah dibuat olehnya dalam buku yang disimpan dalam perjalanan biasa urusan atau pada melaksanakan tugas profesional; atau terdiri daripada pengakuterimaan yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau apa jua jenis harta; atau terdiri daripada sesuatu dokumen yang digunakan dalam perdagangan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau dokumen lain yang biasanya ditarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;
apabila pernyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan ketuanpunyaan orang yang membuatnya, atau apabila, jika benar, pernyataan itu akan mendedahkan atau mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk ganti rugi;
apabila pernyataan itu memberikan pendapat mana-mana orang sedemikian tentang kewujudan apa-apa hak awam atau ‘urf atau perkara yang mempunyai kepentingan awam
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
atau am, yang kewujudannya, jika ia wujud, mungkin telah disedari oleh orang itu, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontroversi tentang hak,
‘urf atau perkara itu;
apabila pernyataan itu adalah berhubungan dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang tentang hubungan itu orang yang membuat pernyataan itu mempunyai cara yang istimewa bagi mengetahuinya, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
apabila pernyataan itu adalah berhubungan dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang telah mati, dan pernyataan itu dibuat dalam mana-mana wasiat atau surat ikatan yang berhubungan dengan hal-ehwal keluarga yang mana-mana orang yang telah mati itu seorang anggotanya, atau dalam apa-apa salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau benda lain yang di atasnya pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
apabila pernyataan itu terkandung dalam mana-mana dokumen yang berhubungan dengan apa-apa transaksi sebagaimana yang disebut dalam perenggan 13(a);
apabila pernyataan itu telah dibuat oleh sebilangan orang dan menyatakan perasaan atau tanggapan mereka yang relevan dengan perkara yang berkenaan itu.
Soalnya ialah tentang tarikh lahir A.
Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan, menyatakan
Keterangan Mahkamah Syariah 31
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu A yang melahirkan seorang anak lelaki, ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguam bela yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan bahawa pada suatu hari tertentu peguam bela itu telah ada bersama A di suatu tempat yang dinyatakan di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang.
Pernyataan seorang Kadi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu tidak sah ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A, seorang yang tidak dapat dijumpai, telah menulis suatu surat pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa suatu surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A, yang telah mati, ialah bapa B.
Suatu pernyataan oleh A bahawa B ialah anaknya ialah qarinah.
Soalnya ialah bila tarikh lahir A?
Suatu surat daripada bapa A yang telah mati kepada seorang sahabatnya, memberitahu tentang kelahiran A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada dan bila A dan B berkahwin.
Suatu catatan dalam buku memorandum oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan
A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.
Keterangan mengenai pernyataan sedemikian hendaklah diberikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Keterangan berhubungan dengan pernyataan sedemikian tidak boleh diterima di bawah hal keadaan yang berikut:
apabila orang yang membuat pernyataan itu melarang pernyataan itu diberikan sebagai keterangan;
apabila orang yang membuat pernyataan itu terhenti menjadi kompeten untuk memberikan keterangan;
apabila orang yang membuat pernyataan itu enggan memberikan keterangan atas alasan bahawa tidak ada keterangan yang relevan dengan pertikaian itu atau bahawa dia tidak membuat pernyataan itu atau dia telah membuat kesilapan berhubungan dengan pernyataan itu.
Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya
Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, ialah qarinah bagi maksud membuktikan dalam prosiding kehakiman kemudiannya, atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:
prosiding itu adalah antara pihak yang sama atau wakilnya dari segi kepentingan;
Keterangan Mahkamah Syariah 33
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
pihak menentang dalam prosiding yang pertama itu mempunyai hak dan berpeluang untuk memeriksa balas;
masalah yang menjadi persoalan itu pada matannya adalah sama dalam prosiding yang pertama dengan yang kedua.
Huraian—Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.
Pernyataan yang dibuat di bawah
Hal Keadaan Khas
Bila catatan dalam buku akaun ialah qarinah
Dengan syarat bahawa—
Catatan dalam buku akaun yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan ialah qarinah bilamana catatan itu merujuk kepada perkara yang kena disiasat oleh Mahkamah, tetapi catatan itu sahaja tidaklah menjadi keterangan yang mencukupi untuk mempertanggungkan liabiliti terhadap mana-mana orang.
Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan ialah qarinah
Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pekhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, ialah dengan sendirinya qarinah.
