Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Apa-apa penentuan hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
(3)
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan penentuan itu.
(4)
Menteri hendaklah memberikan satu salinan penentuan di bawah Bab ini kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
(5)
Tiap-tiap penentuan hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
(6)
Sesuatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu.
(7)
Sesuatu penentuan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan itu dibatalkan.
Perubahan penentuan