Malaysia legislation

Section 178

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 178

(2)

Suruhanjaya boleh mengesyorkan kepada Menteri supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh Suruhanjaya mengikut suatu penguntukan semula spektrum selaras dengan rancangan spektrum.

(3)

Menteri boleh, selepas mengambil kira syor Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), mengarahkan supaya penguntukan dalam suatu spektrum yang ditentukan diambil secara wajib oleh

Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya boleh membayar suatu amaun pampasan yang munasabah kepada pemegang suatu penguntukan yang penguntukannya telah diambil sebelum tarikh habis tempohnya, oleh suatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini.

(5)

Tiada pampasan boleh dibayar jika suatu penguntukan tidak dibaharui.

Penomboran Dan Pengalamatan Elektronik

Kawalan, perancangan dan pentadbiran penomboran dan pengalamatan elektronik