PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1998/588
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 is Malaysia Act, cited as Act 588 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Matlamat
menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;
mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
Matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia ialah—
menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;
menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;
mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;
menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;
memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;
memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan asset kebangsaan;
Komunikasi dan Multimedia 21
menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.
Pemakaian wilayah dan luar wilayah
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang di luar had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya jika orang itu—
memberikan kemudahan atau perkhidmatan yang berkaitan di bawah Akta ini di suatu tempat di dalam Malaysia.
Bagi maksud seksyen ini, “suatu tempat” ertinya suatu titik daripada apa-apa jenis atau perihalan sama ada di darat, di atmosfera, di angkasa lepas, di bawah tanah, di bawah air, di laut atau di mana-mana jua.
Bagi maksud seksyen ini, suatu tempat yang berada—
di atas had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya, dianggap sebagai suatu tempat dalam had geografi Malaysia dan perairan wilayahnya.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan orang, kawasan geografi tertentu, dll.
Walau apa pun seksyen 4, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tidak memasukkan atau mengecualikan mana-mana orang atau tempat, premis atau kawasan geografi daripada apa-apa perihalan daripada peruntukan Akta ini.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Tafsiran
“agensi pemerakuan” ertinya agensi pemerakuan yang didaftarkan di bawah seksyen 186;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 7, atau oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 51;
“capaian” ertinya capaian kepada suatu kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang disenaraikan di bawah Bab 3
Bahagian VI
“daftar pendapat” ertinya daftar pendapat yang disenggarakan di bawah seksyen 97 atau 210, atau mana-mana seksyen lain yang berkaitan;
“forum capaian” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 152;
“forum industri” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 94;
“forum kandungan” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 212;
“forum pengguna” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 189;
“forum standard teknik” ertinya forum yang ditetapkan di bawah seksyen 184;
“jalur frekuensi” ertinya suatu julat frekuensi spektrum yang berterusan;
“kandungan” ertinya apa-apa bunyi, teks, gambar pegun, gambar bergerak atau persembahan audiovisual lain, persembahan sentuhan atau apa-apa gabungan yang sedemikian yang mampu direka, dimanipulasi, disimpan, diambil atau disampaikan secara elektronik;
Komunikasi dan Multimedia 23
“kandungan sampingan” ertinya suatu kandungan yang bersampingan dengan bekalan perkhidmatan aplikasi kerana—
ia berkait semata-mata dengan antara muka antara suatu perkhidmatan aplikasi dengan seorang pengguna akhir;
atau
sebab-sebab yang dinyatakan dalam penentuan Menteri yang dibuat di bawah seksyen 10;
“kelengkapan pelanggan” ertinya apa-apa kelengkapan, sama ada perkakasan atau perisian, atau peranti, yang digunakan di sebelah pihak pengguna di sempadan rangkaian;
“kemampuan pemintasan” ertinya kemampuan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi untuk memintas komunikasi di bawah seksyen 265;
“kemudahan awam” ertinya suatu badan yang mengadakan untuk orang ramai—
keluaran atau perkhidmatan yang berselirat, seperti elektrik, gas, air, pembetungan atau peparitan;
keluaran atau perkhidmatan daripada jenis yang serupa dengan keluaran atau perkhidmatan yang diliputi oleh perenggan (a), (b) atau (c);
“kemudahan rangkaian” ertinya apa-apa unsur atau gabungan unsur infrastruktur fizikal yang digunakan terutamanya bagi, atau berkaitan dengan, pemberian perkhidmatan rangkaian, tetapi tidak termasuk kelengkapan pelanggan;
“kod capaian” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah seksyen 153;
“kod industri sukarela” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 9 Bahagian V;
“kod kandungan” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 2 Bahagian IX;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
“kod pengguna” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 1 Bahagian VIII;
“kod teknik” ertinya kod industri sukarela yang disediakan di bawah Bab 3 Bahagian VII;
“komunikasi” ertinya apa-apa komunikasi, sama ada antara orang dengan orang, benda dengan benda, atau orang dengan benda, dalam bentuk bunyi, data, teks, imej visual, isyarat atau apa-apa bentuk lain atau mana-mana gabungan bentuk-bentuk itu;
“lesen individu” ertinya lesen bagi seseorang orang yang dinyatakan untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang dinyatakan dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan aktiviti itu hendaklah tertakluk;
“lesen kelas” ertinya lesen bagi mana-mana atau semua orang untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang dinyatakan dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan aktiviti itu hendaklah tertakluk;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“maklumat dan kandungan multimedia” ertinya kandungan berdigit;
“mel” termasuk perkhidmatan pos;
“memintas” ertinya pemerolehan kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya melalui penggunaan apa-apa kelengkapan, peranti atau radas elektronik, mekanikal atau yang lain;
“menghantar” atau “penghantaran” ertinya menyebabkan apa-apa pancaran tenaga elektromagnet tidak berpandu dalam mana-mana bahagian spektrum;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;
“nombor” ertinya nombor, huruf atau simbol;
Komunikasi dan Multimedia 25
“pasaran komunikasi” ertinya pasaran ekonomi bagi suatu perkhidmatan rangkaian, atau suatu perkhidmatan aplikasi, atau bagi barang-barang atau perkhidmatan yang digunakan bersama dengan suatu perkhidmatan rangkaian atau suatu perkhidmatan aplikasi, atau bagi capaian kepada kemudahan yang digunakan bersama dengan sama ada suatu perkhidmatan rangkaian atau suatu perkhidmatan aplikasi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya dan diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini;
“pemberi kemudahan rangkaian” ertinya seseorang yang mempunyai atau yang memberikan apa-apa kemudahan rangkaian;
“pemberi kemudahan yang dinamakan” ertinya seseorang, selain pemunya kemudahan rangkaian, yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai pemberi kemudahan yang dinamakan;
“pemberi perkhidmatan aplikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan aplikasi;
“pemberi perkhidmatan rangkaian” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan rangkaian;
“pembuluh” ertinya—
apa-apa pembuluh, sama ada sendirinya suatu talian elektrik atau tidak, disenggarakan oleh suatu syarikat elektrik bagi maksud menutup, mengelilingi atau menyokong talian itu, termasuklah, jika pembuluh itu disambungkan kepada mana-mana kotak, kebuk atau struktur lain (termasuklah suatu bangunan) yang disenggarakan oleh sesuatu syarikat pembekalan elektrik bagi maksud yang berkaitan dengan penyaluran, penghantaran atau pengagihan elektrik, kotak, kebuk atau struktur itu;
suatu paip air utama atau apa-apa pembuluh lain yang disenggarakan oleh sesuatu pihak berkuasa air bagi maksud penyaluran air dari suatu tempat ke tempat lain;
apa-apa kemudahan bawah tanah lain untuk membawa, menutup, mengelilingi atau menyokong apa-apa kemudahan rangkaian;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang sama ada memegang suatu lesen individu, atau melakukan aktiviti yang tertakluk kepada suatu lesen kelas, yang diberikan di bawah Akta ini;
“pemintasan dibenarkan” ertinya pemintasan oleh pemegang lesen mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang dibenarkan di bawah seksyen 265;
“pemunya” ertinya pemunya di sisi undang-undang atau pemunya benefisial;
“penentuan” ertinya penentuan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 10, atau oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 55;
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“penguntukan” ertinya penguntukan oleh Suruhanjaya hak untuk menggunakan spektrum, nombor atau alamat elektronik dan boleh termasuk syarat-syarat yang dengannya penjalanan hak sedemikian hendaklah tertakluk;
“penguntukan kelas” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 169;
“penguntukan radas” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 164;
“penguntukan spektrum” ertinya penguntukan yang dikeluarkan di bawah seksyen 159;
“peranti capaian” ertinya apa-apa kad, plat, kod, nombor akaun, nombor siri elektronik, nombor pengenalan mudah gerak, nombor pengenalan peribadi, atau perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan kandungan lain, kelengkapan, atau pengenal pasti kemudahan, atau cara capaian lain yang boleh digunakan, secara sendirian atau bersama dengan suatu peranti capaian lagi, bagi maksud apa-apa komunikasi;
Komunikasi dan Multimedia 27
“peranti pemproses data” ertinya apa-apa barang atau peranti yang daripadanya maklumat mampu dikeluarkan semula, dengan atau tanpa bantuan apa-apa barang atau peranti lain;
“perisytiharan” ertinya perisytiharan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 13;
“perjanjian” ertinya suatu perjanjian, sama ada rasmi atau tidak rasmi, lisan atau bertulis, yang nyata atau yang tersirat;
“perkhidmatan aplikasi” ertinya perkhidmatan yang diberikan dengan menggunakan, tetapi tidak hanya semata-mata dengan menggunakan, satu perkhidmatan rangkaian atau lebih;
“perkhidmatan aplikasi dikehendaki” ertinya perkhidmatan aplikasi yang terdapat dalam senarai yang ditentukan oleh Menteri di bawah seksyen 192;
“perkhidmatan aplikasi kandungan” ertinya perkhidmatan aplikasi yang memberikan kandungan;
“perkhidmatan aplikasi kandungan terhad” ertinya perkhidmatan aplikasi kandungan yang daya tarikannya terhad kerana—
sebab-sebab yang dinyatakan dalam penentuan Menteri yang dibuat di bawah seksyen 10;
“perkhidmatan rangkaian” ertinya suatu perkhidmatan bagi menjalankan komunikasi dengan menggunakan sinaran elektromagnet berpandu dan/atau tidak berpandu;
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
“perkiraan” ertinya sesuatu perkiraan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, lisan atau bertulis, yang nyata atau yang tersirat;
“rancangan bencana” ertinya rancangan bencana yang boleh diadakan mengikut seksyen 267;
“rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik” ertinya rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang diadakan di bawah seksyen 180;
“rancangan spektrum” ertinya rancangan spektrum yang diadakan di bawah seksyen 172;
“sempadan rangkaian” ertinya sempadan rangkaian yang diperuntukkan di bawah seksyen 128;
“senarai capaian” ertinya senarai kemudahan atau perkhidmatan yang diwujudkan di bawah Bab 3 Bahagian VI;
“spektrum” ertinya julat berterusan frekuensi gelombang elektromagnet sehingga dan termasuklah frekuensi 420
terahertz;
“standard mandatori” ertinya standard mandatori yang diwujudkan di bawah Bab 10 Bahagian V;
“surat cara” termasuk arahan, penentuan atau perisytiharan;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“tiang” ertinya tiang, pancang, menara, tonggak, penyokong, topang atau kemudahan lain atas tanah bagi membawa, menggantung atau menyokong apa-apa kemudahan rangkaian;
“Tribunal Rayuan” ertinya Tribunal Rayuan yang ditubuhkan di bawah Bahagian III.
Komunikasi dan Multimedia 29
Bahagian II
Arahan oleh Menteri
Apa-apa arahan Menteri hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan arahan
Menteri.
Tiap-tiap arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh
Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu arahan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu.
Sesuatu arahan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.
Perubahan arahan
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 7 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu arahan.
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Daftar arahan
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua arahan yang dikeluarkan oleh Menteri mengikut Bab 6 Bahagian V.
Penentuan oleh Menteri
Apa-apa penentuan hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan penentuan itu.
Menteri hendaklah memberikan satu salinan penentuan di bawah Bab ini kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Tiap-tiap penentuan hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu.
Sesuatu penentuan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan itu dibatalkan.
Perubahan penentuan
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 10 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu penentuan.
Daftar penentuan
Komunikasi dan Multimedia 31
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua penentuan yang dibuat oleh Menteri mengikut Bab 6 Bahagian V.
Perisytiharan oleh Menteri
Apa-apa perisytiharan mengenai syarat-syarat lesen hendaklah berkaitan dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual.
Menteri boleh juga membuat suatu perisytiharan bertulis untuk mengecualikan seorang pemegang lesen daripada mematuhi mana-mana syarat lesen.
, Menteri hendaklah memberi pemegang lesen yang terlibat suatu notis bertulis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian bersama dengan satu salinan draf perisytiharan itu, dan pemegang-pemegang lesen itu boleh membuat penghujahan kepada Menteri dengan mengemukakannya kepada Suruhanjaya dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Menteri tetapi tempoh masa itu tidaklah boleh kurang daripada tiga puluh hari.
Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (4), Menteri hendaklah, atas syor Suruhanjaya,
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
menentukan langkah tindakan seterusnya, dengan mengambil kira apa-apa penghujahan yang dibuat oleh pemegang lesen yang terlibat.
Menteri hendaklah memberi pemegang lesen yang terlibat suatu notis bertulis mengenai perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (2) secepat yang dapat dilaksanakan.
Apa-apa perisytiharan hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan perisytiharan itu.
Menteri hendaklah memberikan satu salinan perisytiharan di bawah Bab ini kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Tiap-tiap perisytiharan hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu perisytiharan selain perisytiharan di bawah subseksyen (2) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh
Menteri dalam surat cara itu.
Sesuatu perisytiharan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam notis bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, perisytiharan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga perisytiharan itu dibatalkan.
Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan perisytiharan
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 13 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu perisytiharan.
Komunikasi dan Multimedia 33
Daftar perisytiharan
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua perisytiharan yang dibuat oleh Menteri mengikut Bab 6
Bahagian V
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
tatacara bagi Suruhanjaya dan Tribunal Rayuan dalam penjalanan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini;
bentuk dan kehendak kebenaran bertulis, penguntukan dan lesen yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Akta ini;
tatacara bagi penguntukan hak kepada spektrum atau nombor di bawah Bahagian VII, termasuklah mekanisme bagi penguntukan berdasarkan kadar;
tatacara bagi pelaksanaan suatu sistem pemberian perkhidmatan sejagat di bawah Bahagian VIII, termasuklah tetapi tidak terhad kepada mutu standard perkhidmatan;
tatacara bagi penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan dalam situasi darurat atau kecemasan;
apa-apa tebus rugi, termasuklah pampasan atau penalti berkenaan dengan pelanggaran atau kesalahan terhadap mana-mana perundangan subsidiari;
apa-apa perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata; dan 34
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
apa-apa perkara lain yang perlu bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran wajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah
Akta ini, boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu, atau perundangan subsidiari lain itu, sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan sedemikian dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan, sebagai tambahan kepada penalti itu, denda satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Bahagian III
Penubuhan Tribunal Rayuan
Menteri hendaklah melantik, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—
sekurang-kurangnya, dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan anggota yang lebih banyak, Tribunal Rayuan, untuk mengkaji semula sesuatu perkara tertentu di bawah sesuatu lesen, Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Menteri hendaklah melantik seorang yang pada masa ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pengerusi
Tribunal Rayuan.
Komunikasi dan Multimedia 35
Pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan boleh dibaharui setelah habis tempohnya sebagai anggota.
Tiada anggota Tribunal Rayuan boleh dilantik bagi suatu tempoh melebihi tiga tahun.
Walau apa pun subseksyen (5), seseorang anggota Tribunal
Rayuan boleh dilantik semula bagi suatu tempoh selanjutnya.
Perkara yang boleh dikaji semula oleh Tribunal Rayuan
Apa-apa keputusan Tribunal Rayuan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak dalam rayuan itu dan tidak boleh dirayukan selanjutnya.
Kelayakan anggota
Seseorang layak menjadi anggota Tribunal Rayuan jika dia mempunyai pengetahuan mengenai atau pengalaman dalam—
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;
dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan syarikat;
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang, oleh mahkamah di Malaysia;
Pengerusi atau mana-mana anggota boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Menteri.
Kekosongan jawatan dan pelantikan pemangku
Pengerusi atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan jika—
dia meletakkan jawatan atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau
Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 17 untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain.
Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 17 untuk bertindak sebagai Pengerusi, atau mana-mana anggota lain—
dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi atau mana-mana anggota lain tidak ada untuk menjalankan apa-apa tugas atau tidak ada di Malaysia; atau
jika Pengerusi atau mana-mana anggota lain, kerana apa-apa sebab, tidak berupaya untuk melaksanakan tugas jawatan itu.
Komunikasi dan Multimedia 37
Penjalanan kuasa, atau pelaksanaan fungsi, Tribunal Rayuan tidak terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan
Tribunal itu.
Kuorum bagi Tribunal Rayuan
Rayuan hendaklah menjadi kosong jika—
sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan anggota yang lebih banyak yang tidak melebihi empat, yang tiada seorang pun daripada mereka ialah
Hakim, bagi maksud fungsi Tribunal Rayuan di bawah Akta ini.
Keputusan
Keputusan Tribunal Rayuan, mengenai apa-apa perkara, hendaklah diputuskan dengan undi majoriti anggotanya.
Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan 23a. Apa-apa keputusan yang diberikan oleh Tribunal Rayuan boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi.
Tatacara Tribunal Rayuan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatacara perjalanan Tribunal Rayuan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada—
penggajian kakitangan, jika ada.
Kuasa Tribunal Rayuan 24a. Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—
untuk memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
untuk mendapatkan dan menerima keterangan dengan sumpah atau ikrar, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan oleh Tribunal Rayuan perlu untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;
apabila seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa buku, kertas, dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya dan yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;
untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;
apabila seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
sebagai mahkamah rendah berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi, pendengaran keterangan dengan sumpah atau ikrar dan menjatuhkan hukuman bagi penghinaan;
untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumen, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan kebolehterimaan keterangan;
Komunikasi dan Multimedia 39
untuk menangguhkan pendengaran rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk membuat penangguhan bagi mempertimbangkan keputusannya; dan
untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat supaya keputusan rayuan itu dapat dibuat dengan cekap dan cepat.
Penggantungan anggota
Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, menggantung keanggotaan mana-mana anggota Tribunal Rayuan atas alasan perangai buruk atau ketakupayaan.
Pendedahan kepentingan
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak, termasuklah perayu dan responden, kepada perkara itu tentang percanggahan itu.
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota
Tribunal berkenaan dengan perkara itu.
Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu tidaklah boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal berkenaan dengan perkara itu.
Kegagalan oleh seseorang anggota untuk mendedahkan kepentingannya dalam perkara itu hendaklah menjadikannya tertakluk kepada langkah tatatertib yang berkaitan di bawah seksyen 20 atau 25.
Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain 26a. (1) Menteri hendaklah menamakan seorang pegawai awam sebagai Setiausaha Tribunal Rayuan bagi membantu Tribunal
Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Menteri boleh menamakan apa-apa bilangan pegawai awam lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang dinamakan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.
Kewajipan kerahsiaan 26b. (1) Kecuali bagi Bahagian ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau jika dibenarkan oleh Menteri—
Pengerusi, anggota Tribunal Rayuan atau mana-mana pegawai
Tribunal Rayuan tidak boleh, semasa dia berkhidmat sebagai Pengerusi, anggota atau pegawai sedemikian, mendedahkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa menjalankan tugasnya; dan
tiada seorang pun orang lain yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berhubung dengan hal ehwal Tribunal Rayuan boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tiada melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pekhidmat awam dan pegawai awam 26c. Pengerusi dan semua anggota dan pegawai Tribunal
Rayuan, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai Pengerusi dan anggota dan pegawai sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574], dan menjadi pegawai awam bagi maksud Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pemakaian Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 26d. Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
Komunikasi dan Multimedia 41
prosiding terhadap Tribunal Rayuan, Pengerusi atau mana-mana anggota atau pegawai Tribunal Rayuan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati 26e. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Tribunal Rayuan, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Bahagian IV
Permohonan bagi mendapatkan lesen individu
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh menyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16
orang atau kelas orang yang tidak layak untuk memohon bagi mendapatkan suatu lesen individu.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia dipenuhi atau ditolak.
Maklumat lanjut
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baru.
Syor oleh Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah, dalam masa enam puluh hari dari penerimaan sesuatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen individu di bawah Bahagian ini atau apa-apa tempoh lain yang boleh dinyatakan oleh Menteri, memberikan syor bertulis kepada
apa-apa syarat khas atau tambahan yang kepadanya lesen individu itu patut tertakluk, jika Suruhanjaya mengesyorkan pemberian lesen individu itu; dan
Menteri yang menyatakan—
Menteri boleh, bertindak atas syor Suruhanjaya, melalui notis bertulis—
mengisytiharkan bahawa sesuatu lesen individu yang diberikan di bawah Bahagian ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat khas atau tambahan.
Jika Menteri memberikan suatu lesen individu di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemohon melalui notis bertulis—
mengenai apa-apa syarat khas atau tambahan, yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah seksyen 13.
Walau apa pun subseksyen (2), syarat-syarat standard lesen yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah disifatkan telah dimasukkan dalam semua lesen individu.
Lesen individu yang diberikan di bawah subseksyen (2)
adalah tertakluk kepada apa-apa kelulusan lain pihak berkuasa yang berkaitan, termasuklah Pihak Berkuasa Negeri, bagi peletakan, pembinaan atau penyenggaraan mana-mana kemudahan rangkaian di atas, melalui, di bawah, atau merentangi mana-mana tanah.
Jika Menteri enggan memberikan suatu lesen individu kepada seseorang pemohon, Menteri hendaklah memberi pemohon itu suatu notis bertulis yang memaklumkannya—
Bagi maksud seksyen ini, Menteri hendaklah memaklumkan pemohon itu melalui notis bertulis mengenai keputusannya, secepat yang dapat dilaksanakan, selepas membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika Menteri tidak memberikan dan tidak pula enggan memberikan, suatu lesen individu dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan syor Suruhanjaya, Menteri adalah disifatkan,
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
pada akhir tempoh itu, telah enggan memberikan lesen individu itu melainkan jika pemohon menerima suatu notis bertulis yang meluluskan permohonan bagi suatu lesen individu selepas tempoh itu.
Suatu fi kelulusan, yang hendaklah diputuskan oleh Menteri, hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
Sekatan ke atas pemberian lesen individu
Komunikasi dan Multimedia 43
Menteri tidak boleh memberikan lesen individu kepada seseorang jika orang itu sedang mengendalikan urusan di bawah suatu lesen kelas yang sedia ada berkenaan dengan perkhidmatan atau aktiviti yang sama.
Pematuhan syarat-syarat lesen individu
syarat-syarat standard yang berkaitan bagi lesen individu itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual; dan
apa-apa syarat khas atau tambahan lesen individu itu sebagaimana yang diisytiharkan oleh Menteri dan dimasukkan dalam lesen individu itu.
Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan syarat-syarat lesen individu
mengubahsuaikan atau mengubah syarat-syarat khas atau tambahan sesuatu lesen individu yang sedia ada;
membatalkan syarat-syarat khas atau tambahan sesuatu lesen individu yang sedia ada; atau
mengenakan syarat-syarat khas atau tambahan lanjut kepada sesuatu lesen individu yang sedia ada.
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 13 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu syarat lesen di bawah seksyen ini.
Komunikasi dan Multimedia 45
Pembaharuan lesen individu
Fi pembaharuan, yang hendaklah diputuskan oleh Menteri, hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
Permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen individu hendaklah dipenuhi oleh Menteri melainkan jika Menteri, atas syor Suruhanjaya, menentukan bahawa pemegang lesen itu—
telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya.
Jika Menteri tidak berhasrat untuk membaharui lesen individu itu, Suruhanjaya hendaklah—
memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai keengganan
Menteri untuk membaharui lesen individu itu; dan
memberitahukan dan menyiarkan, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habis tempoh lesen individu itu, hasrat sedemikian dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Pemegang lesen yang terjejas hendaklah diberi peluang yang munasabah untuk membuat penghujahan bertulis kepada
Menteri dalam suatu tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu dan tempoh masa itu tidaklah boleh kurang daripada empat belas hari.
Pemegang lesen yang terjejas itu boleh, dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu, mengemukakan suatu penghujahan bertulis dan Menteri hendaklah mengambil kira penghujahan itu.
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Penyerahan lesen individu
Penyerahan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
Suruhanjaya menerima lesen individu itu dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh selepas itu dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu.
Penyerahan sesuatu lesen individu tidak boleh dibatalkan melainkan jika dinyatakan bahawa penyerahan itu mula berkuat kuasa pada suatu tarikh selepasnya dan sebelum tarikh itu
Suruhanjaya, dengan notis secara bertulis kepada pemegang lesen itu, membenarkan penyerahan itu ditarik balik.
Pindah hakmilik lesen individu atau penukaran pemunyaan
Menteri boleh meminta nasihat Suruhanjaya sebelum memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1).
Syor bagi penggantungan atau pembatalan lesen individu
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perisytiharan mengikut seksyen 13, menggantung atau membatalkan sesuatu lesen individu yang diberikan di bawah Akta ini dalam mana-mana keadaan yang berikut:
pemegang lesen itu telah tidak membayar apa-apa amaun yang dikehendaki oleh Akta ini atau lesen individu itu;
pemegang lesen itu telah tidak mematuhi peruntukan
Akta ini atau terma dan syarat lesen individu itu;
Komunikasi dan Multimedia 47
pemegang lesen itu melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia;
pemegang lesen telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya; atau
penggantungan atau pembatalan itu adalah demi kepentingan awam.
Penggantungan atau pembatalan lesen individu oleh
Menteri
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 13 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen individu di bawah seksyen ini.
Tarikh kuat kuasa penggantungan atau pembatalan lesen individu
Penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen individu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemegang lesen itu.
Penyiaran mengenai penggantungan atau pembatalan lesen individu
Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan itu tidaklah boleh dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan itu.
Kesan penggantungan, pembatalan, penyerahan atau habis tempoh lesen individu
Akta 588
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor
Suruhanjaya, memberi kuasa kepada pemegang lesen itu secara bertulis untuk meneruskan pemberian mana-mana kemudahan atau perkhidmatan selama tempoh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam pemberian kuasa itu bagi maksud penggulungan hal ehwal pemegang lesen itu.
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen yang lesen individunya telah habis tempoh adalah berhak untuk terus memberikan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan seolah-olah lesen individunya belum habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawa pemegang lesen itu telah memohon pembaharuan lesen individu itu mengikut seksyen 34 dan permohonan itu sedang menanti penentuan oleh Menteri.
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Daftar lesen individu
apa-apa lesen individu yang diberikan di bawah Bahagian ini;
Komunikasi dan Multimedia 49
apa-apa notis bertulis yang mengubah, membatalkan atau mengenakan apa-apa syarat khas atau tambahan yang dinyatakan dalam lesen individu itu;
apa-apa notis bertulis oleh pemegang lesen itu yang menyerahkan lesen individunya;
apa-apa notis bertulis oleh Menteri yang menggantung atau membatalkan lesen individu itu; dan
apa-apa notis bertulis yang meluluskan pemindahan hakmilik sesuatu lesen individu atau penukaran pemunyaan benefisial lesen individu itu.
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar, yang hendaklah terbuka kepada orang ramai, mengenai semua lesen individu yang telah diberikan di bawah Bahagian ini.
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar berasingan, yang hendaklah terbuka kepada orang ramai, mengenai semua perkara yang disenaraikan dalam perenggan (1)(b)
hingga (f).
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan daftar-daftar itu mengikut Bab 6 Bahagian V.
Hak dan kewajipan yang disertakan dengan lesen individu
Dalam memberikan lesen individu, Menteri boleh mengisytiharkan faedah tertentu hanya bagi pemegang lesen yang mempunyai aku janji berdaftar semasa di bawah seksyen ini.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai jenis perkara yang boleh dimasukkan dalam sesuatu aku janji oleh seseorang bakal pemegang lesen dan faedah sepadan yang layak didapati oleh pemegang lesen itu berkenaan dengan perkara sedemikian.
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 16 dan seksyen ini boleh mengadakan peruntukan supaya mana-mana atau semua faedah tertentu berkuat kuasa apabila seseorang pemegang lesen memenuhi mana-mana satu terma atau lebih dalam aku janjinya di bawah subseksyen (1), sebagaimana yang disifatkan patut oleh Menteri.
Suatu fi lesen hendaklah dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini, tertakluk kepada terma yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat, dan sebagaimana yang dikehendaki dalam lesen individu yang diberikan itu, di bawah Bahagian ini.
Menteri boleh memberikan lesen kelas
Boleh dimasukkan dalam sesuatu lesen kelas yang diberikan di bawah subseksyen (1) syarat-syarat standard yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dan/atau apa-apa syarat standard lain yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Menteri hendaklah memberikan satu salinan semua lesen kelas kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan dan
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkannya.
Permohonan bagi pendaftaran
Suatu fi pendaftaran, yang hendaklah ditentukan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, hendaklah dibayar oleh orang itu kepada Suruhanjaya setelah pendaftaran orang itu.
Komunikasi dan Multimedia 51
Kehendak bagi pendaftaran
Tertakluk kepada pengecualian yang diperuntukkan dalam
Akta ini, tiada seorang pun boleh menjalankan urusan di bawah mana-mana lesen kelas melainkan jika orang itu didaftarkan sewajarnya oleh Suruhanjaya.
Syor oleh Suruhanjaya
Menteri bahawa orang yang tertakluk kepada suatu lesen kelas di bawah Bahagian ini dibatalkan pendaftarannya dalam mana-mana keadaan yang berikut:
orang itu telah tidak membayar apa-apa amaun yang dikehendaki oleh Akta ini atau lesen itu;
orang itu telah tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau terma dan syarat lesen itu;
orang itu telah melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia;
orang itu telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya; atau
pembatalan pendaftaran itu adalah demi kepentingan awam.
Pembatalan pendaftaran oleh Menteri
Orang yang pendaftarannya telah dibatalkan hendaklah memberhentikan aktiviti yang baginya pendaftaran itu terpakai sehingga Suruhanjaya, dengan arahan nyata yang diberikan sebelum itu oleh Menteri, telah bersetuju untuk mendaftarkan semula orang itu.
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Daftar lesen kelas
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar berasingan, yang hendaklah terbuka kepada orang ramai, mengenai—
semua perisytiharan oleh Menteri yang mengubah atau membatalkan syarat-syarat, atau yang mengenakan syarat-syarat standard lain sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu; dan
semua notis bertulis oleh Menteri yang membatalkan mana-mana pendaftaran.
Daftar notis pendaftaran
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua notis pendaftaran yang diluluskan dan didaftarkan di bawah
Akta ini, mengikut Bab 6 Bahagian V.
Bahagian V
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Arahan oleh Suruhanjaya
, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.
Komunikasi dan Multimedia 53
Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis dalam suatu tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu tentang sebab-sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya.
Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat keputusan berkenaan dengan tingkah laku atau aktiviti orang itu yang berkaitan.
Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) yang menghendaki orang itu mengambil tindakan tertentu yang bertujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau terus melanggar mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu notis bertulis mengenai arahannya secepat yang dapat dilaksanakan.
Orang itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (6).
Sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah
Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.
Arahan itu hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran atau suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh
Suruhanjaya.
Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam surat cara bertulis itu, atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan arahan oleh
Suruhanjaya
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 51 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu arahan.
