Malaysia legislation

Section 198

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 198

Kadar yang diwujudkan oleh seorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) hendaklah diasaskan pada prinsip yang berikut:

(a)

kadar mestilah adil dan, bagi orang yang dalam keadaan yang sama, tidak secara yang munasabah tidak adil;

(b)

kadar hendaklah ditetapkan mengikut kos dan, secara amnya, subsidi silang hendaklah dihapuskan;

(c)

kadar tidak sepatutnya mengandungi diskaun yang secara yang tidak munasabah memudaratkan peluang persaingan pemberi lain;

(d)

kadar hendaklah distrukturkan dan peringkat ditetapkan untuk menarik pelaburan kepada industri komunikasi dan multimedia; dan

(e)

kadar hendaklah mengambil kira peraturan-peraturan dan syor organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh

Malaysia.

Penetapan kadar oleh Menteri