Malaysia legislation

Section 149

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 149

(a)

pemberi kemudahan rangkaian lain;

(b)

pemberi perkhidmatan rangkaian lain;

(c)

pemberi perkhidmatan aplikasi lain; atau

(d)

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan lain, yang membuat suatu permintaan bertulis bagi mendapatkan capaian kepada pemberi kemudahan rangkaian atau pemberi perkhidmatan rangkaian itu atas terma dan syarat yang munasabah.

(2)

Capaian yang diberikan oleh seseorang pemberi ("pemberi pertama") kepada seorang pemberi lain di bawah subseksyen (1), hendaklah—

(a)

sekurang-kurangnya mempunyai standard dan mutu teknik yang sama dengan atau lebih baik daripada standard dan mutu teknik yang diberikan dalam kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian pemberi pertama; dan

(b)

atas dasar sama rata dan tanpa diskriminasi.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran perjanjian capaian