Kesalahan kerana tidak mematuhi arahan Suruhanjaya
Akta 588
Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu arahan Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Daftar arahan
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah mana-mana surat cara bertulis yang mengubahsuai, mengubah atau membatalkan suatu arahan, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
Penentuan oleh Suruhanjaya
Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu penentuan patut dibuat atau tidak, sama ada—
sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau
Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya tidak boleh menjalankan suatu siasatan melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu penting sama ada kepada orang ramai atau kepada pemegang lesen semasa atau bakal pemegang lesen di bawah Akta ini.
Komunikasi dan Multimedia 55
Sesuatu siasatan hendaklah dijalankan mengikut Bab 3
Bahagian ini, dan mengikut standard dan dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya dan apa-apa surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.
Dalam tempoh empat puluh lima hari dari tamatnya siasatan itu, Suruhanjaya hendaklah menentukan perkara itu.
Apa-apa penentuan oleh Suruhanjaya hendaklah selaras dengan matlamat, dan mana-mana kehendak yang diperuntukkan dalam, Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Sesuatu penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah
Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Sesuatu penentuan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya, atau jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan itu dibatalkan.
Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan penentuan oleh
Suruhanjaya
Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 55 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan penentuan itu.
Daftar penentuan
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya, termasuk mana-mana surat cara bertulis yang mengubahsuaikan, mengubah atau membatalkan sesuatu penentuan, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
56
Undang-Undang Malaysia
Siasatan oleh Suruhanjaya
Akta 588
Suruhanjaya boleh mengadakan siasatan di bawah subseksyen (1)—
sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau
atas daya usahanya sendiri, hanya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu penting sama ada kepada orang ramai atau kepada pemegang lesen semasa atau bakal pemegang lesen di bawah Akta ini.
Menggabungkan dua siasatan atau lebih
Suruhanjaya boleh menggabungkan dua siasatan atau lebih ke dalam suatu siasatan tunggal.
Penjalanan siasatan
Suruhanjaya boleh, bagi tujuan suatu siasatan, menjalankan mana-mana atau semua kuasa penyiasatan dan pengumpulan maklumatnya di bawah Bab 4 dan 5 Bahagian ini.
Siasatan hendaklah secara terbuka
tempoh, sekurang-kurangnya empat puluh lima hari, dan borang yang dengannya, orang awam dijemput untuk membuat penghujahan kepada Suruhanjaya mengenai perkara itu;
Suruhanjaya tidak perlu menyiarkan notis pada masa yang sama atau dengan cara yang sama mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1).
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam had tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah dalam bentuk dan daripada jenis yang dinyatakan dalam notis itu.
Pengecualian terhadap siasatan terbuka
Walau apa pun seksyen 61, siasatan atau sebahagian daripada siasatan boleh dijalankan secara tertutup jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin timbul semasa siasatan itu atau sebahagian daripada siasatan itu, bersifat sulit;
atau
siasatan atau sebahagian daripada siasatan sesuatu perkara, atau sebahagian daripada sesuatu perkara, secara terbuka tidak berfaedah kepada pentadbiran wajar Akta ini.
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Bahan sulit tidak boleh didedahkan
bahan dalam penghujahan bertulis yang diserah simpan dengan Suruhanjaya, bersifat sulit, Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya—
(aa) keterangan atau bahan itu tidak disiarkan; atau
(bb) pendedahannya dihadkan.
Seseorang tidak boleh tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi sesuatu arahan di bawah subseksyen (1).
Arahan mengenai siasatan
Suruhanjaya berpendapat bahawa—
hendaklah memberikan arahan tentang orang yang boleh menghadiri siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu; dan
boleh memberikan arahan yang mengehadkan pendedahan keterangan atau bahan lain yang dikemukakan pada siasatan atau sebahagian daripada siasatan itu.
Walau apa pun seksyen 53, seseorang yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi sesuatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Laporan mengenai siasatan
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu dalam masa tiga puluh hari dari tamatnya siasatan itu.
Suruhanjaya tidak boleh memasukkan dalam laporan itu apa-apa bahan—
yang mungkin melibatkan pendedahan yang tidak munasabah tentang maklumat peribadi mana-mana individu (termasuklah individu yang telah mati); atau
yang menjadi perkara suatu arahan di bawah seksyen 63
atau 64.
Pelindungan daripada tindakan sivil
Komunikasi dan Multimedia 59
Prosiding sivil tidaklah boleh diambil terhadap seseorang berkenaan dengan apa-apa kehilangan, kerosakan atau kecederaan daripada apa-apa jenis yang dialami oleh seorang yang lain disebabkan oleh mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan dengan suci hati:
pembuatan pernyataan kepada, atau pemberian dokumen atau maklumat kepada, Suruhanjaya berhubung dengan suatu siasatan di bawah Bab ini.
Daftar laporan
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua laporan yang dibuat menurut suatu siasatan di bawah Bab ini, mengikut peruntukan dalam Bab 6 Bahagian ini.
Penyiasatan oleh Suruhanjaya
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya hendaklah menyiasat apa-apa perkara
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
yang berkaitan dengan pentadbiran Akta ini atau perundangan subsidiarinya jika—
Menteri mengarahkan Suruhanjaya supaya menjalankan suatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya yang mungkin telah atau akan dilakukan; atau
Suruhanjaya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah, sedang atau akan dilakukan.
Aduan kepada Suruhanjaya
Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat (“responden”).
Jika tampak pada Suruhanjaya bahawa—
orang itu memerlukan bantuan untuk mengungkapkan aduan itu atau menuliskannya, maka menjadi tugas Suruhanjaya untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memberikan bantuan yang sesuai kepada orang itu.
Jika suatu aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh membuat siasatan terhadap responden bagi maksud membuat keputusan—
sama ada Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara itu yang berkaitan dengan aduan itu; atau
Jika Suruhanjaya membuat keputusan untuk tidak menyiasat, atau untuk tidak menyiasat seterusnya, sesuatu perkara yang berkaitan dengan aduan itu, Suruhanjaya hendaklah secepat yang
Komunikasi dan Multimedia 61
dapat dilaksanakan dan dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, memaklumkan pengadu dan responden mengenai keputusan itu dan sebab-sebab bagi keputusan itu.
Penjalanan penyiasatan
Suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah dijalankan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh, bagi maksud sesuatu penyiasatan, memperoleh maklumat daripada sesiapa yang difikirkannya patut.
Tertakluk kepada subseksyen (5), seseorang pengadu atau seseorang responden tidak perlu diberi peluang untuk hadir di hadapan Suruhanjaya berkaitan dengan sesuatu penyiasatan.
Suruhanjaya tidak boleh, hasil daripada penyiasatan itu, membuat suatu keputusan yang bertentangan dengan kepentingan seseorang pengadu atau seseorang responden melainkan jika
Suruhanjaya telah memberi pengadu atau responden itu peluang untuk membuat penghujahan mengenai suatu perkara yang berkaitan dengan penyiasatan itu dalam suatu tempoh masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pengadu atau responden di bawah subseksyen (5)
sebelum membuat keputusannya.
Laporan mengenai penyiasatan
Laporan di bawah subseksyen (1) hendaklah meliputi—
apa-apa dapatan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya hasil daripada penyiasatan itu;
62
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan, atau yang timbul daripada, penyiasatan itu yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya atau yang diarahkan oleh Menteri.
Penyiaran laporan
Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya supaya menyiarkan suatu laporan mengenai sesuatu penyiasatan jika Menteri berpuas hati bahawa penyiaran itu adalah demi kepentingan negara.
Pemberian maklumat
mempunyai apa-apa maklumat (termasuklah tetapi tidak terhad kepada akaun dan rekod) atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
dapat memberikan apa-apa keterangan yang Suruhanjaya mempunyai sebab untuk percaya adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang—
supaya memberi Suruhanjaya, dalam tempoh dan dengan cara dan dalam bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana maklumat sedemikian;
supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya, dalam tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
Komunikasi dan Multimedia 63
supaya membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam notis itu;
jika orang itu seorang individu, supaya hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa badan itu hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan
Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
atau
jika orang itu suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang menjadi pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian hadir, pada pendengaran tertutup, di hadapan Suruhanjaya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.
Suruhanjaya hendaklah memberi orang yang diarahkan di bawah subseksyen (2) tempoh masa yang munasabah untuk memberikan dan mengemukakan apa-apa maklumat dan/atau dokumen yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan itu benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian, termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui apa-apa maklumat lain yang akan menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
64
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kesalahan kerana tidak patuh
Walau apa pun seksyen 53, seseorang yang tidak mematuhi sesuatu arahan Suruhanjaya di bawah Bab ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kesalahan kerana memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan, dll.
Walau apa pun seksyen 53, seseorang yang tidak mendedahkan atau tidak memberikan apa-apa maklumat atau keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan maklumat atau keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu atau mengelirukan, sebagai gerak balas kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
Bukti pematuhan
Peruntukan subseksyen (1) tidaklah menjejaskan mana-mana kuasa lain yang diberikan kepada Suruhanjaya di bawah
Akta ini.
Suruhanjaya boleh menyimpan dokumen
Orang yang jika tidak kerana itu adalah berhak kepada milikan dokumen itu berhak dibekali, secepat yang dapat dilaksanakan,
Komunikasi dan Multimedia 65
suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan yang benar.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, salinan yang diperakui itu hendaklah diterima sebagai keterangan oleh semua mahkamah dan tribunal seolah-olah salinan itu merupakan yang asal.
Sehingga suatu salinan yang diperakui dibekalkan,
Suruhanjaya hendaklah, pada masa dan di tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang jika tidak kerana itu adalah berhak kepada milikan dokumen itu, atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, dokumen itu.
Rekod tidak betul
Seseorang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak yang dikenakan oleh kaedah-kaedah penyimpanan rekod yang dibuat di bawah seksyen 268, membuat suatu rekod mengenai apa-apa perkara atau benda sebegitu cara sehingga perkara atau benda itu tidak direkodkan dengan betul.
Rekod maklumat
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak yang berkaitan dengan maklumat itu sebelum menyiarkan maklumat itu.
66
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Suruhanjaya tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau mana-mana bahagian daripada apa-apa maklumat yang didedahkan kepadanya sekiranya penyiaran itu akan—
melibatkan pendedahan tidak munasabah maklumat peribadi mengenai mana mana individu (termasuklah orang yang sudah mati), tetapi Suruhanjaya boleh menyiarkan suatu abstrak berhubung dengan maklumat itu dengan syarat bahawa butir-butir dalam abstrak itu tidak disusun dalam apa jua cara yang akan menjejaskan atau memudaratkan pemberi maklumat itu.
Daftar semua perkara
Seseorang boleh, apabila dibayar caj (jika ada) yang ditentukan oleh Suruhanjaya—
Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam media elektronik, Suruhanjaya boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—
Pertikaian
Jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu telah memberikan suatu aku janji yang berkaitan dengan hal perkara pertikaian itu dan aku janji itu telah didaftarkan oleh
Suruhanjaya mengikut Bab 11 Bahagian ini, pihak-pihak itu boleh menerima pakai syarat aku janji itu bagi maksud penyelesaian pertikaian itu.
Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya gagal untuk mencapai suatu persetujuan, dan tiada aku janji yang berkaitan telah didaftarkan, atau jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak mahu menerima pakai syarat-syarat aku janji itu, pihak-pihak itu boleh meminta pertikaian itu diselesaikan oleh Suruhanjaya, jika Akta ini atau perundangan subsidiarinya dengan jelas mengadakan peruntukan bagi penyelesaian sedemikian.
Pemberitahuan mengenai pertikaian
Sesuatu pihak kepada suatu pertikaian boleh, secara bertulis, memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian itu.
Suruhanjaya hendaklah bertindak hanya apabila diberitahu
Tertakluk kepada seksyen 83, Suruhanjaya hanya boleh menyelesaikan sesuatu pertikaian di bawah Bab ini jika Suruhanjaya diberitahu secara bertulis mengenai pertikaian itu.
Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan
Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan yang menyatakan prinsip dan tatacara yang boleh diambil kira olehnya dalam
68
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
menyelesaikan pertikaian atau sesuatu kelas pertikaian di bawah
Bab ini.
Suruhanjaya hendaklah membuat keputusan tentang pertikaian yang telah diberitahukan
Suruhanjaya hendaklah terikat di bawah subseksyen (1)
untuk bermesyuarat bagi membuat keputusan tentang sesuatu pertikaian jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
suatu persetujuan tidak akan dicapai, atau tidak akan dicapai dalam tempoh masa yang munasabah;
pemberitahuan mengenai pertikaian itu tidak ringan, remeh atau menyusahkan; dan
Tertakluk kepada matlamat Akta ini dan apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini,
Suruhanjaya boleh menyelesaikan pertikaian itu dengan terma dan syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.
Keputusan hendaklah secara bertulis
Suruhanjaya hendaklah memberi pihak-pihak kepada pertikaian itu suatu salinan keputusannya secepat yang dapat dilaksanakan.
Keputusan Suruhanjaya hendaklah mengikat pihak-pihak itu.
Komunikasi dan Multimedia 69
Daftar keputusan
Daftar hendaklah mengandungi—
tarikh keputusan itu, tetapi tidak terma dan syarat keputusan itu.
Penguatkuasaan
Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah
Bab ini boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Tinggi seolah-olah keputusan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah itu dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu bagi memberinya kebenaran untuk meneruskan tindakan di Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu kecuali dalam hal suatu injunksi.
Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Permohonan bagi pendaftaran perjanjian
Pihak-pihak kepada suatu perjanjian bertulis hendaklah memohon kepada Suruhanjaya bagi pendaftaran perjanjian itu, jika Akta ini menghendaki pendaftaran itu.
70
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Bila Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian itu
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan perjanjian bertulis itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perjanjian itu selaras dengan—
mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Kesan pendaftaran
Suruhanjaya boleh mengarahkan mana-mana pihak kepada suatu perjanjian berdaftar supaya mematuhi perjanjian berdaftar itu.
Sesuatu arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan suatu perjanjian berdaftar boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah
Tinggi seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman
Mahkamah itu dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu bagi memberinya kebenaran untuk meneruskan tindakan di Mahkamah bagi penguatkuasaan arahan itu kecuali dalam hal suatu injunksi.
Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Kandungan daftar perjanjian
Daftar itu hendaklah mengandungi—
suatu perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan perjanjian itu; dan
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), satu salinan perjanjian itu hendaklah didepositkan dengan Suruhanjaya.
Forum industri
badan itu mampu menunjukkan prestasi sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan yang berkaitan dalam
Akta ini; dan
Badan itu hendaklah bersetuju secara bertulis untuk menjadi suatu forum industri sebelum penetapan itu boleh didaftarkan.
Suruhanjaya boleh membuat keputusan bahawa suatu badan industri yang sedia ada yang telah ditetapkan sebelum itu di bawah subseksyen (1) menjadi suatu forum industri bukan lagi suatu forum industri bagi maksud Akta ini, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa badan itu tidak lagi memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
Sesuatu penetapan atau penarikan balik penetapan di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran, atau pada suatu tarikh selepas itu yang dinyatakan.
72
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kod oleh forum industri
Kod industri sukarela tidak boleh berkuat kuasa sehingga kod itu didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh enggan mendaftarkan kod industri sukarela itu, di bawah subseksyen (1), jika Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa peluang mencukupi bagi perundingan awam telah dilakukan dalam pembangunan kod industri sukarela itu oleh forum industri itu.
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan suatu kod industri sukarela jika kod itu selaras dengan—
mana-mana peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
Suruhanjaya hendaklah sama ada mendaftarkan atau enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela.
Jika Suruhanjaya enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela, maka Suruhanjaya hendaklah memberitahu forum industri yang berkaitan mengenai keputusannya secara bertulis dan memberikan sebab baginya.
