Malaysia legislation

Section 134

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 134

Suruhanjaya boleh menyiarkan garis panduan

(2)

Garis panduan itu boleh memasukkan rujukan kepada—

(a)

pasaran ekonomi yang berkaitan;

(b)

arah aliran global dalam pasaran yang berkaitan;

(c)

kesan tingkah laku itu terhadap bilangan pesaing dalam sesuatu pasaran dan bahagian pasaran mereka;

(d)

kesan tingkah laku itu terhadap sekatan kemasukan ke dalam pasaran itu;

(e)

kesan tingkah laku itu terhadap julat perkhidmatan dalam pasaran itu;

(f)

kesan tingkah laku itu terhadap kos dan struktur keuntungan dalam pasaran itu; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.

Larangan terhadap pembuatan perjanjian pakatan sulit

Section 134 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my