Malaysia legislation
Section 177
Seksyen 177
Rancangan spektrum boleh mengandungi tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas seperti, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
(a)
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas melalui lelongan;
(b)
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum dan penguntukan radas melalui tender;
(c)
tatacara penguntukan bagi penguntukan spektrum pada suatu harga tetap yang ditentukan oleh Menteri;
(d)
tatacara penguntukan bagi penguntukan radas pada suatu harga tetap yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan/atau
(e)
suatu rancangan penukaran bagi penukaran penguntukan radas yang ditentukan kepada penguntukan spektrum.
102
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Pengambilan wajib penguntukan dalam spektrum yang ditentukan