Jika Suruhanjaya tidak mendaftarkan dan tidak pula enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh kod industri sukarela itu dikemukakan bagi pendaftaran, Suruhanjaya disifatkan telah menolak pendaftaran kod industri sukarela itu melainkan jika forum industri itu menerima notis bertulis mengenai pendaftaran kod industri sukarela itu selepas tempoh itu.
Komunikasi dan Multimedia 73
Suruhanjaya boleh menentukan kod industri sukarela
suatu kod industri sukarela tidak dibangunkan di bawah seksyen yang berkenaan dalam Akta ini; dan
Suruhanjaya berpuas hati bahawa suatu kod industri sukarela tidak mungkin dibangunkan oleh forum industri yang berkaitan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
Kod industri sukarela yang dirumuskan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan.
Kod industri sukarela hendaklah hanya berkuat kuasa setelah didaftarkan.
Kod industri sukarela yang terpakai
Jika terdapat apa-apa ketidakpastian atau ketaksaan, seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya supaya diberi pendapat Suruhanjaya, tentang kod industri sukarela yang manakah yang menjadi kod yang terpakai berhubung dengan hal keadaan pemohon itu.
Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa garis panduan
Menteri dan apa-apa pendapat terdahulu yang berkaitan.
Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan pemohon itu selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (3).
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat yang diberikan di bawah seksyen ini, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Walau apa pun subseksyen (5), Suruhanjaya boleh menarik balik suatu pendapat di bawah seksyen ini jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis aktiviti yang dijalankan oleh pemohon telah berubah secara matan.
Pematuhan kod industri sukarela berdaftar suatu pembelaan yang sah
Pematuhan suatu kod industri sukarela berdaftar hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa jenis, sama ada dalam mahkamah atau selainnya, yang diambil terhadap seseorang (yang tertakluk kepada kod industri sukarela itu) berkenaan dengan suatu perkara yang diperkatakan dalam kod itu.
Arahan supaya kod industri sukarela berdaftar dipatuhi
Suruhanjaya boleh mengarahkan seseorang atau sesuatu kelas orang, mengikut seksyen 51, supaya mematuhi suatu kod industri sukarela berdaftar.
Penalti sivil bagi ketakpatuhan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, denda yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan, tanpa menjejaskan apa-apa remedi atau sanksi lain, sebagai suatu hutang sivil.
Pembatalan kod
Suruhanjaya boleh menentukan pembatalan sesuatu kod industri sukarela, mengikut seksyen 55, jika Suruhanjaya berpuas
Komunikasi dan Multimedia 75
hati bahawa kod industri sukarela itu tidak lagi selaras dengan semua perkara yang disenaraikan dalam perenggan 95(4)(a), (b)
dan (c).
Pengemukaan kod industri sukarela baru oleh forum industri
Jika sesuatu forum industri mengemukakan suatu kod industri sukarela baru kepada Suruhanjaya yang memperkatakan perkara yang sama sebagaimana suatu kod berdaftar yang sedia ada, kod berdaftar yang sedia ada itu dianggap tidak sah setakat apa-apa percanggahan dengan kod baru itu pada masa kod baru itu didaftarkan di bawah seksyen 95.
Daftar kod industri sukarela semasa
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua kod industri sukarela semasa, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
Penentuan standard mandatori
mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini; atau 76
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Suruhanjaya hendaklah menentukan suatu standard mandatori jika Suruhanjaya tertakluk kepada suatu arahan daripada Menteri supaya menentukan suatu standard mandatori sebagai ganti untuk suatu kod industri sukarela.
Sesuatu arahan Menteri, untuk menentukan suatu standard mandatori, mungkin termasuk sebutan tentang—
Penentuan Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah mengikut seksyen 55.
Standard mandatori hendaklah selaras
mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Suatu standard mandatori yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan kelas pemegang lesen yang tertakluk kepada standard mandatori itu.
Seseorang yang tertakluk kepada suatu standard mandatori hendaklah mematuhi standard mandatori itu.
Pengubahsuaian, pengubahan atau pembatalan standard mandatori
Suruhanjaya di bawah Bab ini hendaklah selaras dengan—
Apa-apa pengubahsuaian atau pengubahan suatu standard mandatori di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu standard baru bagi maksud Bab ini dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan Bab ini.
Jika suatu standard mandatori baru memperkatakan standard yang sama sebagaimana suatu standard mandatori yang sedia ada, maka standard yang sedia ada itu dianggap sebagai tidak sah setakat apa-apa percanggahan dengan standard mandatori baru itu.
Standard mandatori hendaklah diberi keutamaan
Suatu kod industri sukarela, atau suatu aku janji yang disebut dalam Bab 11 Bahagian ini, tidaklah sah setakat apa-apa percanggahan dengan suatu standard mandatori.
Pematuhan standard mandatori suatu pembelaan yang sah
Pematuhan suatu standard mandatori hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap mana-mana pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa jenis, sama ada dalam mahkamah atau selainnya, yang diambil terhadap seseorang (yang tertakluk kepada standard mandatori itu) berkenaan dengan suatu perkara yang diperkatakan dalam standard mandatori itu.
Penalti sivil bagi ketakpatuhan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, denda yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan, tanpa menjejaskan apa-apa remedi atau sanksi lain, sebagai suatu hutang sivil.
78
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Aku janji oleh seseorang
Suatu aku janji yang diberikan oleh seseorang di bawah subseksyen (1) boleh—
menerima pakai terma dan syarat contoh daripada suatu kod industri sukarela berdaftar, dan aku janji itu boleh termasuk tarikh kuat kuasa aku janji itu dan/atau tarikh habis tempohnya.
Pendaftaran aku janji
Seseorang boleh mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan pendaftaran sesuatu aku janji oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan sesuatu aku janji jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa aku janji itu—
akan habis tempoh dalam masa tiga tahun dari tarikh permohonan untuk mendaftarkan aku janji itu.
Komunikasi dan Multimedia 79
Walau apa pun subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan sesuatu aku janji jika aku janji itu—
semata-semata menerima pakai terma dan syarat contoh daripada suatu kod industri sukarela berdaftar; dan
akan habis tempoh dalam tempoh tiga tahun dari tarikh permohonan untuk mendaftarkan aku janji itu.
Suruhanjaya hendaklah sama ada mendaftarkan atau enggan mendaftarkan mana-mana aku janji lain dan hendaklah memberitahu orang yang memberikan aku janji itu mengenai keputusannya secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan aku janji itu.
Suruhanjaya hendaklah memberikan sebab kerana enggan mendaftarkan sesuatu aku janji.
Jika Suruhanjaya tidak mendaftarkan dan tidak pula enggan untuk mendaftarkan suatu aku janji dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu, Suruhanjaya disifatkan telah enggan mendaftarkan aku janji itu melainkan jika orang yang memberikan aku janji itu diberitahu mengenai pendaftaran itu selepas tempoh itu.
Suatu aku janji yang diberikan di bawah Bab ini hendaklah hanya berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan dalam aku janji itu.
Kaedah-kaedah berkenaan dengan aku janji
Suruhanjaya boleh mengarahkan seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mematuhi kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan mana-mana aku janji berdaftar yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
80
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Penarikan balik aku janji
Seseorang yang memberikan suatu aku janji boleh menarik balik aku janji itu pada bila-bila masa dengan memberitahu
Suruhanjaya secara bertulis.
Penggantian aku janji
Jika seseorang mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu aku janji baru yang memperkatakan perkara yang sama sebagaimana suatu aku janji berdaftar yang sedia ada yang diberikan oleh orang itu, aku janji berdaftar yang sedia ada itu dianggap tidak sah setakat apa-apa percanggahan dengan aku janji baru itu pada masa aku janji baru itu didaftarkan di bawah seksyen 111.
Daftar aku janji
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua aku janji yang sedia ada, mengikut Bab 6.
Penguatkuasaan aku janji
Jika suatu jumlah wang kena dibayar oleh mana-mana orang, atau jika apa-apa jua, selain pembayaran wang, dikehendaki supaya dilakukan atau tidak dilakukan oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 112, dan arahan itu tidak dipatuhi oleh orang yang kepadanya arahan itu diberikan, maka arahan itu hendaklah, bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah Tinggi, mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai atau mengikut cara yang disifatkan oleh Mahkamah adil atau suai manfaat dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu itu yang memberikan kebenaran untuk meneruskan tindakan di
Mahkamah bagi penguatkuasaan suatu aku janji berdaftar kecuali dalam hal suatu injunksi.
Komunikasi dan Multimedia 81
Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
penguatkuasaan peruntukan sedemikian tidaklah perlu untuk memastikan pencapaian matlamat Akta ini;
penguatkuasaan peruntukan sedemikian tidaklah perlu bagi pelindungan pengguna;
peninggalan pemakaian peruntukan sedemikian adalah selaras dengan kepentingan negara; dan
Arahan oleh Menteri hendaklah dibuat mengikut seksyen 7.
Penentuan oleh Menteri
Menteri hendaklah memberikan suatu notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan mengenai penentuannya tentang sama ada hendak meninggalkan pemakaian peruntukan sedemikian dan sebab bagi penentuannya.
Jika Menteri menentukan untuk meninggalkan pemakaian sesuatu peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya,
82
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Menteri hendaklah menyiarkan notis peninggalan itu dalam bentuk suatu perintah pengecualian dalam Warta.
Kajian semula oleh Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah, apabila dibuat permintaan bertulis sedemikian, memberikan satu salinan pernyataan sebab-sebab bagi keputusan itu dan apa-apa maklumat yang berkaitan yang diambil kira dalam membuat keputusan itu dalam tempoh tidak lebih dari tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permintaan itu oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya tidak dikehendaki untuk menyiarkan, atau untuk mendedahkan kepada seseorang yang dengan hal ehwalnya pernyataan itu ada kaitan, suatu pernyataan sebab-sebab atau sebahagian daripada suatu pernyataan sebab-sebab jika penyiaran atau pendedahan itu akan—
melibatkan pendedahan tidak munasabah maklumat peribadi mengenai mana-mana individu (termasuk orang yang sudah mati).
Dalam Bab ini, “keputusan” termasuklah apa-apa tindakan, perintah, laporan atau kuasa yang diwakilkan.
Komunikasi dan Multimedia 83
Kajian semula oleh Tribunal Rayuan
Tertakluk kepada subseksyen 17(1), Menteri boleh menentukan keputusan atau arahan Suruhanjaya yang tidak tertakluk kepada rayuan kepada Tribunal Rayuan di bawah subseksyen (1).
Kajian semula kehakiman
Seseorang tidak boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu kajian semula kehakiman melainkan jika orang itu telah menghabiskan segala remedi lain yang diperuntukkan di bawah
Akta ini.
Kajian semula perundangan subsidiari oleh Suruhanjaya
Suatu kajian semula kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan hendaklah dijalankan oleh Suruhanjaya—
jika dan apabila diarahkan oleh Menteri di bawah seksyen 7.
84
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Suruhanjaya hendaklah memberikan syor bertulis kepada
Menteri untuk mengubahsuaikan atau mengubah, atau untuk memansuhkan, mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—
yang tidak lagi diperlukan untuk memastikan pencapaian matlamat Akta ini; atau
Laporan kepada Menteri mengenai prestasi industri
Dalam melaksanakan fungsinya di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa penunjuk prestasi industri yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Perkara untuk diawasi dan dilaporkan
Perkara-perkara yang hendaklah diawasi dan dilaporkan oleh
Suruhanjaya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau perjalanan
Akta ini dan perundangan subsidiarinya; dan
perkara-perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.
Laporan hendaklah disiarkan
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu, dengan cara yang difikirkannya sesuai, secepat yang dapat dilaksanakan selepas tarikh Suruhanjaya menyampaikan laporan itu kepada Menteri.
Bahagian VI
Pelesenan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi
memberikan apa-apa perkhidmatan aplikasi, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat—
(aa) suatu lesen individu yang sah yang diberikan di bawah
Akta ini; atau
(bb) suatu lesen kelas yang diberikan di bawah Akta ini,
86
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
yang secara nyata memberi kuasa bagi pemunyaan atau pemberian kemudahan atau perkhidmatan itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Pematuhan syarat-syarat lesen
Warta, tiada seorang pun boleh—
Apa-apa syarat khas atau tambahan sesuatu lesen boleh diisytiharkan oleh Menteri dan dimasukkan dalam lesen itu.
Seorang pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan kecuali mengikut syarat-syarat suatu lesen yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini atau syarat-syarat suatu lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.
Takrif sempadan rangkaian
Jika tiada penentuan sedemikian, sempadan rangkaian ialah—
suatu titik yang dipersetujui oleh pelanggan dan pemberi kemudahan rangkaian.
Pemunyaan mana-mana kemudahan rangkaian dan pemberian mana-mana perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi,
Komunikasi dan Multimedia 87
semata-mata di sebelah pihak pelanggan di sempadan rangkaian adalah, dikecualikan daripada peruntukan Bahagian ini.
Pengecualian bagi pemberi perkhidmatan aplikasi yang tidak tertakluk kepada lesen kelas
Seorang pemberi perkhidmatan aplikasi yang tidak tertakluk kepada suatu lesen kelas di bawah seksyen 126 hendaklah disifatkan telah dikecualikan daripada peruntukan Bab ini, tetapi tidak daripada peruntukan Bahagian VII berkenaan dengan pengawalseliaan teknik.
Pemberi kemudahan yang dinamakan
Apabila pemberi kemudahan yang dinamakan ditentukan di bawah subseksyen (1), maka pemunya itu hendaklah disifatkan telah dikecualikan daripada peruntukan Bab ini.
Pemberi di bawah lesen kelas hendaklah mendaftar
Seseorang tidak boleh menjalankan urusan di bawah suatu lesen kelas berkaitan dengan apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi melainkan jika orang itu didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Lesen berasingan
Lesen yang diperoleh di bawah Bab ini tidak mengecualikan mana-mana orang daripada kewajipan untuk memperoleh lesen di bawah mana-mana seksyen lain yang berkaitan dalam Akta ini.
88
Undang-Undang Malaysia
Larangan terhadap tingkah laku anti-persaingan
Akta 588
Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa tingkah laku yang mempunyai maksud mengurangkan persaingan dengan cukup besar dalam suatu pasaran komunikasi.
Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan
Garis panduan itu boleh memasukkan rujukan kepada—
kesan tingkah laku itu terhadap bilangan pesaing dalam sesuatu pasaran dan bahagian pasaran mereka;
kesan tingkah laku itu terhadap kos dan struktur keuntungan dalam pasaran itu; dan
apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.
Larangan terhadap pembuatan perjanjian pakatan sulit
Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa persefahaman, perjanjian atau perkiraan, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, yang membuat peruntukan tentang—
Seorang pemegang lesen tidak boleh, pada bila-bila masa atau dalam apa-apa keadaan, menjadikan suatu syarat bagi pemberian atau pembekalan sesuatu keluaran atau perkhidmatan dalam suatu pasaran komunikasi bahawa orang yang memperoleh keluaran atau perkhidmatan itu dalam pasaran komunikasi itu adalah juga dikehendaki supaya membeli atau tidak membeli mana-mana keluaran atau perkhidmatan lain sama ada daripadanya atau daripada orang lain.
Penentuan pemegang lesen dominan
Suruhanjaya boleh menentukan bahawa seorang pemegang lesen berada pada kedudukan dominan dalam suatu pasaran komunikasi.
Garis panduan mengenai maksud “kedudukan dominan”
Garis panduan itu boleh menyatakan perkara-perkara yang boleh diambil kira oleh Suruhanjaya, termasuk—
tahap perbezaan keluaran atau perkhidmatan dan promosi jualan dalam pasaran itu; dan
apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.