Pernyataan dalam peta, carta dan pelan ialah qarinah
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara yang biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta atau pelan itu, ialah dengan sendirinya qarinah.
Pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu ialah qarinah
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri yang disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Negeri, ialah qarinah.
Pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang ialah qarinah
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara, apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, ialah qarinah.
Keterangan Mahkamah Syariah 35
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Sebanyak Mana Pernyataan dikehendaki dibuktikan
Keterangan apa dikehendaki diberikan apabila pernyataan menjadi sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas
Apabila apa-apa pernyataan, yang mengenainya keterangan diberikan, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada suatu buku atau sebahagian daripada suatu siri surat atau kertas yang berkaitan, maka keterangan hendaklah diberikan mengenai hanya sekian banyak daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya jenis dan kesan pernyataan itu dan juga hal keadaan yang di bawahnya pernyataan itu telah dibuat.
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah
Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua
Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan ialah qarinah apabila soalnya ialah sama ada
Mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaraan itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Bila penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb.
ialah qarinah
Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya kepada mana-mana orang terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa;
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu;
bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan
bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang itu.
Keterangan Mahkamah Syariah 37
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Bila penghakiman, perintah atau dekri ialah qarinah
Penghakiman, perintah atau dekri, selain yang disebut dalam seksyen 29, ialah qarinah jika ia berhubungan dengan perkara daripada jenis awam yang relevan kepada siasatan itu; tetapi penghakiman, perintah atau dekri itu bukanlah bukti konklusif mengenai apa yang dinyatakan olehnya.
Bila penghakiman, dsb. tidak qarinah
Penghakiman, perintah atau dekri, yang selain disebut dalam seksyen 28, 29 dan 30, adalah tidak qarinah melainkan jika kewujudan penghakiman, perintah atau dekri itu ialah suatu fakta persoalan atau qarinah di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Fraud atau pakat sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketidakkompetenan Mahkamah boleh dibuktikan
Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang ialah qarinah di bawah seksyen 28, 29 dan 30, dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh
Mahkamah yang tidak kompeten untuk mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakat sulit.
Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah
Pendapat pakar
Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Soalnya ialah sama ada suatu dokumen tertentu ditulis oleh A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.
Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan ialah qarinah.
Fakta berkenaan dengan pendapat pakar
Fakta yang selainnya tidak qarinah ialah qarinah jika ia menyokong atau adalah tidak konsisten dengan pendapat pakar apabila pendapat itu ialah qarinah.
Bila pendapat tentang tulisan tangan ialah qarinah
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah qarinah.
Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab
Keterangan Mahkamah Syariah 39
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.
Soalnya ialah sama ada sesuatu surat tertentu adalah daripada A kepada isterinya.
Keterangan diberi oleh B yang ialah setiausaha A dan tugasnya adalah untuk meneliti dan memfailkan persuratan A.
Pendapat B atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan A ialah qarinah, walaupun B tidak pernah melihat A menulis.
Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika ia wujud, ialah qarinah.
Huraian—Ungkapan “hak atau ‘urf” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.
Bila pendapat tentang kelaziman, rukun, dsb. ialah qarinah
pengertian perkataan atau istilah yang digunakan di dalam daerah tertentu atau oleh golongan orang tertentu,
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
maka pendapat orang yang mempunyai cara-cara yang khas bagi mengetahuinya ialah qarinah.
Bila pendapat mengenai hubungan ialah qarinah
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang hubungan seseorang dengan seseorang yang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang kewujudan hubungan itu oleh mana-mana orang yang, sebagai anggota keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara yang khas bagi mengetahui perkara itu ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin.
Fakta bahawa mereka biasanya diterima dan diperlakukan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri ialah qarinah.
Soalnya ialah sama ada A ialah anak B yang sah taraf.
Fakta bahawa A sentiasa diperlakukan sedemikian oleh anggota keluarganya ialah qarinah.
Bila alasan pendapat ialah qarinah
Bilamana pendapat mana-mana orang yang masih hidup ialah qarinah, maka alasan yang atasnya pendapat itu diasaskan ialah qarinah juga.
Seseorang pakar boleh memberikan keterangan mengenai ujian yang telah dilaksanakan olehnya bagi maksud menyediakan pendapatnya.
Keterangan Mahkamah Syariah 41
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Bila Watak menjadi Qarinah
Dalam kes mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah qarinah
Dalam kes mal, fakta bahawa watak mana-mana orang yang berkenaan adalah sebegitu hingga boleh menjadikan apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya barangkali atau tidak barangkali tidaklah qarinah, kecuali setakat yang wataknya itu ternyata daripada fakta yang qarinah.
