Malaysia legislation

Section 209

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 209

(2)

Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan terhad yang tiada lesen kelas terpakai baginya hendaklah disifatkan dikecualikan daripada semua peruntukan di bawah Bahagian ini.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menentukan garis panduan yang menjelaskan atau menambah kriteria yang digunakan dalam mentakrifkan istilah “perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup” dan segala perkara yang berkaitan dengannya.

(4)

Garis panduan yang ditentukan oleh Menteri hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya, mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah didaftarkan dalam daftar secepat yang dapat dilaksanakan.

Pendapat mengenai kategori perkhidmatan

Section 209 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my