90
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen pada kedudukan dominan
Suruhanjaya hanya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa arahan itu selaras dengan—
mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini.
Pembenaran tingkah laku
Walau apa pun peruntukan Bab ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan tingkah laku itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara.
Sebelum membenarkan tingkah laku itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan tingkah lakunya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu.
Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bab ini.
Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.
Komunikasi dan Multimedia 91
Daftar kebenaran
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar kebenaran tingkah laku semasa di bawah Bab ini mengikut Bab 6
Seseorang hendaklah memperoleh suatu perakuan daripada
Suruhanjaya bagi kebenaran untuk meneruskan tindakan di mahkamah bagi menguatkuasakan peruntukan Bab ini kecuali dalam kes suatu injunksi.
Penalti bagi kesalahan
Seseorang yang melanggar mana-mana larangan di bawah
Bab ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah
Menteri hanya boleh membuat kaedah-kaedah, di bawah subseksyen (1), yang berhasrat untuk menghalang atau mengurangkan—
apa-apa tingkah laku oleh pemberi kemudahan rangkaian asing dan/atau pemberi perkhidmatan rangkaian yang
92
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
akan, atau mungkin akan mengakibatkan, pengurangan persaingan dengan cukup besar dalam suatu pasaran komunikasi; atau
salah guna kuasa pasaran dalam suatu pasaran komunikasi.
Kemudahan dan perkhidmatan yang boleh dimasukkan dalam senarai capaian
kemudahan dan/atau perkhidmatan lain yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan.
Kemudahan atau perkhidmatan yang disenaraikan dalam perenggan (1)(c) tidak perlu dipunyai atau diberikan oleh pemegang lesen di bawah Akta ini.
Penentuan kemudahan dan perkhidmatan oleh Suruhanjaya
Tertakluk kepada subseksyen 147(2), Suruhanjaya boleh menentukan bahawa—
mana-mana kemudahan dan/atau perkhidmatan lain yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan, hendaklah dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian.
Komunikasi dan Multimedia 93
Syor oleh forum capaian
mana-mana kemudahan dan/atau perkhidmatan lain yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan, hendaklah dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian.
Suruhanjaya hendaklah menentukan bahawa kemudahan rangkaian atau kelas kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau kelas perkhidmatan rangkaian yang disyorkan dimasukkan dalam senarai capaian, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa forum capaian itu telah berunding dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam syor itu, dan tidak kurang daripada sembilan per sepuluh daripada anggota forum capaian itu menyokong syor itu.
Walau apa pun Bab 3 Bahagian V, Suruhanjaya tidak dikehendaki supaya menjalankan suatu siasatan sebelum membuat suatu syor di bawah seksyen 55, jika penentuan itu ada kaitan dengan suatu syor yang dibuat oleh forum capaian di bawah seksyen ini tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang
Suruhanjaya daripada menjalankan siasatan jika difikirkannya perlu.
Daftar senarai capaian
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar—
kemudahan dan/atau perkhidmatan lain yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan, yang dimasukkan dalam senarai capaian.
94
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kewajipan capaian standard bagi kemudahan dan perkhidmatan
pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan lain, yang membuat suatu permintaan bertulis bagi mendapatkan capaian kepada pemberi kemudahan rangkaian atau pemberi perkhidmatan rangkaian itu atas terma dan syarat yang munasabah.
Capaian yang diberikan oleh seseorang pemberi ("pemberi pertama") kepada seorang pemberi lain di bawah subseksyen (1), hendaklah—
sekurang-kurangnya mempunyai standard dan mutu teknik yang sama dengan atau lebih baik daripada standard dan mutu teknik yang diberikan dalam kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian pemberi pertama; dan
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pendaftaran perjanjian capaian
Tiada perjanjian capaian bertulis bagi pemberian kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian tersenarai boleh dikuatkuasakan melainkan jika perjanjian itu telah didaftarkan.
Pemberitahuan pertikaian capaian
Komunikasi dan Multimedia 95
Sesuatu pihak kepada suatu pertikaian mengenai pematuhan kewajipan capaian standard di bawah seksyen 149
boleh memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian itu di bawah
Suruhanjaya boleh menentukan suatu badan industri tunggal untuk menjadi forum capaian bagi maksud Bahagian ini.
Kod capaian
Suatu kod capaian hendaklah memperuntukkan terma dan syarat contoh bagi pematuhan kewajipan capaian standard.
Perkara-perkara yang boleh ditentukan oleh kod capaian termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
Kod capaian boleh mengadakan peruntukan bagi terma dan syarat yang berlainan bagi kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian yang berlainan yang tersenarai dalam senarai capaian.
Pendaftaran kod capaian
Suruhanjaya tidaklah boleh mendaftarkan suatu kod capaian melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kod capaian itu selaras dengan kewajipan capaian standard.
Aku janji capaian industri
Suatu aku janji capaian boleh menyatakan lebih daripada satu set terma dan syarat bagi mendapatkan capaian kepada suatu kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian tertentu yang tersenarai dalam senarai capaian.
Pendaftaran aku janji
Suruhanjaya tidak boleh mendaftarkan suatu aku janji, mengikut kuasa amnya dalam seksyen 111, melainkan jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa aku janji itu selaras dengan kewajipan capaian standard.
Sesuatu pihak yang cuba menjalankan haknya di bawah kewajipan capaian standard, atau sesuatu pihak yang telah memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian itu di bawah subseksyen (1), boleh menarik balik pemberitahuan itu secara bertulis pada bila-bila masa.
Forum capaian
Bahagian VII
Larangan menggunakan spektrum tanpa penguntukan
orang itu memegang suatu penguntukan spektrum yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini;
orang itu memegang suatu penguntukan radas yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini; atau
penggunaan spektrum itu adalah tertakluk kepada suatu penguntukan kelas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian ini.
Seseorang yang melanggar mana-mana larangan di bawah
Bab ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan mana-mana perkara di bawah Bahagian ini.
Pengeluaran penguntukan spektrum
Sesuatu penguntukan spektrum boleh dikeluarkan di bawah seksyen ini hanya apabila jalur frekuensi yang berkaitan bagi penguntukan spektrum telah ditentukan oleh Menteri.
Penguntukan spektrum hendaklah mematuhi rancangan spektrum
Penguntukan spektrum tidak boleh dikeluarkan melainkan jika penguntukan itu selaras dengan rancangan spektrum.
98
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pengeluaran semula penguntukan spektrum
Kecuali jika Suruhanjaya memutuskan bahawa demi kepentingan negara suatu penguntukan spektrum hendaklah dikeluarkan kepada pemegang penguntukan yang sedia ada, tatacara bagi pengeluaran semula sesuatu penguntukan spektrum hendaklah mengikut seksyen 159 dan 160.
Pindah hakmilik pihak ketiga
Seseorang pemegang penguntukan spektrum boleh memindahkan kepada atau berurusan dengan mana-mana atau semua hak yang diuntukkan di bawah seksyen 159 dengan pihak ketiga hanya jika perbuatan itu mengikut peruntukan seksyen 163.
Kaedah-kaedah pindah hakmilik
Suruhanjaya boleh mengarahkan seorang pemegang penguntukan spektrum supaya mematuhi mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Pengeluaran penguntukan radas
Sesuatu penguntukan radas yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Penguntukan radas hendaklah mematuhi rancangan
Spektrum
Penguntukan radas tidak boleh dikeluarkan melainkan jika peruntukan itu selaras dengan rancangan spektrum yang diadakan di bawah Bahagian ini.
Komunikasi dan Multimedia 99
Situasi apabila penguntukan radas tidak boleh dikeluarkan
Suruhanjaya tidak boleh mengeluarkan suatu penguntukan radas bagi penggunaan suatu spektrum yang telah ditentukan bagi penguntukan spektrum.
Pembenaran pihak ketiga
Peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 158 boleh membuat peruntukan bagi pengendalian pihak ketiga suatu kemudahan rangkaian, yang merupakan perkara suatu penguntukan radas, oleh orang yang dibenarkan oleh pemegang penguntukan radas itu.
Tempoh maksimum bagi penguntukan radas
Sesuatu penguntukan radas tidaklah sah selepas tempoh lima tahun dari tarikh pengeluarannya.
Penguntukan kelas
Sesuatu penguntukan kelas yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Penguntukan kelas hendaklah mematuhi rancangan spektrum
Penguntukan kelas tidak boleh dikeluarkan melainkan jika penguntukan itu selaras dengan rancangan spektrum yang diadakan di bawah Bahagian ini.
100
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Situasi apabila penguntukan kelas tidaklah boleh dikeluarkan
Suruhanjaya tidak boleh mengeluarkan penguntukan kelas yang membenarkan penggunaan spektrum yang telah ditentukan bagi penguntukan spektrum.
Rancangan spektrum
Rancangan spektrum hendaklah terbuka kepada orang ramai
(termasuk dalam media elektronik) jika dibayar fi yang hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya.
Kandungan rancangan spektrum
Dalam menjalankan fungsi di bawah subseksyen (1)
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—
mana-mana standard, konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang terpakai termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan peraturan-peraturan radionya sebagaimana yang dipersetujui dan diterima pakai oleh Malaysia.
Hak keutamaan
Menteri boleh menentukan bahawa penguntukan spektrum dan/atau penguntukan radas yang dinyatakan hanya boleh dikeluarkan kepada orang tertentu atau kelas orang tertentu yang memenuhi apa-apa syarat yang dinyatakan dalam penentuan yang disiarkan dalam Warta.
Komunikasi dan Multimedia 101
Pertikaian mengenai gangguan
Penyelesaian pertikaian di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi Bab 7 Bahagian V.
Menteri boleh menentukan spektrum bagi penguntukan spektrum
Penentuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh termasuk had mengenai amaun spektrum yang ada, sama ada secara am atau untuk orang atau kelas orang tertentu.
Penentuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan mengandungi terma bahawa penguntukan spektrum itu tidaklah boleh melebihi dua puluh tahun.
Rancangan spektrum hendaklah termasuk tatacara bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas
Rancangan spektrum boleh mengandungi tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas seperti, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas melalui lelongan;
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas melalui tender;
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum pada suatu harga tetap yang ditentukan oleh Menteri;
tatacara penguntukan bagi penguntukan radas pada suatu harga tetap yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan/atau
suatu rancangan penukaran bagi penukaran penguntukan radas yang ditentukan kepada penguntukan spektrum.
102
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pengambilan wajib penguntukan dalam spektrum yang ditentukan
Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Menteri supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh Suruhanjaya mengikut suatu penguntukan semula spektrum selaras dengan rancangan spektrum.
Menteri boleh, selepas mengambil kira syor Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), mengarahkan supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada pemegang suatu penguntukan yang penguntukannya telah diambil sebelum tarikh habis tempohnya, oleh suatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Tiada pampasan boleh dibayar jika suatu penguntukan tidak dibaharui.
Kawalan, perancangan dan pentadbiran penomboran dan pengalamatan elektronik
Suruhanjaya boleh mewakilkan mana-mana atau semua fungsinya di bawah Bab ini.
Komunikasi dan Multimedia 103
Rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik
Rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik boleh menyatakan kaedah-kaedah yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
penggunaan nombor dan alamat elektronik yang berlainan bagi jenis perkhidmatan yang berlainan;
kehendak supaya pemberi perkhidmatan rangkaian dan pemberi perkhidmatan aplikasi menyenggarakan suatu rancangan bagi penguntukan dan penguntukan semula nombor dan alamat elektronik; dan
kadar bagi penguntukan dan pemindahan hakmilik nombor dan alamat elektronik yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah menjadikan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik itu terbuka kepada orang ramai apabila dibayar fi yang hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya.
Pengurusan atau penyenggaraan pangkalan data nombor awam atau alamat elektronik bersepadu
Orang yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan capaian komersial tanpa diskriminasi kepada pangkalan data itu dengan terma dan syarat yang sama dengan terma dan syarat yang diberikan olehnya kepada dirinya sendiri.
Suruhanjaya boleh memberikan arahan kepada orang yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan cara orang itu akan menjalankan kewajipannya di bawah subseksyen (2).
Menghalang kesalingbolehkendalian suatu kesalahan
Akta 588
Seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang menghalang kesalingbolehkendalian rangkaian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Menjejaskan keselamatan awam suatu kesalahan
Seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang menjejaskan keselamatan awam melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Forum standard teknik
Suruhanjaya boleh menetapkan suatu badan industri menjadi forum bagi standard teknik (“forum standard teknik”) bagi maksud
Bahagian ini.
Perkara-perkara bagi kod teknik
kehendak bagi kesalingbolehkendalian rangkaian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyediaan keupayaan
Komunikasi dan Multimedia 105
rangkaian tertentu seperti keupayaan mengenal pasti talian panggilan dan keupayaan prapilihan; dan
Suatu kod teknik yang disediakan oleh forum standard teknik atau Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
penyediaan kemudahan rangkaian, termasuk kehendak bagi pemberi dan pemasang berkelayakan;
penyediaan perkhidmatan rangkaian, termasuk kehendak bagi pemberi berkelayakan;
penyediaan perkhidmatan aplikasi, termasuk kehendak bagi pemberi berkelayakan;
penyediaan kelengkapan dan pengkabelan pelanggan, termasuk kehendak bagi pemasang berkelayakan;
Sesuatu kelulusan oleh suatu agensi pemerakuan berdaftar hendaklah disifatkan sebagai suatu kelulusan oleh Suruhanjaya bagi maksud Bab ini.
106
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Bahagian VIII
Pengecualian daripada peruntukan kesalahan
Seseorang pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang tidak dikehendaki supaya mempunyai suatu lesen individu, dan tidak tertakluk kepada lesen kelas, di bawah Bahagian VI dan IX, disifatkan telah dikecualikan daripada peruntukan kesalahan dalam seksyen 188.
Pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
Pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Forum pengguna
Suruhanjaya boleh menetapkan suatu badan industri menjadi forum pengguna bagi maksud Bab ini.
Komunikasi dan Multimedia 107
Perkara-perkara bagi kod pengguna
pengendalian aduan dan pertikaian pengguna, termasuk proses timbang tara yang tidak mahal, selain mahkamah, dan tatacara bagi pemberian pampasan kepada pelanggan jika berlaku pelanggaran kod pengguna; dan/atau
Perkara-perkara yang boleh dikendalikan oleh kod pengguna boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
pemberian maklumat kepada pelanggan mengenai perkhidmatan, kadar dan prestasi;
amalan pengenaan bayaran, penyediaan bil, pengutipan dan hutang pelanggan; dan
Setelah suatu kod pengguna disediakan, kod pengguna itu hendaklah disiarkan dan pemberitahuan mengenainya hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
perkhidmatan kecemasan (termasuk capaian kepada kemudahan rangkaian terkawal dan perkhidmatan rangkaian bagi maksud memberikan perkhidmatan kecemasan);
perkhidmatan bantuan direktori (termasuk capaian kepada kemudahan rangkaian terkawal, perkhidmatan rangkaian dan pangkalan data yang berkaitan);
perkhidmatan bagi pengguna tidak upaya.
Arahan Menteri supaya diberikan perkhidmatan aplikasi dikehendaki
Akta 588
kelas pemberi perkhidmatan aplikasi yang hendaklah menyediakan mana-mana atau kesemua perkhidmatan aplikasi dalam senarai perkhidmatan aplikasi dikehendaki;
atau
kelas pemberi perkhidmatan rangkaian yang hendaklah membolehkan penyediaan mana-mana atau kesemua perkhidmatan aplikasi dalam senarai perkhidmatan aplikasi dikehendaki.