Dalam prosiding jenayah, watak baik dahulu ialah qarinah
Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak baik ialah qarinah.
Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab
Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi qarinah.
Huraian 1—Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.
Huraian 2—Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Bahagian II
FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN
Fakta yang diberi pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan
Tiada fakta yang mengenainya Mahkamah akan memberikan pengiktirafan kehakiman perlu dibuktikan.
Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberikan pengiktirafan kehakiman
semua undang-undang yang kini mempunyai kuat kuasa undang-undang atau yang sebelum ini berkuat kuasa atau yang kemudian daripada ini akan berkuat kuasa di
Malaysia;
tatakawalan angkatan tentera bagi angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat yang berada di Malaysia secara sah;
perjalanan prosiding di dalam Parlimen dan di dalam badan perundangan mana-mana Negeri di Malaysia;
perihal naik takhta Yang di-Pertuan Agong dan naik takhta Sultan mana-mana Negeri di Malaysia dan pelantikan Yang di-Pertua Negeri;
meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberi kuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang
Keterangan Mahkamah Syariah 43
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai notari awam;
perihal jawatan mula dipegang, nama, gelaran, fungsi dan tandatangan orang yang sedang menyandang mana-mana jawatan awam di Malaysia, jika hakikat pelantikannya kepada jawatan itu diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;
perjalanan biasa alam, pembahagian waktu semula jadi dan rekaan, pembahagian dunia mengikut geografi, pengertian perkataan Melayu, Inggeris dan Arab, hari-hari perayaan awam, puasa dan kelepasan awam yang diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta
Negeri;
nama anggota dan pegawai Mahkamah serta timbalan dan pegawai bawahan dan pembantu mereka, dan juga nama semua pegawai yang bertindak melaksanakan proses
Mahkamah, dan nama semua Peguam Syarie dan orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya;
kaedah-kaedah jalan di darat, peraturan-peraturan laut dan kaedah-kaedah udara;
segala perkara lain yang Mahkamah diarahkan oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya mengiktiraf.
Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, Mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.
Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.
Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain dengan iqrar sedemikian.
KETERANGAN LISAN
Pembuktian fakta dengan keterangan lisan
Segala fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisan.
Keterangan lisan mestilah secara langsung
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah melihat fakta itu;
Keterangan Mahkamah Syariah 45
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu;
jika ia merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui mana-mana deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara yang lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah menanggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;
jika ia merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, maka ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan itu.
Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.
Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.
KETERANGAN DOKUMENTAR
Pembuktian kandungan dokumen
Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Keterangan primer
Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.
Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, maka setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu.
Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.
Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, maka setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan daripada dokumen asal yang sama, maka dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.
Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer.
Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekali gus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.
Keterangan sekunder
salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
Keterangan Mahkamah Syariah 47
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua cara.
Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen asal.
Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen asal.
Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.
Pembuktian dokumen dengan keterangan primer
Dokumen mestilah dibuktikan dengan keterangan primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian daripada ini.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Hal yang dalamnya keterangan sekunder berhubungan dengan dokumen boleh diberikan
apabila dokumen asal dibuktikan atau didapati berada dalam milik atau di bawah kuasa—
orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan;
mana-mana orang yang di luar bidang kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses Mahkamah;
atau
mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakannya, dan setelah diberikan notis yang disebut dalam seksyen 53, orang itu tidak mengemukakannya;
apabila kewujudan, keadaan atau kandungan dokumen asal itu telah dibuktikan sebagai diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakilnya yang diakui secara bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam;
apabila dokumen asal itu telah musnah atau hilang, atau apabila pihak yang menawarkan keterangan mengenai kandungannya tidak dapat mengemukakannya dalam masa yang munasabah kerana apa-apa sebab lain yang tidak berbangkit daripada kemungkiran atau keabaiannya sendiri;
apabila dokumen asal itu adalah sebegitu keadaannya hingga ia tidak boleh dialih dengan mudah;
Keterangan Mahkamah Syariah 49
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen awam dalam pengertian seksyen 57;
apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen yang salinan diperakuinya dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa di Malaysia untuk diberikan sebagai keterangan;
apabila dokumen asal itu terdiri daripada berbagai keterangan atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudahnya di Mahkamah, dan fakta yang hendak dibuktikan itu ialah kesimpulan am mengenai kesemuanya itu.
Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a),(c) dan
apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah diterima.
Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama
Islam itu bolehlah diterima.
Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), hanya salinan diperakui dokumen itu boleh diterima.
Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen sedemikian.
Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan
Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang disebut dalam perenggan 52 (1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi pihak yang memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya atau orang lain
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya, notis untuk mengemukakannya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:
Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan kehendak mengenai notis ini patut diketepikan:
apabila daripada keadaan kes itu pihak menentang mesti mengetahui yang dia akan dikehendaki mengemukakannya;
apabila didapati atau terbukti bahawa pihak menentang telah memperoleh milik dokumen asal itu dengan cara fraud atau paksa;
apabila pihak menentang atau ejennya mempunyai dokumen asal itu di dalam Mahkamah;
apabila pihak menentang atau ejennya telah mengaku kehilangan dokumen itu; atau
apabila orang yang memiliki dokumen itu berada di luar bidang kuasa atau tidak tertakluk kepada proses
Mahkamah.
Pembuktian dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan
Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang, maka tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak
Keterangan Mahkamah Syariah 51
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
daripada dokumen itu yang dikatakan sebagai tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai dalam tulisan tangannya.
Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai
Sesuatu pengakuan yang dibuat dalam dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang lain boleh diterima sebagai iqrar, dengan syarat bahawa subseksyen 17(2) dipatuhi.
Pembuktian dokumen
Jika saksi-saksi kepada dokumen itu tidak dapat ditemui, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.
Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subsekyen (2) boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tangunggan yang diwujudkan dalam dokumen ini.
Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak mengenal pasti tulisan dan tandatangan pada dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan pada
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
dokumen itu hendaklah disahkan oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar.
Jika tulisan dan tandatangan pada dokumen itu telah disahkan oleh pakar-pakar, maka orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu.
Jika sesuatu dokumen tidak boleh dibuktikan dengan mana-mana cara yang disebut terdahulu, orang yang menafikan tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah, apabila diminta oleh orang yang mengatakan bahawa orang disebut terdahulu itu ialah orang yang menyempurnakan dokumen itu, mengangkat sumpah, dan jika dia enggan berbuat demikian, orang yang mengatakan itu boleh mengangkat sumpah dan berikutan dengannya membuktikan tuntutannya.
Dokumen Awam
Dokumen awam
Dokumen yang berikut ialah dokumen awam:
kuasa pemerintah berdaulat;
pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi sesuatu negara asing; dan
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Keterangan Mahkamah Syariah 53
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Dokumen persendirian
Segala dokumen selain yang disebut dalam seksyen 57 ialah dokumen persendirian.
Salinan diperakui bagi dokumen awam
Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen itu apabila fi di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan bilamana pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah dipanggil salinan diperakui.
Huraian—Mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menyerahkan salinan itu dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dalam pengertian seksyen ini.
Pembuktian dokumen rasmi dengan pengemukaan salinan diperakui
Salinan yang diperakui mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 59 boleh dikemukakan bagi membuktikan kandungan dokumen awam atau bahagian dokumen awam itu yang ia berupa sebagai salinannya.
Pembuktian dokumen rasmi tertentu
Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
tindakan, perintah atau pemberitahuan
Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam mana-mana jabatannya—
melalui rekod jabatan itu yang diperakui oleh ketua jabatan itu masing-masing;
oleh Menteri dalam hal Kerajaan Persekutuan, dan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, Menteri
Negeri (jika ada), atau Setiausaha Kerajaan Negeri dalam hal Kerajaan Negeri; atau
melalui apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
prosiding Parlimen atau badan perundangan mana-mana
Negeri, melalui minit mesyuarat badan itu, atau melalui
Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang disiarkan atau, melalui salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
prosiding sesuatu badan perbandaran, lembaga bandaran atau pihak berkuasa tempatan yang lain di Malaysia, melalui suatu salinan prosiding itu yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, atau melalui suatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan itu;
tindakan Eksekutif atau prosiding badan perundangan sesuatu negara asing, melalui Warta yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di negara itu sebagai sedemikian, atau melalui salinan yang diperakui di bawah meterai negara itu atau pemerintah berdaulat, atau melalui suatu pengiktirafan mengenainya dalam sesuatu Ordinan atau Akta Malaysia;
dokumen awam daripada apa-apa jenis yang lain di sesuatu negara asing, melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa
Keterangan Mahkamah Syariah 55
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.
