Malaysia legislation
Section 140
Seksyen 140
(2)
Walau apa pun peruntukan Bab ini, Suruhanjaya hendaklah membenarkan tingkah laku itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kebenaran itu adalah demi kepentingan negara.
(3)
Sebelum membenarkan tingkah laku itu, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan suatu aku janji berkenaan dengan tingkah lakunya dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kebenaran itu.
(4)
Jika pemegang lesen itu kemudiannya menarik balik aku janji itu, kebenaran itu hendaklah disifatkan tidak pernah diberikan bagi maksud Bab ini.
(5)
Seseorang pemegang lesen boleh menarik balik sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) pada bila-bila masa.
Komunikasi dan Multimedia 91
Daftar kebenaran