Suruhanjaya hendaklah mengarahkan—
kelas pemberi perkhidmatan aplikasi yang ditentukan di bawah perenggan (1)(a) untuk memberikan perkhidmatan aplikasi dikehendaki; dan
kelas pemberi perkhidmatan rangkaian yang ditentukan di bawah perenggan (1)(b) untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan aplikasi dikehendaki.
Arahan boleh menyatakan perincian pengendalian
Walau apa pun mana-mana peruntukan yang bertentangan dalam Akta ini atau mana-mana surat cara yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ini, suatu arahan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 109
yang dikeluarkan di bawah seksyen 193 boleh membuat peruntukan bagi atau menyatakan perincian pengendalian berhubung dengan suatu perkhidmatan aplikasi dikehendaki.
Pertikaian antara pengguna dengan pemegang lesen
Suruhanjaya boleh menggunakan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini dalam menyelesaikan aduan yang diterima daripada pengguna berhubung dengan perkara perkhidmatan pelanggan dan pelindungan pengguna termasuk, tetapi tidak terhad kepada kegagalan oleh seseorang pemegang lesen untuk mematuhi kod pengguna yang disediakan di bawah Bahagian ini.
Tatacara bagi aduan pengguna
Suruhanjaya hendaklah mewujudkan tatacara atau garis panduan bagi pembuatan, penerimaan dan pengendalian aduan pengguna berkenaan dengan tingkah laku atau perjalanan urusan pemegang lesen.
Penetapan kadar oleh pemberi
Semua pemberi yang disebut dalam subseksyen (1) dikehendaki menyiarkan kadar yang dikenakan kepada pelanggan bagi satu perkhidmatan atau lebih.
Bagi maksud Bab ini, “pemberi kemudahan rangkaian”
termasuk seseorang pemberi kemudahan yang dinamakan.
110
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Prinsip mengenai penetapan kadar
Kadar yang diwujudkan oleh seorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) hendaklah diasaskan pada prinsip yang berikut:
kadar mestilah adil dan, bagi orang yang dalam keadaan yang sama, tidak secara yang munasabah tidak adil;
kadar hendaklah ditetapkan mengikut kos dan, secara amnya, subsidi silang hendaklah dihapuskan;
kadar tidak sepatutnya mengandungi diskaun yang secara yang tidak munasabah memudaratkan peluang persaingan pemberi lain;
kadar hendaklah distrukturkan dan peringkat ditetapkan untuk menarik pelaburan kepada industri komunikasi dan multimedia; dan
kadar hendaklah mengambil kira peraturan-peraturan dan syor organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh
Malaysia.
Penetapan kadar oleh Menteri
Walau apa pun seksyen 197, Menteri boleh, atas syor
Suruhanjaya, campur tangan secara bebas atau dengan kerap dalam menentukan dan menetapkan kadar bagi mana-mana kemudahan atau perkhidmatan bersaing yang diberikan oleh seseorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) atas sebab yang wajar, atau sebagaimana yang dikehendaki demi kepentingan awam.
Kuasa Menteri untuk menentukan orang atau kawasan bagi kadar khas
Dalam hal yang berikut, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menentukan kaedah pengawalseliaan kadar khas, yang mungkin termasuk penetapan, pengkajian semula dan pelulusan kadar, atau peninggalan pengawalseliaan kadar—
berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan yang diberikan oleh seorang pemberi yang disebut dalam
Komunikasi dan Multimedia 111
subseksyen 197(1), bagi suatu kumpulan orang tertentu atau dalam suatu kawasan tertentu.
Kaedah-kaedah mengenai kadar
Kaedah-kaedah yang boleh dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (1) boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
kaedah-kaedah mengenai kadar dan perubahan kadar bagi kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau bagi kelas kemudahan atau perkhidmatan itu;
kaedah-kaedah mengenai penyiaran atau pendedahan kadar bagi kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau bagi kelas kemudahan atau perkhidmatan itu;
mekanisme kawalan kadar yang digunakan terhadap pemegang lesen tertentu atau kelas pemegang lesen, atau kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang tertentu atau kelas kemudahan atau perkhidmatan itu.
Sistem pemberian perkhidmatan sejagat
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 16 bagi pelaksanaan subseksyen (1).
Takrif “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan”
dan “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat”, dll.
Dalam menentukan takrif bagi “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan”, Suruhanjaya boleh mengambil kira—
daya maju komersial dalam memasang kemudahan rangkaian atau memberikan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi dalam kawasan atau tempat tertentu.
Dalam menentukan takrif bagi “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat”, Suruhanjaya boleh mengambil kira—
apa-apa rintangan bagi penggunaan perkhidmatan yang ada.
Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan caruman oleh pemegang lesen, di bawah Akta ini, atau oleh mana-mana orang lain kepada Kumpulan Wang PPS dan apa-apa perkara lain berhubung dengan atau bersampingan dengan penubuhan dan pengendalian Kumpulan Wang PPS.
Bahagian IX
Larangan terhadap pemberian perkhidmatan aplikasi kandungan
orang itu memegang lesen individu yang sah yang diberikan di bawah Bahagian ini untuk memberikan perkhidmatan aplikasi kandungan; atau
perkhidmatan aplikasi kandungan itu tertakluk kepada suatu lesen kelas yang sah di bawah Bahagian ini.
Sesuatu lesen yang diperoleh di bawah seksyen ini tidak mengecualikan mana-mana orang daripada kewajipan untuk memperoleh lesen di bawah mana-mana seksyen yang berkaitan yang lain dalam Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
114
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pematuhan syarat-syarat lesen
Apa-apa syarat khas atau tambahan sesuatu lesen boleh diisytiharkan oleh Menteri dan dimasukkan dalam lesen itu.
Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan tidaklah boleh memberikan apa-apa perkhidmatan kecuali mengikut syarat-syarat lesen yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah
Bab ini atau syarat-syarat suatu lesen kelas yang kepadanya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan sedemikian tertakluk.
Perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup
Jika tiada penentuan sedemikian, sesuatu perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup hendaklah merupakan—
suatu perkhidmatan aplikasi kandungan yang terhad kepada suatu tempat tinggal tunggal; atau
suatu perkhidmatan aplikasi kandungan yang hanya diberikan kepada pekerja atau pegawai suatu pertubuhan perbadanan tunggal.
Pemberian mana-mana perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup hendaklah dikecualikan daripada peruntukan Bahagian ini.
Pengecualian bagi kandungan sampingan
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menentukan garis panduan untuk menjelaskan erti “kandungan yang bersampingan
Komunikasi dan Multimedia 115
kepada perkhidmatan yang diberikan” (“kandungan sampingan”)
dan semua perkara yang berkaitan dengannya.
Garis panduan yang ditentukan oleh Menteri hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya, mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah didaftarkan dalam daftar secepat yang dapat dilaksanakan.
Perkhidmatan aplikasi kandungan terhad
Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan terhad yang tiada lesen kelas terpakai baginya hendaklah disifatkan dikecualikan daripada semua peruntukan di bawah Bahagian ini.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menentukan garis panduan yang menjelaskan atau menambah kriteria yang digunakan dalam mentakrifkan istilah “perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup” dan segala perkara yang berkaitan dengannya.
Garis panduan yang ditentukan oleh Menteri hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya, mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah didaftarkan dalam daftar secepat yang dapat dilaksanakan.
Pendapat mengenai kategori perkhidmatan
Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira mana-mana garis panduan Menteri yang berkaitan dan mana-mana pendapat yang diberikan sebelumnya di bawah Bab ini sebelum memberikan pendapatnya.
116
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan semua pihak yang terlibat selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (2).
Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh menarik balik sesuatu pendapat jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis perkhidmatan itu telah berubah dengan banyaknya.
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat mengikut Bab 6 Bahagian V.
Larangan terhadap pemberian kandungan jelik
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Forum kandungan
Suruhanjaya boleh menetapkan suatu badan industri menjadi suatu forum kandungan bagi maksud Bahagian ini.
Kod kandungan
Perkara-perkara yang boleh dikendalikan dalam kod itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
tatacara bagi mengendalikan aduan orang ramai dan bagi melaporkan maklumat mengenai aduan kepada
Suruhanjaya;
maklumat dan pendidikan awam berkenaan dengan pengawalseliaan kandungan dan teknologi bagi kawalan kandungan oleh pengguna akhir; dan
Bahagian X
Kemudahan Rangkaian, dll.
Pemeriksaan tanah
Seseorang pemberi kemudahan rangkaian boleh, bagi maksud menentukan sama ada mana-mana tanah sesuai atau tidak bagi maksudnya hendak memasang, atau memperoleh capaian kepada, kemudahan rangkaian—
melakukan apa-apa perkara atas tanah itu yang perlu atau wajar bagi maksud itu, termasuklah melakukan pengukuran, menyukat aras, menggerek, mengambil sampel, menggali lubang dan meneliti tanah.
Pemasangan kemudahan rangkaian
pemberi itu dibenarkan untuk berbuat demikian oleh suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 226;
kemudahan rangkaian itu merupakan kemudahan rangkaian sementara untuk digunakan oleh, atau bagi pihak,
Kementerian Pertahanan bagi tujuan pertahanan; atau
pemasangan itu dijalankan semata-mata untuk menyambungkan suatu bangunan atau struktur, atau suatu talian yang menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian.
Pemasangan kemudahan rangkaian yang dibenarkan oleh seksyen ini mungkin menghendaki kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa yang berkaitan yang lain, jika perlu.
Jika subseksyen (1) membenarkan seseorang pemberi kemudahan rangkaian untuk menjalankan suatu aktiviti tertentu, pemberi itu boleh, bagi maksud yang berkaitan dengan penjalanan aktiviti itu—
di permukaan, di atas atau di bawah tanah itu, melakukan apa-apa jua yang perlu atau wajar bagi maksud itu, termasuklah—
membina, mendirikan dan meletakkan apa-apa tiang atau kemudahan rangkaian;
menebang dan mencantas pokok dan membersihkan dan membuang tumbuhan dan semak lain;
membaik pulih permukaan tanah dan, bagi maksud itu, mengeluarkan dan melupuskan tanah, tumbuhan dan bahan lain;
Komunikasi dan Multimedia 119
mendirikan bengkel dan bangsal sementara dan bangunan sementara lain; dan
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor
Suruhanjaya, menentukan bahawa kemudahan rangkaian tertentu ialah kemudahan rangkaian berimpak rendah.
Kerosakan minimum
Dalam menjalankan sesuatu aktiviti di bawah Bab ini, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa dia menyebabkan sesedikit kemudaratan dan kepayahan, dan melakukan sesedikit kerosakan, yang dapat dilaksanakan.
Pemberi kemudahan rangkaian hendaklah membaik pulih tanah
Jika seseorang pemberi kemudahan rangkaian melakukan suatu aktiviti di bawah Bab ini berhubung dengan mana-mana tanah, pemberi itu hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk membaik pulih tanah itu sehingga suatu keadaan yang serupa dengan keadaannya sebelum aktiviti itu bermula.
Pengurusan aktiviti
Seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah, berkaitan dengan penjalanan suatu aktiviti yang diliputi oleh Bab ini, mengambil segala langkah yang munasabah—
untuk memastikan bahawa aktiviti itu mengganggu sesedikit yang dapat dilaksanakan—
pengendalian suatu kemudahan awam;
Seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah mematuhi perjanjian yang berkuat kuasa di bawah subseksyen (1).
Syarat-syarat yang kepadanya permit pemasangan kemudahan rangkaian tertakluk
Jika—
seseorang pemberi kemudahan rangkaian melakukan, atau bercadang untuk melakukan, suatu aktiviti yang diliputi oleh Bab ini;
aktiviti itu dibenarkan atau akan dibenarkan oleh suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian; dan
permit pemasangan kemudahan rangkaian itu tertakluk kepada satu syarat atau lebih, pemberi kemudahan rangkaian itu hendaklah mematuhi syarat-syarat itu.
Notis kepada pemunya tanah
jika tanah itu diduduki oleh seseorang selain pemunya itu, kepada penduduk itu.
Notis itu mesti menyatakan maksud yang baginya pemberi itu berhasrat untuk melakukan aktiviti itu.
Notis di bawah subseksyen (1) mesti mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud bahawa jika seseorang mengalami kerugian atau kerosakan kewangan berhubung dengan harta disebabkan oleh apa-apa jua yang dilakukan oleh pemberi itu dalam melakukan aktiviti itu, pampasan bolehlah dibayar.
Notis di bawah subseksyen (1) mesti diberikan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum pemberi itu mula melakukan aktiviti itu.
Seseorang boleh mengetepikan haknya untuk diberi suatu notis di bawah subseksyen (1).
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
keutuhan kemudahan rangkaian;
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
melakukan aktiviti itu tidak melibatkan apa-apa gangguan matan kepada tanah itu; dan
tanah itu adalah suatu tempat awam.
122
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Notis kepada pemunya tanah bagi pencantasan pokok, dll.
membersihkan atau membuang semak atau tumbuhan atas tanah persendirian, di bawah seksyen 215, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah memberi—
(aa) pemunya tanah itu; dan
(bb) jika tanah itu diduduki oleh seseorang selain pemunya itu, penduduk itu, suatu notis bertulis yang meminta pokok itu ditebang atau dicantas, atau semak atau tumbuhan itu dibersihkan, mengikut cara, dan dalam tempoh, yang dinyatakan dalam notis itu.
Pemberi itu hanya boleh melakukan aktiviti itu jika permintaan itu tidak dipenuhi.
Seseorang boleh mengetepikan haknya untuk diberi notis di bawah subseksyen (1).
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai jika—
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan/atau standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
keutuhan kemudahan rangkaian;
penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.
Komunikasi dan Multimedia 123
Notis kepada pihak berkuasa jalan raya, kemudahan awam, dll.
memasang apa-apa kemudahan rangkaian di atas permukaan, di atas atau di bawah suatu jalan atau jambatan; atau
mengubah kedudukan sesuatu pembuluh, salur utama gas atau paip, di bawah seksyen 215, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah memberikan notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada orang atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penjagaan dan pengurusan jalan, jambatan, pembuluh, salur utama gas atau paip itu.
Seseorang atau sesuatu pihak berkuasa boleh mengetepikan hak orang atau pihak berkuasa itu untuk diberi notis di bawah subseksyen (1).
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
keutuhan kemudahan rangkaian;
penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.
124
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Jalan, dll., hendaklah terus dibuka bagi laluan
Jika seseorang pemberi kemudahan rangkaian melakukan suatu aktiviti yang diliputi oleh seksyen 215, pemberi itu hendaklah memastikan bahawa kemudahan rangkaian yang dipasang di atas sesuatu jalan, jambatan, lorong atau perairan boleh layar dipasang dengan cara yang akan membenarkan laluan munasabah oleh orang, kenderaan dan vesel.
Permit pemasangan kemudahan rangkaian
Seseorang pemberi kemudahan rangkaian boleh memohon kepada Suruhanjaya, mengikut cara yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan, bagi mendapatkan suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian yang membenarkan pemberi kemudahan rangkaian itu untuk menjalankan pemasangan satu kemudahan rangkaian atau lebih.