Anggapan tentang Dokumen
Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui
Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya mana-mana dokumen sedemikian berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakannya dalam dokumen itu.
Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan
Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu,
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana Hakim, Hakim
Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, maka
apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan yang dalamnya ia diambil, adalah benar; dan
keterangan, pernyataan atau iqrar itu telah diambil dengan sewajarnya.
Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa—
Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana
Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan yang patut.
Anggapan tentang peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa
Kerajaan
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa peta atau pelan yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri telah dibuat sedemikian dan adalah tepat.
Keterangan Mahkamah Syariah 57
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Anggapan tentang koleksi undang-undang dan laporan keputusan
sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang negara itu; atau
sebagai mengandungi laporan atau keputusan mahkamah negara itu.
Anggapan tentang surat kuasa wakil
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai telah disempurnakan di hadapan dan disahkan oleh Hakim atau pegawai konsul Malaysia telah disempurnakan dan disahkan sedemikian.
Anggapan tentang salinan diperakui bagi rekod kehakiman negara asing
Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi mana-mana rekod kehakiman mana-mana negara asing adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh mana-mana wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi pemerakuan salinan rekod kehakiman.
Anggapan tentang buku peta dan carta
Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk olehnya untuk mendapatkan maklumat mengenai
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Hukum Syarak atau mengenai apa-apa perkara yang berkepentingan awam atau berkepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan mengenainya adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang yang olehnya dan pada masa dan di tempat di mana ia berupa sebagai telah ditulis atau disiarkan.
Anggapan tentang perutusan telegraf
Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai telah dihantar; tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang olehnya perutusan itu telah diserahkan untuk penghantaran.
Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb. dokumen yang tidak dikemukakan
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diakusaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.
Bahagian III
BEBAN MEMBUKTIKAN
Beban untuk mengemukakan keterangan dalam kes mal
Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta
Keterangan Mahkamah Syariah 59
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(al-Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Mudda’a’alaih).
Beban membuktikan
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.
A berhasrat supaya Mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B.
A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.
Pada siapa letaknya beban membuktikan
Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.
Beban membuktikan tentang fakta tertentu
Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
A berhasrat supaya Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain.
Dia mestilah membuktikannya.
Beban membuktikan fakta yang perlu dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima
Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan itu.
A berhasrat untuk membuktikan marad al-maut yang dibuat oleh B.
A mestilah membuktikan marad al-maut itu dan kematian B.
A berhasrat untuk membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah hilang.
A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.
Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian
Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 [Akta 559] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.
Keterangan Mahkamah Syariah 61
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
A dituduh bersekedudukan dengan B.
Pendakwa mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa A telah menceraikan B, isterinya.
A mendakwa bahawa dia dipaksa menceraikan isterinya.
Beban membuktikan bahawa dia dipaksa terletak padanya.
C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D.
C mendakwa bahawa dia telah berkahwin dengan D di negara asing.
Beban membuktikan bahawa perkahwinan itu berlaku terletak pada C.
Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khusus
Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya.
Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan suatu niat selain niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu terletak padanya.
Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun
Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, maka beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang menegaskannya.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama empat tahun masih hidup
Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.
Beban membuktikan tentang pemunyaan
Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukan pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.
Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu
Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu.
bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan;
bahawa perjalanan biasa urusan telah diikuti dalam hal-hal tertentu.
Keterangan Mahkamah Syariah 63
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
SAKSI
Siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi
Mahkamah boleh menganggap—
Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.
Huraian—Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki.
Seseorang yang tidak
‘adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.
Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tidak sempurna akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Huraian—Bayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka berada di tempat kejadian itu.
Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau menghidap hilang ingatan adalah kompeten untuk
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Saksi bisu
Bayyinah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan di dalam Mahkamah terbuka.
Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak
Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan keterangan ibu bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.
Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.
Keterangan Mahkamah Syariah 65
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.
Bilangan saksi
Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang
‘adil adalah mencukupi untuk membuktikan fakta itu.
Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti yang mencukupi dalam hal keadaan yang berikut:
Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara haidh, kelahiran dan penyusuan.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
Cara memberikan keterangan
Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak.
Jika defendan enggan mengangkat sumpah, maka
Mahkamah bolehlah meminta plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.
Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.
Keterangan oleh saksi tunggal dan sumpah plaintif
Jika dalam kes mal, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberikan berserta dengan sumpah plaintif itu.
