Malaysia legislation
Section 119
Seksyen 119
(2)
Suruhanjaya hendaklah, apabila dibuat permintaan bertulis sedemikian, memberikan satu salinan pernyataan sebab-sebab bagi keputusan itu dan apa-apa maklumat yang berkaitan yang diambil kira dalam membuat keputusan itu dalam tempoh tidak lebih dari tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permintaan itu oleh Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya tidak dikehendaki untuk menyiarkan, atau untuk mendedahkan kepada seseorang yang dengan hal ehwalnya pernyataan itu ada kaitan, suatu pernyataan sebab-sebab atau sebahagian daripada suatu pernyataan sebab-sebab jika penyiaran atau pendedahan itu akan—
(a)
mendedahkan suatu perkara yang bersifat sulit;
(b)
mungkin menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
(c)
melibatkan pendedahan tidak munasabah maklumat peribadi mengenai mana-mana individu (termasuk orang yang sudah mati).
(4)
Dalam Bab ini, “keputusan” termasuklah apa-apa tindakan, perintah, laporan atau kuasa yang diwakilkan.
Komunikasi dan Multimedia 83
Kajian semula oleh Tribunal Rayuan