Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pengerusi atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan jika—
(a)
dia mati;
(b)
dia meletakkan jawatan atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau
(c)
pelantikannya ditamatkan.
(2)
Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 17 untuk menggantikan Pengerusi atau mana-mana anggota lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana anggota lain.
(3)
Menteri hendaklah melantik seseorang mengikut seksyen 17 untuk bertindak sebagai Pengerusi, atau mana-mana anggota lain—
(a)
dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi atau mana-mana anggota lain tidak ada untuk menjalankan apa-apa tugas atau tidak ada di Malaysia; atau
(b)
jika Pengerusi atau mana-mana anggota lain, kerana apa-apa sebab, tidak berupaya untuk melaksanakan tugas jawatan itu.
Komunikasi dan Multimedia 37
(4)
Penjalanan kuasa, atau pelaksanaan fungsi, Tribunal Rayuan tidak terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan
Tribunal itu.
Kuorum bagi Tribunal Rayuan