Malaysia legislation

Section 90

of *AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 90

Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan

(2)

Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji untuk membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hati dengan aku janji itu.

(3)

Jika kerelevanan suatu fakta yang dikatakan bergantung kepada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, maka Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 561

membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.

(a)

Adalah dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta relevan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang ialah qarinah di bawah seksyen 20.

Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.

(b)

Adalah dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan suatu salinannya.

Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.

Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula