Malaysia legislation

Section 218

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 218

Pengurusan aktiviti

Seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah, berkaitan dengan penjalanan suatu aktiviti yang diliputi oleh Bab ini, mengambil segala langkah yang munasabah—

(a)

untuk bertindak mengikut amalan kejuruteraan yang baik;

(b)

untuk melindungi keselamatan orang dan harta;

(c)

untuk memastikan bahawa aktiviti itu mengganggu sesedikit yang dapat dilaksanakan—

(i)

pengendalian suatu kemudahan awam;

(ii)

jalan dan lorong awam;

(iii)

pergerakan lalu lintas; dan 120

Undang-Undang Malaysia

Akta 588

(iv)

penggunaan tanah; dan

(d)

untuk melindungi alam sekitar.

Perjanjian dengan kemudahan awam