Malaysia legislation

Section 59

of *AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 59

Salinan diperakui bagi dokumen awam

Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen itu apabila fi di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan bilamana pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah dipanggil salinan diperakui.

Huraian—Mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menyerahkan salinan itu dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dalam pengertian seksyen ini.