Kriteria bagi pengeluaran permit pemasangan kemudahan rangkaian
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian yang membenarkan seseorang pemberi kemudahan rangkaian untuk menjalankan pemasangan satu kemudahan atau lebih jika pemberi kemudahan rangkaian itu telah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—
pemberi itu telah melakukan usaha yang munasabah dengan suci hati dengan setiap tuan punya yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi menjalankan pemasangan itu; dan
sekurang-kurangnya satu daripada kelulusan itu belum diperoleh dalam tempoh empat belas hari selepas bermulanya rundingan yang berkenaan;
setiap Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain, yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi pemasangan kemudahan rangkaian itu, sudah memberikan kelulusan sedemikian;
Komunikasi dan Multimedia 125
kemudahan rangkaian itu menjadi, atau mungkin akan menjadi, sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain yang bererti kepada negara;
kemudahan rangkaian itu menjadi, atau mungkin akan menjadi, suatu bahagian penting kemudahan rangkaian lain;
kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang sebahagian besarnya sudah pun dipasang;
kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang sebahagian besarnya belum lagi dipasang, tetapi setiap Pihak
Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi pemasangan sebahagian besar daripada rangkaian itu sudah memberikan, atau semunasabahnya mungkin memberikan, kelulusan sedemikian; atau
kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang tiada satu pun telah dipasang, tetapi setiap Pihak
Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain, yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, akan dikehendaki, bagi pemasangan sebahagian besar daripada infrastruktur kemudahan rangkaian itu, telah memberikan, atau semunasabahnya mungkin memberikan, kelulusan sedemikian; dan
faedah yang mungkin didapati daripada pengendalian kemudahan rangkaian itu melebihi apa-apa bentuk kecacatan alam sekitar yang mungkin terhasil daripada pemasangan kemudahan rangkaian itu.
Permit pemasangan kemudahan rangkaian mempunyai kuat kuasa tertakluk kepada Akta ini dan undang-undang lain
Sesuatu permit pemasangan kemudahan rangkaian mempunyai kuat kuasa tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berkaitan.
126
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Akses kepada tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pemberi kemudahan rangkaian atau kemudahan awam boleh enggan memberikan akses kepada mana-mana pemberi kemudahan rangkaian kepada tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluannya atas dasar tanpa diskriminasi apabila kapasiti tidak mencukupi, atau atas sebab keselamatan, keperluan pelindungan, kebolehpercayaan, atau kesukaran yang bersifat teknik atau kejuruteraan.
Suruhanjaya hendaklah mengawal selia perkara mengenai akses kepada tiang, dll.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai terpakai bagi, atau memberikan Suruhanjaya bidang kuasa berkenaan dengan, akses kepada mana-mana tiang, kemudahan rangkaian atau hak laluan jika perkara sedemikian dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan cara bagi melaksanakan peruntukan
Bab ini.
Kesalahan jika menggunakan radas atau peranti tanpa kelulusan
Komunikasi dan Multimedia 127
Seseorang yang menggunakan apa-apa radas atau peranti dengan niat untuk memperoleh maklumat berkenaan dengan kandungan, penghantar atau orang yang kepadanya dialamatkan apa-apa komunikasi tanpa kelulusan oleh agensi pemerakuan berdaftar di bawah Bab 3 Bahagian VII melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penggunaan secara fraud kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, dll.
secara tidak jujur menghantar atau membenarkan untuk dihantar mana-mana komunikasi atau memperoleh suatu perkhidmatan yang diberikan oleh seorang pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen; atau
secara tidak jujur menerima perkhidmatan aplikasi kandungan dari suatu tempat di dalam Malaysia yang tidak dimaksudkan untuk penerimaan umum, dengan niat untuk mengelakkan pembayaran apa-apa kadar atau fi yang dikenakan bagi pemberian kemudahan atau perkhidmatan itu melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang memiliki, memperoleh atau mewujudkan suatu sistem yang direka bentuk untuk menggunakan atau memperoleh secara fraud mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan, melakukan suatu kesalahan.
atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
128
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang secara sedar—
dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang;
atau
membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.
Komunikasi dan Multimedia 129
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pemintasan dan pendedahan komunikasi dilarang
memintas, cuba untuk memintas, atau mendapatkan mana-mana orang lain supaya memintas, atau cuba untuk memintas, apa-apa komunikasi;
mendedah, atau cuba untuk mendedahkan, kepada mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan mana-mana komunikasi dengan melanggar seksyen ini;
atau
menggunakan, atau cuba untuk menggunakan, kandungan apa-apa komunikasi, sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan apa-apa komunikasi dengan melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang dibenarkan di bawah Akta ini yang dengan sengaja mendedahkan, atau cuba untuk mendedahkan, kepada mana-mana orang lain kandungan apa-apa komunikasi, yang dipintas dengan cara yang dibenarkan oleh Akta ini—
sedangkan dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat itu telah diperoleh melalui pemintasan komunikasi itu berkaitan dengan suatu penyiasatan jenayah;
setelah memperoleh atau menerima maklumat itu berkaitan dengan suatu penyiasatan jenayah; atau
untuk menggalang, menghalang, atau mengganggu suatu penyiasatan jenayah yang diberi kuasa dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan.
130
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Adalah sah di sisi undang-undang di bawah Bab ini bagi seseorang pegawai, pekerja atau ejen mana-mana pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, yang kemudahan atau perkhidmatannya digunakan dalam komunikasi, untuk memintas, mendedahkan atau menggunakan komunikasi sedemikian dalam perjalanan biasa pekerjaannya sementara melakukan apa-apa aktiviti yang merupakan suatu perkara sampingan yang perlu kepada pemberian kemudahan atau perkhidmatannya atau terhadap pelindungan hak atau harta pemberi kemudahan atau perkhidmatan itu, tetapi pemberi itu tidak boleh menggunakan kemudahan atau perkhidmatan itu bagi pemerhatian atau pengawasan rawak melainkan bagi pemeriksaan kawalan mutu mekanikal atau perkhidmatan.
Kerosakan kepada kemudahan rangkaian, dll.
Seseorang yang, dengan apa-apa tindakan atau peninggalan sengaja, tidak jujur atau cuai, memanjangkan, mengusik, mengubahsuaikan, mengubah, mengeluarkan, memusnahkan atau merosakkan apa-apa kemudahan rangkaian atau mana-mana bahagian daripadanya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Fraud dan aktiviti berkaitan berhubung dengan peranti capaian, dll.
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan apa-apa peranti capaian lancung;
memiliki apa-apa peranti capaian lancung atau peranti capaian tidak dibenarkan;
Komunikasi dan Multimedia 131
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan, atau mempunyai kawalan atas atau menyimpan, atau memiliki apa-apa kelengkapan pembuat peranti; atau
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan, atau mempunyai kawalan atas atau menyimpan, atau memiliki—
apa-apa kelengkapan, peranti atau radas yang telah diubahsuaikan atau dipinda untuk memperoleh penggunaan tidak dibenarkan mana-mana perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan; atau
perkakasan atau perisian yang digunakan bagi mengubah atau mengubahsuaikan apa-apa kelengkapan, peranti atau radas untuk memperoleh capaian tidak dibenarkan kepada mana-mana perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang tanpa kebenaran pengeluar sesuatu peranti capaian, memujuk rayu seseorang bagi maksud—
menjual maklumat mengenai, atau suatu permohonan untuk memperoleh, suatu peranti capaian, melakukan suatu kesalahan.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
“kelengkapan pembuat peranti” ertinya apa-apa kelengkapan, mekanisme, atau tera yang direka bentuk atau digunakan terutamanya bagi membuat suatu peranti capaian atau peranti capaian lancung;
132
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
“peranti capaian lancung” ertinya apa-apa peranti capaian yang lancung, rekaan, dipinda, atau dipalsukan, atau suatu komponen yang dapat dikenal pasti dalam suatu peranti capaian atau peranti capaian lancung;
“peranti capaian tidak dibenarkan” ertinya apa-apa peranti capaian yang hilang, dicuri, tamat tempoh, dibatalkan, dipotong, atau diperoleh dengan niat untuk melakukan fraud.
Larangan terhadap perkhidmatan panggil balik
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, “perkhidmatan panggil balik” ertinya suatu perkhidmatan yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang, melalui pengisyaratan atau peninjauan panggilan tidak lengkap dari lokasi asing, atau sebagai hasil apa-apa pengaturan perisyaratan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, membolehkan seseorang pengguna di Malaysia memanggil suatu titik asing tanpa membayar kadar yang dikenakan oleh seseorang pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian dan/atau pemberi perkhidmatan aplikasi Malaysia yang dibenarkan bagi suatu panggilan dari Malaysia ke titik sedemikian.
Pemancaran daripada kelengkapan atau peranti tidak standard
Bagi maksud Bab ini, “kelengkapan atau peranti tidak standard” ertinya apa-apa kelengkapan atau peranti yang tidak menepati standard teknik atau tatacara yang disediakan atau ditentukan di bawah Akta ini.
Penggunaan, pemilikan atau pembekalan tidak dibenarkan, kelengkapan atau peranti tidak standard
Komunikasi dan Multimedia 133
ada dalam milikannya apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya merupakan suatu kelengkapan atau peranti tidak standard bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakan kelengkapan atau peranti itu; atau
menawarkan untuk membekalkan, membekalkan atau ada dalam milikannya dengan niat untuk membekalkan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud perenggan (1)(b), seseorang disifatkan ada kelengkapan atau peranti tidak standard dalam milikannya bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakannya jika kelengkapan atau peranti itu berada dalam milikannya, selain bagi maksud membekalkannya kepada orang lain, dan dapat dikendalikan dengan melakukan mana-mana daripada yang berikut:
menyambungkan kelengkapan atau peranti itu kepada suatu bekalan kuasa elektrik dengan menggunakan suatu palam elektrik atau sambungan elektrik lain;
menyambungkan suatu mikrofon kepada kelengkapan atau peranti itu dengan memasukkan suatu palam mikrofon ke dalam kelengkapan atau peranti itu;
134
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
menghidupkan apa-apa benda lain yang berkaitan dengan pengendalian kelengkapan atau peranti itu;
menyelaraskan seting dengan memanipulasikan suis, dail atau kawalan lain luaran kelengkapan atau peranti itu;
atau
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, apa-apa dokumen yang merupakan suatu perakuan yang diberikan oleh seorang pegawai diberi kuasa yang memperakui bahawa mana-mana kelengkapan atau peranti tertentu ialah kelengkapan atau peranti tidak standard hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu sehingga yang akasnya dibuktikan.
Kesalahan mengagihkan atau mengiklankan apa-apa kelengkapan atau peranti komunikasi bagi pemintasan komunikasi
Seseorang yang dengan sengaja—
menghantar melalui mel, atau menghantar atau membawa dalam perdagangan dalam negeri atau antarabangsa, apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa reka bentuk kelengkapan atau peranti itu menjadikannya berguna terutamanya bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi; atau
meletakkan dalam mana-mana surat khabar, majalah, surat sebaran, atau penerbitan lain apa-apa iklan mengenai—
apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa reka bentuk kelengkapan atau peranti itu menjadikannya berguna terutamanya bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi; atau
apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, jika iklan itu menggalakkan penggunaan kelengkapan atau
Komunikasi dan Multimedia 135
peranti itu bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa iklan itu akan dihantar melalui mel atau diangkut dalam perdagangan dalam negeri atau antarabangsa, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan kerana memberikan pernyataan palsu dan mengelirukan
Seseorang yang—
tertakluk kepada peruntukan subseksyen 256(2), enggan memberi seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau
secara sedar memberikan maklumat palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti am
Tiap-tiap peninggalan atau pengabaian untuk mematuhi, dan setiap tindakan yang dilakukan atau cuba dilakukan bertentangan dengan Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau mana-mana surat cara bertulis yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang melanggar syarat-syarat yang tertakluk kepadanya mana-mana lesen telah diberikan atau penguntukan dikeluarkan, hendaklah menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau perundangan subsidiarinya, dan bagi tiap-tiap kesalahan sedemikian, jika penaltinya tidak diperuntukkan secara khusus, pesalah boleh didenda, sebagai tambahan kepada pelucuthakan apa-apa benda yang disita, tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
136
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pengerusi, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pengerusi, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengerusi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;
dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, kebenaran atau pembiarannya;
dan
bahawa dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang akan boleh dikenakan di bawah
Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan itu telah dilakukan—
oleh pekerja ejen itu semasa dia digajikan oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
138
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Dan Pendakwaan
Pegawai diberi kuasa
Mana-mana pegawai yang sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan.
Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.
Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan kepada seseorang pemegang lesen atau orang lain supaya
Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipatuhi.
Kuasa untuk menyiasat
Dalam apa-apa hal berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
Penggeledahan dengan waran
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret itu boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—
salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang membayangkan bahawa orang itu mempunyai lesen yang diberikan atau penguntukan yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau
apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.
Seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan alat atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
140
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Apabila perlu untuk memeriksa seorang wanita, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang wanita lain dengan penuh kesopanan.
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, tidaklah praktis untuk memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu di premis atau bekas tempat ia didapati.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen
atau mengeluarkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Jika suatu penggeledahan di bawah seksyen ini menunjukkan bahawa terdapat apa-apa kelengkapan yang menyebabkan gangguan, radas radio atau kelengkapan yang peka radio, maka pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya langkah perlu diambil untuk memastikan suasana yang bebas daripada gangguan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 247 mempunyai sebab yang munasabah untuk percaya bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran penggeledahan di bawah seksyen itu penyiasatan akan termudarat atau keterangan pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dikeluarkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 247 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Komunikasi dan Multimedia 141
Capaian kepada data berkomputer
Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuk—
diberi kata capaian, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer; dan
, jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara disita di bawah seksyen 247 atau 248, pegawai yang menyita hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan secara serta-merta menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis itu.
Jika premis itu tidak diduduki, pegawai yang menyita hendaklah apabila mungkin menampalkan dengan ketara di premis itu suatu senarai benda yang disita.
Pelepasan benda yang disita
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang membuat pelepasan mana-mana benda di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan satu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.
Kuasa untuk memintas komunikasi
Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai diberi kuasa atau seorang pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
boleh diberikan secara lisan atau bertulis; tetapi jika suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis.
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa atau seorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah diberi
Komunikasi dan Multimedia 143
kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian, dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
Tiada seorang pun mempunyai mana-mana tugas, kewajipan atau tanggungan, atau boleh dengan apa-apa cara dipaksa, untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).
Galangan penggeledahan
Seseorang yang menyerang, menghalang, menggalang atau mengganggu seseorang pegawai diberi kuasa, atau enggan memberikan laluan ke mana-mana premis kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan tugas-tugasnya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa tambahan
Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh seseorang pemegang lesen atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuatturunkan daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; dan
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dipatuhi.
144
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang tahu mengenai kes
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Pemeriksaan orang yang tahu mengenai kes
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berkaitan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mungkin akan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Pegawai diberi kuasa yang memperoleh maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau
Komunikasi dan Multimedia 145
ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan—
jika pembuatan pernyataan itu pada hemat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seseorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pandangannya munasabah untuk mengandaikan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kelebihan atau mengelakkan apa-apa kemudaratan yang bersifat duniawi berkenaan dengan prosiding terhadapnya; atau
dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan yang berikut atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama:
“Menjadi tugas saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak berkewajipan untuk
146
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
menyatakan apa-apa atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang anda nyatakan, sama ada sebagai jawapan kepada suatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada kesempatan untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah boleh menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia diberi amaran secepat yang mungkin selepas itu.
Pegawai diberi kuasa hendaklah menyempurnakan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis
Apabila selesai penyiasatannya mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan segera memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seorang pegawai polis boleh menangkap, dengan waran, seseorang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya.
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.
Pelucuthakan
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau
Komunikasi dan Multimedia 147
apa-apa pelanggaran syarat-syarat yang tertakluk kepadanya suatu lesen telah diberikan atau suatu penguntukan telah dikeluarkan, telah dilakukan dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan atau pelanggaran itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, maka kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu hendaklah dianggap atau disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita di bawah Akta ini dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu tidak boleh dilucuthakkan boleh sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya memberikan notis bertulis kepada
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.
Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (4),
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan kes itu kepada
Hakim Mahkamah Sesyen bagi keputusannya.
Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dan orang yang daripadanya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu disita hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan,
Hakim Mahkamah Sesyen itu hendaklah terus memeriksa kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan
148
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
supaya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu kepada orang yang berhak kepadanya.
Mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang bertentangan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini.
Ganjaran
Suruhanjaya boleh memerintahkan supaya dibayar ganjaran yang difikirkannya sesuai kepada mana-mana pegawai polis atau pegawai awam lain atau orang lain bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau berhubung dengan mana-mana prosiding pelucuthakan, atau mana-mana penyitaan yang dibuat, di bawah Akta ini.
Kewajipan am pemegang lesen
Seorang pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan pemeliharaan pertahanan negara.
Orang yang tidak boleh disabitkan bagi perbuatan yang dilakukan dengan suci hati
Komunikasi dan Multimedia 149
Mana-mana pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau mana-mana daripada pekerjanya, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah daripada apa-apa sifat bagi apa-apa ganti rugi (termasuklah ganti rugi punitif), kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung (sama ada secara langsung atau tidak) kerana apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan kewajipan dikenakan di bawah seksyen 263.
Kemampuan pemintasan rangkaian
Suatu penentuan, di bawah subseksyen (1), boleh menyatakan kehendak teknik bagi kemampuan pemintasan yang dibenarkan.
Kuasa khas semasa darurat
menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil kawalan sementara mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan/atau
150
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
perkhidmatan aplikasi kandungan yang dipunyai atau diberikan oleh seseorang pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut;
menarik balik sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang ramai;
memerintahkan bahawa mana-mana komunikasi atau kelas komunikasi kepada atau daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang ramai berhubung dengan mana-mana perkara tertentu tidaklah boleh disampaikan atau hendaklah dipintas atau ditahan, atau bahawa apa-apa komunikasi sedemikian atau rekodnya hendaklah didedahkan kepada seorang pegawai diberi kuasa yang disebut dalam perintah itu; atau
Jika apa-apa keraguan timbul tentang kewujudan suatu darurat awam atau sama ada mana-mana tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan
Agong dan dipamerkan di tempat-tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad tentang perkara itu.
Jika Menteri mengambil milikan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau kelengkapan pelanggan di bawah subseksyen (1), orang yang dilesenkan di bawah Akta ini berkenaan dengan kemudahan, perkhidmatan atau kelengkapan itu hendaklah dibayar pampasan secukupnya yang akan ditentukan oleh Menteri selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk didengar tentang perkara itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau kelengkapan pelanggan bagi maksud membuat suatu panggilan kecemasan.
Komunikasi dan Multimedia 151
Rancangan bencana
Menteri yang diberi kuasa olehnya bagi maksud yang sedemikian boleh—
Suruhanjaya boleh mengarahkan seseorang pemegang lesen atau sesuatu kelas pemegang lesen supaya mengadakan, dengan berunding dengan pihak berkuasa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, suatu rancangan bencana bagi kebolehterushidupan dan pemulihan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan sekiranya berlaku bencana, krisis atau darurat awam.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai penyimpanan rekod
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan rekod dan untuk menghendaki seorang pemegang lesen atau lebih atau sesiapa jua untuk menyimpan dan menyenggarakan rekod.
Kerjasama dengan pihak berkuasa lain
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, dan/atau menentukan perkiraan bagi kerjasama dengan, atau keanggotaan dalam, organisasi antarabangsa berkenaan dengan perkiraan kerjasama antara pemegang lesen di bawah Akta ini dengan organisasi antarabangsa.
Suruhanjaya boleh mengarahkan seorang pemegang lesen supaya mematuhi kaedah-kaedah yang dibuat dan/atau perkiraan yang ditentukan di bawah subseksyen (2).
152
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Surat cara yang diberikan di bawah Akta ini
Sesuatu surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini boleh membuat peruntukan berhubung dengan sesuatu perkara dengan memakai, menerima pakai atau memasukkan
(dengan atau tanpa ubah suaian) peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa pada masa itu.
Akta ini mengatasi Akta lain
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasinya setakat ketidakselarasan atau percanggahan itu.
Pelindungan pegawai dan orang lain
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Suruhanjaya atau seseorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa seperti dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan yang hendak dicapai olehnya.
Bahagian XI
Pemansuhan
Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang selaras dengan Akta ini, sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini, dan hendaklah disifatkan bagi semua maksud telah dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, apabila pada hematnya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau akibat daripada lulusnya Akta ini, melalui perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana perundangan subsidiari sebagaimana yang disifatkannya sesuai.
Pembubaran Kumpulan Wang Telekomunikasi
Komunikasi dan Multimedia 153
Segala wang yang ada dalam Kumpulan Wang Telekomunikasi hendaklah dipindahkan, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, kepada dan diletakhakkan pada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589].
Kecualian
Mana-mana pendaftaran, tindakan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang telah dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan mereka yang terhadapnya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari lain yang baru dibuat di bawahnya atau sehingga tarikh habis tempohnya.
Lesen lama hendaklah berkuat kuasa
Tertakluk kepada seksyen 278, lesen yang dikeluarkan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan (“lesen lama”) hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini.
154
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Lesen kelas baru hendaklah menggantikan lesen lama
Walau apa pun seksyen 276, suatu lesen lama tidak boleh berkuat kuasa setakat apa-apa percanggahan dengan suatu lesen kelas yang diberikan di bawah Akta ini.
Lesen lama hendaklah didaftarkan
Walau apa pun seksyen 276, suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah hanya berkuat kuasa selama tempoh dua belas bulan selepas tarikh yang ditetapkan, melainkan jika lesen itu telah didaftarkan (“lesen berdaftar”) oleh Suruhanjaya dalam masa dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan.
Lesen berdaftar tidak memberikan faedah baru
Akta ini tidak memberikan apa-apa faedah atau hak baru kepada seorang pemegang lesen yang berdaftar di bawah seksyen 278 kecuali jika faedah atau hak itu telah diberikan di bawah lesen lama.
Pemegang lesen lama hendaklah menyatakan hasrat
Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah menyatakan kepada
Menteri secara bertulis dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan sama ada dia berhasrat untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini atau tidak.
Pemegang lesen berdaftar boleh memohon untuk mendapatkan lesen individu di bawah Akta ini
Menteri boleh mengisytiharkan, mengikut seksyen 13, bahawa suatu lesen individu, yang diberikan di bawah subseksyen
, hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat am atau standard
Komunikasi dan Multimedia 155
yang ditentukan oleh Menteri bagi setiap jenis lesen dan apa-apa syarat khas atau tambahan yang Menteri berpuas hati adalah demi kepentingan negara.
Penentuan kemudahan dan perkhidmatan tersenarai
Walau apa pun Bahagian V, Suruhanjaya tidaklah dikehendaki untuk menjalankan suatu siasatan sebelum membuat suatu penentuan di bawah seksyen ini.
156
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Jadual
[Perenggan 32(a), subseksyen 44(2), 127(1) dan 206(1)]
Syarat-Syarat Lesen
1. Lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian
Syarat-syarat standard lesen
Pemegang lesen hendaklah merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Pemegang syer syarikat hendaklah mematuhi had pelaburan asing
Malaysia yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa perubahan tentang pemegangan syer yang dikehendaki supaya dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa usaha sama dengan pemegang lesen lain yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Lesen ini menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh
Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan kemudahan rangkaian yang dibenarkan di bawah lesen itu.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalaman elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan spektrum yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Komunikasi dan Multimedia 157
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
Syarat-syarat khas lesen
Takrif terma yang digunakan dalam lesen.
Tempoh lesen.
Fi permulaan lesen.
Jadual fi tahunan lesen:
Pusing ganti tahunan
%
......%
......%
......%
Kawasan yang dilesenkan.
Lokasi pusat kawalan.
Peratusan keseluruhan perkhidmatan yang beroperasi di kawasan yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan” atau diberikan kepada mereka yang ditentukan oleh
Suruhanjaya sebagai “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat” di bawah seksyen 202 Akta ini.
Pemasangan infrastruktur jalur lebar.
Aku janji tertentu berkenaan dengan tahap pelaburan, aktiviti tertentu dan operasi.
Hak dan keistimewaan tertentu yang dipersetujui antara pemegang lesen dengan Kerajaan yang tertakluk kepada aku janji yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Kehendak supaya pemegang lesen memindahkan aset kepada Kerajaan pada penghujung tempoh lesen.
Syarat-syarat khas dan perkara lain yang diisytiharkan oleh Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
158
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
2. Lesen Kelas Pemberi Kemudahan Rangkaian
Syarat-syarat standard lesen
Lesen kelas menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan kemudahan rangkaian yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikusi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan spektrum yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
3. Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian
Syarat-syarat standard lesen
Pemegang lesen hendaklah merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Pemegang syer syarikat hendaklah mematuhi had pelaburan asing
Malaysia yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa perubahan tentang pemegangan syer yang dikehendaki supaya dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Komunikasi dan Multimedia 159
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa usaha sama dengan pemegang lesen lain yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Lesen ini menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh
Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan rangkaian yang dibenarkan di bawah lesen itu.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalaman elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan spektrum yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
Syarat-syarat khas lesen
Takrif terma yang digunakan dalam lesen.
Tempoh lesen.
Fi permulaan lesen.
Jadual fi tahunan lesen:
Pusing ganti tahunan
%
......%
......%
......%
160
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kawasan yang dilesenkan.
Lokasi pusat kawalan.
Peratusan keseluruhan perkhidmatan yang beroperasi di kawasan yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan” atau diberikan kepada mereka yang ditentukan oleh
Suruhanjaya sebagai “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarat” di bawah seksyen 202 Akta ini.
Pemberian perkhidmatan rangkaian jalur lebar.
Aku janji tertentu berkenaan dengan tahap pelaburan, aktiviti tertentu dan operasi.
Hak dan keistimewaan tertentu yang dipersetujui antara pemegang lesen dengan Kerajaan yang tertakluk kepada aku janji yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Syarat-syarat khas dan perkara lain yang diisytiharkan oleh Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
4. Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Rangkaian
Syarat-syarat standard lesen
Lesen kelas menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan rangkaian yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikusi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan spektrum yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Komunikasi dan Multimedia 161
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
5. Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi
Syarat-syarat standard lesen
Pemegang lesen hendaklah merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Pemegang syer syarikat hendaklah mematuhi had pelaburan asing
Malaysia yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa perubahan tentang pemegangan syer yang dikehendaki supaya dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa usaha sama dengan pemegang lesen lain yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Lesen ini menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh
Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan aplikasi yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
162
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
Syarat-syarat khas lesen
Takrif terma yang digunakan dalam lesen.
Tempoh lesen.
Fi permulaan lesen.
Jadual fi tahunan lesen:
Pusing ganti tahunan
%
......%
......%
......%
Kawasan yang dilesenkan.
Lokasi pusat kawalan.
Peratusan jumlah keseluruhan trafik yang dibawa melalui kemudahan rangkaian pemegang lesen yang akan berasal dari, atau ditamat di, atau berasal dari dan tamat di kawasan yang ditentukan oleh
Suruhanjaya sebagai “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan”
atau diberikan kepada mereka yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan” di bawah seksyen 202 Akta ini.
Pemberian perkhidmatan aplikasi jalur lebar.
Aku janji tertentu berkenaan dengan tahap pelaburan, aktiviti tertentu dan operasi.
Hak dan keistimewaan tertentu yang dipersetujui antara pemegang lesen dengan Kerajaan yang tertakluk kepada aku janji yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Syarat-syarat khas dan perkara lain yang diisytiharkan oleh Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
Komunikasi dan Multimedia 163
6. Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi
Syarat-syarat standard lesen
Lesen kelas menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan aplikasi yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
7. Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan
Syarat-syarat standard lesen
Pemegang lesen hendaklah merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Pemegangan syer syarikat hendaklah mematuhi had pelaburan asing
Malaysia yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa perubahan tentang pemegangan syer yang dikehendaki supaya dimaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Menteri apa-apa usaha sama dengan pemegang lesen lain yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
164
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Lesen ini menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh
Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau prosiding yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
Syarat-syarat khas lesen
Takrif terma yang digunakan dalam lesen.
Tempoh lesen.
Fi permulaan lesen.
Jadual fi tahunan lesen:
Pusing ganti tahunan
%
......%
......%
......%
Kawasan yang dilesenkan.
Lokasi pusat kawalan.
Nama stesen
Waktu operasi
Peratusan keseluruahn kawasan perkhidmatan aplikasi kandungan yang diliputi oleh pemegang lesen yang bertempat di kawasan yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai “kawasan yang kurang liputan perkhidmatan” atau diberikan kepada mereka yang ditentukan oleh
Suruhanjaya sebagai “kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat” di bawah seksyen 202 Akta ini.
Komunikasi dan Multimedia 165
Kehendak supaya diberikan peratusan tertentu kandungan tempatan
(termasuk kategori kandungan khas seperti: kehendak kandungan bahasa tertentu, kategori penghasilan tempatan tertentu seperti filem, pengiklanan, dll.).
Aku janji tertentu berkenaan dengan tahap pelaburan, aktiviti tertentu dan operasi.
Hak dan keistimewaan tertentu yang dipersetujui antara pemegang lesen dengan Kerajaan yang tertakluk kepada aku janji yang dibuat oleh pemegang lesen itu.
Syarat-syarat khas dan perkara lain yang diisytiharkan oleh Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
8. Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan
Syarat-syarat standard lesen
Lesen kelas menggantikan mana-mana lesen lain yang diberikan oleh Menteri dan hendaklah menjadi lesen tunggal yang dipegang oleh pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibenarkan di bawah lesen ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan Akta Komunikusi dan Multimedia 1998 (“Akta ini”).
Pemegang lesen hendaklah mematuhi peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat, atau surat cara, garis panduan atau dasar pengawalseliaan lain yang dikeluarkan, di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana kod pengguna berdaftar di bawah Akta ini yang berkaitan dengan aktiviti pemegang lesen.
Pemegang lesen hendaklah menanggung rugi Menteri dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tuntutan atau providing yang timbul daripada apa-apa pelanggaran atau kegagalan pada pihak pemegang lesen.
Syarat-syarat standard dan perkara lain yang diisytiharkan oleh
Menteri, atau diperuntukkan dalam mana-mana perundangan subsidiari, di bawah Akta ini.
166
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Akta 588
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A1220
Akta Komunikasi dan 01-04-2005
Multimedia (Pindaan) 2004
Komunikasi dan Multimedia 167
Akta 588
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
4
Akta A1220 01-04-2005
6
Akta A1220 01-04-2005
16
Akta A1220 01-04-2005
23a
Akta A1220 01-04-2005
24
Akta A1220 01-04-2005
24a
Akta A1220 01-04-2005
26a
Akta A1220 01-04-2005
26b
Akta A1220 01-04-2005
26c
Akta A1220 01-04-2005
26d
Akta A1220 01-04-2005
26e
Akta A1220 01-04-2005
30
Akta A1220 01-04-2005
34
Akta A1220 01-04-2005
36
Akta A1220 01-04-2005
80
Akta A1220 01-04-2005
104
Akta A1220 01-04-2005
147
Akta A1220 01-04-2005
157
Akta A1220 01-04-2005
187
Akta A1220 01-04-2005
188
Akta A1220 01-04-2005
193
Akta A1220 01-04-2005
204
Akta A1220 01-04-2005