Malaysia legislation

Section 215

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 215

(a)

pemberi itu dibenarkan untuk berbuat demikian oleh suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 226;

(b)

kemudahan rangkaian itu merupakan kemudahan rangkaian berimpak rendah;

(c)

kemudahan rangkaian itu merupakan kemudahan rangkaian sementara untuk digunakan oleh, atau bagi pihak,

Kementerian Pertahanan bagi tujuan pertahanan; atau

(d)

pemasangan itu dijalankan semata-mata untuk menyambungkan suatu bangunan atau struktur, atau suatu talian yang menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian.

(2)

Pemasangan kemudahan rangkaian yang dibenarkan oleh seksyen ini mungkin menghendaki kelulusan Pihak Berkuasa

Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa yang berkaitan yang lain, jika perlu.

(3)

Jika subseksyen (1) membenarkan seseorang pemberi kemudahan rangkaian untuk menjalankan suatu aktiviti tertentu, pemberi itu boleh, bagi maksud yang berkaitan dengan penjalanan aktiviti itu—

(a)

memasuki, dan menduduki, mana-mana tanah; dan

(b)

di permukaan, di atas atau di bawah tanah itu, melakukan apa-apa jua yang perlu atau wajar bagi maksud itu, termasuklah—

(i)

membina, mendirikan dan meletakkan apa-apa tiang atau kemudahan rangkaian;

(ii)

menebang dan mencantas pokok dan membersihkan dan membuang tumbuhan dan semak lain;

(iii)

membuat pemotongan dan pengorekan;

(iv)

membaik pulih permukaan tanah dan, bagi maksud itu, mengeluarkan dan melupuskan tanah, tumbuhan dan bahan lain;

Komunikasi dan Multimedia 119

(v)

mendirikan bengkel dan bangsal sementara dan bangunan sementara lain; dan

(vi)

meratakan permukaan tanah dan membuat jalan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor

Suruhanjaya, menentukan bahawa kemudahan rangkaian tertentu ialah kemudahan rangkaian berimpak rendah.

Kerosakan minimum

Section 215 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my