Dalam suatu tuntutan bagi pembayaran balik hutang oleh plaintif terhadap defendan, keterangan seorang saksi yang dikemukakan oleh plaintif yang
Keterangan Mahkamah Syariah 67
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
diberikan berserta dengan sumpah plaintif hendaklah menjadi bukti yang cukup terhadap tuntutannya.
PEMERIKSAAN SAKSI
Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi
Susunan yang mengikutnya saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawal selia oleh undang-undang dan amalan pada masa ini yang berhubungan dengan tatacara mal dan jenayah yang terpakai bagi Mahkamah masing-masingnya, dan sekiranya tiada mana-mana undang-undang sedemikian, menurut budi bicara Mahkamah.
Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan
Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji untuk membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hati dengan aku janji itu.
Jika kerelevanan suatu fakta yang dikatakan bergantung kepada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, maka Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.
Adalah dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta relevan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang ialah qarinah di bawah seksyen 20.
Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.
Adalah dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan suatu salinannya.
Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.
Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula
Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang adalah disebut pemeriksaan balasnya.
Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semulanya.
Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula
Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.
Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, maka pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.
Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika
Mahkamah membenarkan sedemikian, maka pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas selanjutnya dan pemeriksaan semula selanjutnya.
Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan dokumen
Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai saksi.
Saksi-saksi berkenaan dengan watak
Saksi-saksi berkenaan dengan watak boleh diperiksa balas dan diperiksa semula.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Soalan memimpin
Apa-apa soalan yang menyarankan jawapan yang hendak atau yang dijangka akan didapati oleh orang yang mengemukakannya atau apa-apa soalan yang menyarankan fakta yang dipertikaikan yang tentangnya saksi itu dikehendaki memberikan keterangan, adalah disebut soalan memimpin.
Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya
Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.
Bila soalan memimpin boleh ditanya
soalan itu tidak boleh mengandungi perkataan yang saksi itu dikehendaki memperkatakan balik; dan
soalan itu tidak boleh menganggap fakta yang belum terbukti telah terbukti atau menganggap bahawa jawapan tertentu telah diberikan berlawanan dengan fakta itu.
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, melarang soalan memimpin daripada dikemukakan kepada saksi yang menunjukkan kecenderungan yang kuat atau berat sebelah memihak kepada pihak yang memeriksa balas.
Keterangan Mahkamah Syariah 71
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Keterangan tentang perkara bertulis
Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain akan harta yang tentangnya dia memberikan keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan apa-apa dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak menentang boleh membantah terhadap pemberian keterangan itu sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberikan keterangan sekunder mengenainya.
Huraian—Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan itu dengan sendirinya ialah fakta relevan.
Soalnya ialah sama ada A telah menyerang B.
C mendeposkan bahawa dia telah mendengar A berkata kepada D: “B telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam terhadapnya.”. Pernyataan itu adalah relevan sebagai menunjukkan motif serangan A itu dan keterangan boleh diberikan mengenai pernyataan itu walaupun tiada keterangan lain diberikan mengenai surat itu.
Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis yang dahulu
Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang relevan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tidak konsisten dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat pernyataan itu, maka bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu;
tetapi sebelum bukti boleh diberikan, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan kejadian tertentu itu, hendaklah disebut kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat penyataan itu atau tidak.
Soalan yang sah dalam pemeriksaan balas
Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, maka dia bolehlah, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang cenderung—
melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara langsung atau tidak langsung, cenderung melibatkannya dalam jenayah atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau tidak langsung cenderung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.
Keterangan Mahkamah Syariah 73
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab
Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara yang berikut:
soalan itu adalah wajar jika ia sedemikian rupa sehingga kebenaran tohmahan yang dibayangkan olehnya itu akan menyentuh dengan serius pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakan;
soalan itu adalah tidak wajar jika tohmahan yang dibayangkan olehnya itu adalah berhubungan dengan perkara yang telah berlaku sebegitu lama dahulu atau yang bersifat sedemikian sehingga kebenaran tohmahan itu tidak akan menyentuh atau akan menyentuh sedikit sahaja pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;
soalan itu adalah tidak wajar jika terdapat ketidakseimbangan besar antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap watak saksi itu dengan kepentingan keterangannya;
Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengambil kesimpulan daripada keengganan saksi itu untuk menjawab bahawa jawapan itu, jika diberikan, tidak akan memberikan faedah kepadanya.
