Malaysia legislation

Section 116

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 116

Penguatkuasaan aku janji

(2)

Jika suatu jumlah wang kena dibayar oleh mana-mana orang, atau jika apa-apa jua, selain pembayaran wang, dikehendaki supaya dilakukan atau tidak dilakukan oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 112, dan arahan itu tidak dipatuhi oleh orang yang kepadanya arahan itu diberikan, maka arahan itu hendaklah, bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah Tinggi, mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai atau mengikut cara yang disifatkan oleh Mahkamah adil atau suai manfaat dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu itu yang memberikan kebenaran untuk meneruskan tindakan di

Mahkamah bagi penguatkuasaan suatu aku janji berdaftar kecuali dalam hal suatu injunksi.

Komunikasi dan Multimedia 81

(3)

Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.

Section 116 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my