Malaysia legislation

Section 190

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 190

Perkara-perkara bagi kod pengguna

(a)

memenuhi kehendak pengguna secara yang munasabah;

(b)

pengendalian aduan dan pertikaian pengguna, termasuk proses timbang tara yang tidak mahal, selain mahkamah, dan tatacara bagi pemberian pampasan kepada pelanggan jika berlaku pelanggaran kod pengguna; dan/atau

(c)

pelindungan maklumat pengguna.

(2)

Perkara-perkara yang boleh dikendalikan oleh kod pengguna boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada—

(a)

pemberian maklumat kepada pelanggan mengenai perkhidmatan, kadar dan prestasi;

(b)

pemberian dan pembaikan kerosakan perkhidmatan;

(c)

pengiklanan atau pernyataan perkhidmatan;

(d)

amalan pengenaan bayaran, penyediaan bil, pengutipan dan hutang pelanggan; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang penting kepada pengguna.

Penyiaran kod pengguna