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan yang munasabah
Tiada apa-apa soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101
boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan yang munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu betul-betul berasas.
Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seorang Peguam Syarie yang lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting ialah penjudi profesional. Ini adalah suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seseorang di dalam
Mahkamah bahawa seorang saksi penting ialah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh Peguam Syarie itu, pemberitahu itu memberikan sebab yang memuaskan hati bagi pernyataannya itu. Ini adalah suatu alasan munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi profesional. Dalam hal ini, tidak ada alasan yang munasabah untuk menanyakan soalan itu.
Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, apabila disoal tentang cara hidup dan mata pencariannya memberikan jawapan yang tidak memuaskan hati. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi profesional.
Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah
Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.
Keterangan Mahkamah Syariah 75
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Soalan lucah dan bersifat skandal
Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkannya sebagai lucah atau bersifat skandal, walaupun soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu adalah berhubungan dengan fakta persoalan atau dengan perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada fakta persoalan itu wujud atau tidak.
Soalan yang bertujuan menghina atau menggusarkan
Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang ternyata padanya bertujuan menghina atau menggusarkan, atau apa-apa soalan yang, walaupun dengan sendirinya adalah wajar, ternyata pada
Mahkamah berbentuk menyinggung dengan tidak wajar.
Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran
Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang relevan kepada siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan untuk menyangkalnya; tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.
Kecualian 1—Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.
Kecualian 2—Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang cenderung mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Seorang saksi ditanya sama ada dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan. Dia menafikannya.
Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.
Keterangan itu tidak boleh diterima.
A menegaskan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah melihat B di
Melaka. A ditanya sama ada dia sendiri berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia menafikannya.
Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa A berada di Pulau
Pinang pada hari itu.
Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal A atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya, tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B telah dilihat di Melaka pada hari yang berkenaan itu.
A ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B yang terhadapnya dia memberikan keterangan. Dia menafikannya.
Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu cenderung mencabar kesaksamaannya.
Soalan oleh pihak kepada saksinya sendiri
Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan orang yang memanggil seseorang saksi mengemukakan apa-apa soalan kepadanya yang boleh dikemukakan dalam pemeriksaan balas oleh pihak menentang.
Mencabar kebolehpercayaan saksi
Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
Keterangan Mahkamah Syariah 77
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka mempercayai bahawa saksi itu tidak boleh dipercayai;
dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;
dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tidak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal.
Huraian—Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seseorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.
Soalan yang cenderung menyokong keterangan mengenai fakta relevan yang boleh diterima
Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang mengenainya dia memberikan keterangan.
A, seorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu kesalahan yang dalamnya dia telah mengambil bahagian. Dia memperihalkan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berkaitan dengan kesalahan itu, yang telah berlaku
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat di mana kesalahan itu telah dilakukan.
Keterangan bebas mengenai fakta ini boleh diberikan untuk menyokong keterangannya itu tentang kesalahan itu sendiri.
Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama
Bagi menyokong testimoni seorang saksi, apa-apa pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah, atau dalam percakapan biasa, berhubungan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang untuk menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan.
Perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan terbukti yang ialah qarinah di bawah seksyen 20 atau 21
Bilamana apa-apa fakta yang ditetapkan sebagai qarinah di bawah seksyen 20 atau 21 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu apabila diperiksa balas.
Mengingatkan semula
Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah betul.
Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran
Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:
Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.
Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis profesional.
Testimoni tentang fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut dalam seksyen 112
Seseorang saksi boleh juga memberikan keterangan tentang fakta yang disebut dalam mana-mana dokumen sedemikian yang disebut dalam seksyen 112, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen itu.
Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan tentang fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dengan betulnya, walaupun dia telah melupai transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
Hak pihak menentang tentang tulisan yang digunakan untuk mengingatkan semula
hendaklah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak menentang, jika dia menghendakinya; pihak itu boleh, jika dia suka, memeriksa balas saksi itu mengenai tulisan itu.
Pengemukaan dokumen dan terjemahannya
Mahkamah boleh, jika didapatinya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal-ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.
Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk menyebabkan mana-mana dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan dalam keterangan.
Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan
Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang mengenainya pihak yang satu lagi itu telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu relevan.
Keterangan Mahkamah Syariah 81
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan
Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah
Mahkamah.
A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya, A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya.
B bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.
Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan
Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta relevan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tidak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran
Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:
Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
TESTIMONI SAKSI
Menentukan bahawa saksi ‘adil
Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dia tidak ‘adil, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya saksi itu diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Huraian—Jika didapati oleh Hakim bahawa seorang saksi yang telah memberikan syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa untuk menentukan sama ada dia seorang yang ‘adil atau sebaliknya.
Saksi hendaklah diperiksa melalui pihak yang ada hubungan dengannya
Pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 119 hendaklah dijalankan melalui pemeriksaan rahsia dan, jika Hakim menghendaki sedemikian, di dalam Mahkamah terbuka melalui pihak-pihak yang ada hubungan dengannya.
Jika saksi itu seorang anggota tentera, dia hendaklah diperiksa melalui pegawai pemerintahnya.
Jika saksi itu seorang awam, dia hendaklah diperiksa melalui seorang pemastautin yang boleh dipercayai yang bermastautin di tempat di mana dia bermastautin.
Keterangan Mahkamah Syariah 83
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Pemeriksaan rahsia
Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termeterai dan diserahkan oleh Mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia itu.
Apabila diterima surat rahsia itu dan selepas dibaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan “‘adil” atau perkataan “tidak ‘adil” (jurh), mengikut penilaiannya, dan hendaklah dengan serta-merta mengembalikan surat itu kepada Hakim.
Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dengan perkataan “tidak ‘adil” atau “Wallahu a’ alam” atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian tertulis padanya, atau jika tiada apa-apa ditulisnya padanya, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.
Bilangan pemeriksa rahsia
Pemeriksaan rahsia itu boleh dijalankan oleh seorang pemeriksa rahsia atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Hakim.
Pemeriksaan terbuka
Suatu pemeriksaan terbuka akan seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu di dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihak-pihak kepada prosiding itu.
Testimoni dalam pemeriksaan terbuka menjadi sebahagian daripada syahadah
Testimoni seorang saksi dalam pemeriksaan terbuka yang dijalankan di bawah seksyen 123 hendaklah menjadi sebahagian daripada syahadahnya.
Bila saksi tidak perlu diperiksa
Hakim tidak dikehendaki memeriksa mana-mana saksi yang telah diperiksa dan didapati “‘adil” di bawah Bahagian ini jika dia menjadi saksi di hadapan Hakim yang sama dalam prosiding yang kemudian dan lat tempoh antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam bulan.
Penafian (ta’n) terhadap saksi
Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak
‘adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta itu.
Huraian—Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak
‘adil, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan tidak dapat membuktikan faktanya Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau memberikan keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan itu.
Keterangan Mahkamah Syariah 85
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Apabila dapatan pemeriksa saksi berbeza
dijalankan oleh dua orang pemeriksa atau lebih dan sebilangan besar pemeriksa itu berpendapat bahawa saksi itu tidak “‘adil”, maka
Hakim tidak boleh membuat keputusan berasaskan keterangan saksi itu.
Saksi yang mati atau hilang
Apabila seorang saksi mati atau hilang selepas memberikan keterangan dalam mana-mana perkara yang berhubungan dengan mu’amalat,
Hakim boleh menjalankan pemeriksaan atas keterangannya dan boleh membuat keputusan berasaskan keterangan itu.
Bila saksi dikehendaki mengangkat sumpah
Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan saksi di bawah Bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak kepada prosiding itu membuat permohonan kepada Hakim supaya saksi itu mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan keterangannya,
Hakim hendaklah memerintahkan saksi itu mengangkat sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi itu bahawa jika dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh diterima.
Bahagian IV
Rujukan muktamad
Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.
Pemberhentian pemakaian Akta Keterangan 1950
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Akta Keterangan 1950
[Akta 56] tidaklah terpakai bagi Mahkamah.
Pemberhentian pemakaian Enakmen
[Enakmen Selangor 3/52] bagi Negeri Selangor, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/74] dan
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/85]
hendaklah terhenti daripada terpakai bagi
Wilayah-Wilayah
Persekutuan.
Keterangan Mahkamah Syariah 87
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
88
Akta 561
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U.(A)
249/2002
Akta A1250
Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya
(Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta
Keterangan
Mahkamah
Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997)
Akta Keterangan Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah
Persekutuan)
(Pindaan) 2005 01-02-2001
02-09-2005
_____________
89
Akta 561
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta A1250
02-09-2005 76
Akta A1250
02-09-2005 83
Akta A1250
02-09-2005 97
Akta A1250
02-09-2005 130
Akta A1250
02-09-2005
___________