Malaysia legislation

Section 147

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 147

(a)

suatu kemudahan rangkaian;

(b)

suatu perkhidmatan rangkaian; atau

(c)

mana-mana kemudahan dan/atau perkhidmatan lain yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan, hendaklah dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian.

(2)

Suruhanjaya hendaklah menentukan bahawa kemudahan rangkaian atau kelas kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau kelas perkhidmatan rangkaian yang disyorkan dimasukkan dalam senarai capaian, jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa forum capaian itu telah berunding dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam syor itu, dan tidak kurang daripada sembilan per sepuluh daripada anggota forum capaian itu menyokong syor itu.

(3)

Walau apa pun Bab 3 Bahagian V, Suruhanjaya tidak dikehendaki supaya menjalankan suatu siasatan sebelum membuat suatu syor di bawah seksyen 55, jika penentuan itu ada kaitan dengan suatu syor yang dibuat oleh forum capaian di bawah seksyen ini tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang

Suruhanjaya daripada menjalankan siasatan jika difikirkannya perlu.

Daftar senarai capaian