Malaysia legislation

Section 136

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 136

Seorang pemegang lesen tidak boleh, pada bila-bila masa atau dalam apa-apa keadaan, menjadikan suatu syarat bagi pemberian atau pembekalan sesuatu keluaran atau perkhidmatan dalam suatu pasaran komunikasi bahawa orang yang memperoleh keluaran atau perkhidmatan itu dalam pasaran komunikasi itu adalah juga dikehendaki supaya membeli atau tidak membeli mana-mana keluaran atau perkhidmatan lain sama ada daripadanya atau daripada orang lain.